Bismillah,
Seringkali alasan masa membantutkan impian mahu berjaya. Masa diletakkan sebagai halangan untuk mencapai apa yang dicitakan. Persoalannya bolehkah memberikan alasan gagal dalam sesuatu kerana masa yang tidak mencukupi buat diri. Walhal setiap individu tiada seorang pun yang diberi lebih dari 24jam dalam satu hari. Persoalannya kenapa orang lain dengan masa 24jam yang sama mampu meraih kejayaan dan kita tidak mampu menjadi sebagaimana mereka. Jawapannya mudah, ia berkemungkinan kita tidak pandai atau kurang bijak mengurus masa yang ada.
Ramai wanita yang bekerja memberikan alasan sibuk, hingga ada banyak perkara yang mahu dilangsaikan tidak dapat dilakukan. Ada yang tidak bekerja juga memberikan alasan sibuk hingga ada yang tidak sempat berbuat apa-apa untuk pembangunan diri seperti memberi ruang masa untuk menambah ilmu pengetahuan. Ada pelbagai alsan yang diberikan. Realtinya satu alasan sudah cukup untuk mengagalkan kita dari melaksanakan apa yang sepatutnya.
Masa itu berharga tetapi ada yang tanpa sedarmembazirkan masa begitu sahaja. Contoh ada yang begitu leka mengahbiskan masa bersembang kosong dengan rakan-rakan tanpa rasa bersalah. Ada yang asyik dengan facebook hingga terlewat masa bersolat. Ada yang lewat menyediakan masakan untuk kelaurga kerana melayan drama tv kesukaan. Inilah yang dikatakan gagal mengurus masa dengan bijak.
Individu yang berjaya bijak membahagikan masa serta boleh memberikan keutamaan kepada pekerjaan bersesuaian dengan masa yang ada. Mereka mengetahui bahawa masa itu tidak boleh dipersia dengan perkara yang remeh temeh atau tidak memberi manfaat. Mereka ini sering mengejar masa kerana tahu masa yang pergi tidak mungkin boleh dibeli dengan wang ringgit.
Bagi menyedari betapa kita sebenarnya telah banyak menghabiskan masa dengan sia-sia cuba kita mengira masa yang ada berbaki dalam hidup ini? Adakah kita tahu berapa banyak masa lagi yang kita ada? Sudah tentunya jawapannya kabur dan tidak pasti betul kerana masa yang ada di hadapan hanya Allah yang tahu, kerana itu masa yang ada bersama kita yang kita jalani ini perlu kita manfaatkan dengan bijak. Isilah masa yang berbaki ini dengan beramal salih dan melakukan perkerjaan yang diredhai agar kita berjaya dunia akhirat.
Sharing is Caring ~
Kredit to Dr. Sakinah Salleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan