Isnin, 25 Mei 2015

Ujian Air Gula dan Prosedur Yang Perlu Ibu Hamil Tahu


Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) adalah ujian air gula yang perlu dijalani oleh ibu hamil bagi memastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil. 

Bermula pada 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mewajibkan kepada ibu hamil untuk menjalani ujian MGTT atau MOGTT. Hal ini disebabkan kes diabetes dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia adalah di tahap serius.

Tujuan MGTT atau MOGTT dilakukan adalah untuk mengenalpasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh sama ada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Malah ia juga mungkin boleh menyukarkan proses kelahiran. Selain daripada itu, anda mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut.

Prosedur MGTT/MOGTT
  • Biasanya sebelum ujian dilakukan, pihak klinik akan sediakan borang ujian khas kepada ibu hamil. Ibu hamil juga diminta membawa sebotol air kosong untuk tujuan menyediakan air gula.
  • Ibu hamil yang terlibat untuk berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan. Tempoh puasa berkenaan perlu dimulai dari jam 10 malam. Anda perlu berpuasa penuh tetapi dalam keadaan tertentu, anda hanya boleh meminum air kosong.
  • Sebaik-baiknya, anda perlu datang ke klinik sebelum jam 8 pagi bagi membolehkan anda menjalani ujian darah sebelum mula meminum air gula. Kira-kira 2 hingga 3 ml darah akan diambil untuk diuji kandungan glukosanya.
  • Anda perlu meminum air glukosa yang disediakan oleh pihak klinik. Lazimnya, amaun air gula ini ialah 75mg glukosa di dalam 200ml air kosong.
  • Anda perlu menunggu selama lebih kurang 2 jam tanpa dibenarkan untuk makan dan minum. Jika berasa loya, maka anda perlu berehat atau berbaring.
  • 2 jam selepas anda minum air gula, ujian darah akan dilakukan sekali lagi untuk melihat tahap toleransi anda terhadap gula dan mengetahui kandungan glukosa dalam darah.
  • Secara umumnya, bacaan MGTT/MOGTT yang biasa diambil untuk ibu hamil di Malaysia adalah seperti berikut :
- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Walau bagaimanapun, jika bacaan anda berhampiran (borderline), anda mungkin diminta untuk melakukan ujian sekali lagi. Bagi yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L, anda akan diarahkan untuk melakukan ujian blood sugar profile (BSP) pula dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Golongan Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Untuk Menjalani MGTT/MOGTT Pada Awal Usia Kandungan antaranya :-
  1. Wanita yang obes (BMI lebih daripada 30);
  2. Wanita yang pernah hamil anak bersaiz besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg);
  3. Wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.
  4. Wanita yang mempunyai ibubapa atau saudara terdekat (adik-beradik) yang mengalami diabetes mellitus.
Walau bagaimanapun, ujian ini juga perlu dilakukan jika :-
  1. Ibu hamil yang telah berusia 35 tahun ke atas;
  2. Ibu hamil pernah mengalami glycosuria lebih daripada 2 kali sewaktu hamil
Bila Ujian MGTT/MOGTT Perlu Dilakukan?

Biasanya, ujian MGTT dibuat ke atas ibu hamil opada usia kandungan 28 minggu ke atas. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang ada sejarah keluarga yang menghidap diabetes atau pernah mengalami diabetes dalam kehamilan terdahulu, ujian ini akan dilakukan lebih awal.

Pengalaman Ujian MGTT atau MOGTT Saya

Semasa hamil kelima-lima anak saya sebelum ni (last tahun 2007), saya tak pernah ambil ujian ni pun. Tapi, bila saya hamil anak ke-6 (akhir 2014), maka saya tak terkecuali dari mengambil ujian ini. Tambahan, faktor usia yang sudah menjangkau 35 tahun ketika hamil anak ke-6 ini menjadi salah satu ktiteria utama untuk saya harus ambil ujian berkenaan.

Saya mula mengambil ujian MOGTT pertama ketika usia kandungan saya 18 minggu. Saya lakukan ujian pada sebelah pagi.

Keputusan ujian MOGTT pertama :

- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 4.7 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : 6.0 mmol/L

*Keputusan memang normal, tapi saya kena ambil sekali lagi ujian untuk memastikan benar-benar tiada risiko kencing manis...huhu

1st MOGTT 25.02.2015 - bengkak kesan suntikan jarum..huhu
Seterusnya, ujian kedua MOGTT iaitu ketika usia kandungan 28 minggu juga saya lakukan awal sebelah pagi.

Keputusan ujian MOGTT kedua :

- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 4.1 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : 5.9 mmol/L

2nd MOGTT 6.5.2015 - ok dah......hehe

Ok, pihak klinik puashati! haha...syukur alhamdulillah.

Sumber : Pa&Ma


TAWARAN OHSEM BULAN JUN!! 
INGIN TAHU?? >>>> KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan