Ahad, 5 Julai 2015

Tips Semulajadi Kurangkan Bengkak Kaki Semasa Hamil

Bengkak Kaki pada Buku Lali dan tapak kaki (Edema)

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.



Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. 

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 


Adakah Edema semasa hamil perkara biasa?

Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Kaki saya yang mengalami Edema semasa hamil 35 minggu

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. 

Bagaimana mengurangkan bengkak kaki?


Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.


  • Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.
  • Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).
  • Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.
  • Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.
  • Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi untuk mengurangkan bengkak seperti :-
  • Memakan pisang kerana pisang mengandungi potasium. 
    • Semasa kaki saya bengkak 35w tenmpohari, saya amalkan memakan pisang rebus (pisang Sabah). Alhamdulillah, keesokkannya bengkak kaki makin kurang.
  • Minum air kosong secukupnya
  • Meminum air rebusan teh herba seperti teh hijau boleh membantu melawaskan kencing secara lembut.
  • Edema berlaku kerana peningkatan asid dalam badan yang membebankan sistem limfa dan buah pinggang. Justeru, banyakkan makanan beralkali seperti sayuran hijau, buah-buahan, barli, dsb.
  • Kurangkan pengambilan minuman seperti kopi, teh biasa, minuman berkarbonat dan garam.
  • Pengambilan vitamin untuk badan berasid seperti Vitamin C dan Kalsium untuk ibu hamil. Saya amalkan Vita-C Sustained Release dan Ostematrix Shaklee.


Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan. 


sumber : BabyCenter

Perkongsian Hati ke Hati,

Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan