Pengalaman ketika saya hamil anak-anak saya sebelum ni, actually dah lama la..seorang lelaki dan empat perempuan. Masa hamil anak lelaki dulu, yang saya ingat ialah saya suka makan taufu fah dan yogurt. Masa hamil anak-anak perempuan pula, saya memang alahan teruk, kerap muntah, tak suka bercantik-cantik, seri muka pun tiada. Tapi, bab masuk ke dapur saya tiada masalah pula, memang rajin masak.
Tapi, berbeza pula dengan pembawaan hamil anak keenam saya kali ini. Apa yang saya alami adalah :
- Kurang mabuk atau alahan di awal trimetser, tapi tekak tetap rasa tak sedap.
- Payudara saya gatal-gatal
- Saya tak suka hidu bau tumisan masakan, terus rasa pening. Kalau masak di rumah, terpaksa tutup hidung, haha. Memang mood masak ni tak sukalah pada mulanya.
- Sering mengantuk - rasa nak tidur jer...
- Suka makan jeruk seperti jambu air, timun, betik dan buah epal atau tomato mentah.
- Suka makan daging, terutama coto daging, sup daging.
- Semasa tidur, saya lebih suka/cenderung mengiring ke sebelah kanan.
- Bayi kuat/aktif gerak dan suka posisi dirusuk kanan, kadang melintang.
- Suka makan yogurt, jus avocado dan taufu fah
- Selalu mimpi nampak budak lelaki (naluri)
- Suami saya juga turut mengalami simptom "mengidam" iaitu suka meminum susu fresh milk "dutch lady" perisa strawberry.
Itu apa yang saya alami sepanjang hamil kali ini. Tapi, ada juga dikalangan ibu hamil yang tidak mengalami simptom-simptom alahan. Tetapi, alahan tersebut pula dialami oleh suami. Suami akan merasa loya, sering demam dan terasa nak muntah. Jika alahan dialami oleh si suami, ini berkemungkinan bayi dalam kandungan isteri adalah perempuan. Wallahualam.
Apapun itu tidak menjamin 100% tepat. Selain yang saya alami sendiri di atas, ada kaedah lain lagi yang boleh digunakan.
Jom kita lihat kaedah yang biasa digunakan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan ini.
Apapun itu tidak menjamin 100% tepat. Selain yang saya alami sendiri di atas, ada kaedah lain lagi yang boleh digunakan.
Jom kita lihat kaedah yang biasa digunakan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan ini.
"Pembawaan" di sini membawa maksud perilaku atau tabiat ibu semasa hamil yang agak ganjil dilihat daripada biasa.
Jikalau zaman emak-emak kita dahulu, jantina bayi dalam kandungan ditentukan melalui perilaku atau tebiat si ibu. Ada yang mengatakan, jika nak tahu apa jantina bayi kena lihat pada perilaku ibunya.
Misalnya, jikalau si ibu tak suka bermekap atau tak suka memasak, kemungkinan bayi adalah lelaki dan begitulah sebaliknya. Namun, ada juga yang melihat kepada bentuk fizikal si ibu, misalnya melihat kepada bentuk perut. Jika perut kelihatan bujur, kemungkinan bayi adalah perempuan. Jika bulat memboyot ke depan, kemungkinan lelaki. Adakala juga dilihat melalui faktor tabiat pemakanan.
Mengetahui jantina bayi berdasarkan jadual atau carta ramalan China
Kalau dilihat pada carta ini, bayi saya adalah perempuan. Wallahualam la kan...hehe
Mengetahui jantina melalui degupan jantung bayi (Fetal Heart Rate)
Ianya boleh dikesan melalui ujian ultrasound scan atau menggunakan alat mobile Fetal Doppler. Jika degupan jantung kandungan kurang daripada 140 seminit, berkemungkinan lelaki dan jika lebih 140 seminit mungkin perempuan. Walau bagaimanapun, teori ini dikatakan kurang tepat kerana kadar degupan bayi sentiasa berubah apabila semakin membesar dan mengikut pergerakkan ibunya.
Mengesan jantina bayi dalam kandungan melalui ujian ultrasound scan
Berbeza dengan masakini, jantina bayi dalam kandungan sudah boleh diketahui seawal usia 12 - 13 minggu melalui ujian ultrasound scan 2D, 3D mahupun 4D. Walau bagaimanapun, usia kandungan yang disyorkan untuk mengesan jantina ialah 20 minggu. Bukan sahaja jantina, malah ujian ini sebenarnya penting untuk mengesan samada kandungan mengalami masalah atau tidak.
Actually, pada awal-awal hamil tu memang saya ada 2-3 kali pergi scan. Tapi, asal scan mesti tak nampak jantina baby ni. Haih, perahsia betul la kan baby ni..hehe
Last week, saya pergi Klinik Pakar HDOK (GOPD) untuk temujanji dengan doktor. Selain periksa kandungan, doktor check bekas parut jahitan masa Caesarean saya 15 tahun yang lalu. Wah, dah lama dah sebenarnya masa tu Caesaerean anak pertama pada tahun 2000 lagi. Kali ni doktor dah checked suma alhamdulillah tiada masalah. Cuma, kencing ja kotor sedikit. So, doc bagi ubat serbuk granul.
Doktor yang scan perut saya ni doktor wanita, muda lagi, manis dan baik orangnya. Mirip pelakon hindustan Kareena Kapoor pulak. Sweet. Masa scan tu, rajin ajak saya berbual.
Doc : Emm...puan dah tau tak jantina baby apa?
Saya : Tak tahu lg doc, sebelum ni ada jugak 2-3 kali scan tapi asyik tak nampak jer....
Doc : (Senyum) Ohh....saya dah nampak ni puan..hehe
Saya : Eh, yaka doc??
Doc : Ye...kejap ye.....baby ni aktif sangat. Puan expect baby apa?
Saya : Emm...boy
Doc : Puan takde baby boy ker?
Saya : Ada, sorang jer doc. Yang 4 orang lagi girl.
Doc : Ohh...mcm tu....kalau baby girl, nak bagi kat saya tak? (nada bergurau)
Saya : Kena masuk waiting list la doc...klu baby girl dah ramai yang booking. (ketawa)
Doc : Haha, kejap saya bagi tengok ye...tadi dah nampak dah.
Saya : Ok..ok
Doc : Hah, puan cer tengok skrin ni yer.....ni kaki dia.....nampak yang ni tak?
Saya : (tengok skrin sambil mengamati)
Doc : Ni "biji" dia kiri dan kanan...ni "batang" dia....
Saya : Eh, iya lah..... (senyum eksaited dah ni)
Doc : Tapi, kalau tak betul, jangan marah saya yer..
Saya : Takla doc. Saya terima saja yang penting baby sihat sempurna.
Doc : Amiin...tapi, saya tengok memang baby boy la...inssyaAllah
Saya : Aamiinn..terima kasih doc.
Doc : So, baby pun sihat dalam ni...berat dalam 2.6 - 2.7 macam tu...
Saya : Ok doc =)
Berbunga-bunga juga dihati bila doc tunjuk skrin ultrasound tu baby boy. Andai tepat, syukur alhamdulillah. Apapun saya serahkan kepada Yang Maha Pencipta. Apa yang penting adalah doa saya semoga bila tiba saat kelahiran nanti segalanya dipermudahkan dan bayi saya sihat sempurna, aamiin.
PS/ Tak sabar menunggu saat kelahiran kali ini. InssyaAllah, dijangkakan due 23hb Julai ini. Doakan saya ya!
Perkongsian Hati ke Hati
Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah?
Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi saya atau Klik Di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan