Khamis, 27 November 2014

Kelebihan sebagai Shaklee Independent Distributor


Apa kelebihan dan yang bestnya sebagai Shaklee Independent Distributor (Sid) ni? Dengan hanya mendaftar sebanyak RM65 tu, selain mendapat harga ahli ke atas produk Shaklee, apa lagi yang kita dapat ?

Ok, sejujurnya saya pada mulanya dahulu pun mendaftar sebab nak dapat harga ahli tu jer. Tambahan, pada ketika itu saya juga sedang menjalankan bisnes dropship buku-buku dan produk pembelajaran kanak-kanak ( dan saya msh lagi agen dropship sehingga kini..hehe ). Ceritanya, memang saya ni jenis suka buat bisnes. Memang sedari kecik lagi sebab masa dahulu, emak saya seorang penjual kuih. Saya pernah bantu emak jual mi bungkus 20 sen dan bawa ke sekolah. Saya tak pernah merungut atau rasa malu membawa "bahai" (plastik) berisi 50 bungkus mi setiap hari ke sekolah. Saya rasa seronok menjual dan dapat duit bagi pada emak. Di samping itu, emak bersama macik-macik jiran sebelah rumah pun buka gerai depan rumah menjual bermacam-macam kuih. Memang rare la suasana waktu tu! Oppss, itu kisah jaman kanak-kanak la kan..hehehe....chupp! 

OK, Back to topic >>>

Apa yang bestnya jadi Sid ni? 

1. Peluang menjana pendapatan pasif sampingan selain gaji.

Mestilah tujuan bisnes sampingan ni, nak jana income kan. Macam saya, tiap bulan gaji dari Govt setiap 25hb. Tapi, dalam Shaklee....kita akan dapat CASH BONUS setiap pertengahan bulan! So, biasala...after terima gaji 25hb tu byk kena setel, rumah, kereta, perbelanjaan untuk anak-anak, parents dan lain-lain. Lepas tu dekat pertengahan bulan seterusnya, masyukkk pulak Bonus Shaklee..alhamdulillah la kan...at least, bernafas jugak kita kan, betul tak?hehehe

2. Menikmati harga ahli sehingga 33% !

Of course, bila dah jadi Ahli Shaklee berdaftar sememangnya dapatla beli produk pada harga ahli....means, jimatttt la kan! Tak payah lagi nak deal-deal sampai nak minta harga kasih sayang semua tu...so, nasihat saya kalau suka makan vitamin Shaklee, better daftar AHLI. Tak mahal pun, bayar RM65-RM85 jer...berbaloi-baloi! Macamana cara daftar, klik di sini > SAYA NAK DAFTAR

3. Kumpul point UV dan tukar cash!

Eh, kena kumpul apa pulak ni?? Jangan panik dulu...hehe....mcm ni, setiap produk Shaklee yang kita beli mempunyai UV atau Point nya tersendiri. Point-point ini apabila dapat dikumpul sehingga 150UV point dalam satu bulan semasa, di mana 150UV bersamaan jumlah pembelian bernilai RM480++ (harga ahli) la lebih kurang. So, bila dapat kumpul 150UV ni dapatlah ditukar CASH yang mana akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda pada setiap pertengahan bulan atau 14-15hb bulan berikutnya. Anggaran bonus bagi 150UV ni adalah dalam RM24++ 

Apa, RM24 sahaja?? Itu kalau 150UV, let say kita dapat 300UV, 600UV, 1200UV atau lebih 3000UV, tidak mustahil kan? THINK BIG! Jangan perkecilkan nilai RM24 tu....itu yang kita dapat kalau kita sorang-sorang ja yang beli. Tidak termasuk lagi dapatan daripada donwline-downline lain di bawah kita, TIDAK MUSTAHIL kita boleh gandakan RM24 tu menjadi RM240, RM2,400, RM24,00 atau siapa tahu mungkin lebih daripada itu? Tiada mustahil jika kita berkehendakkan dan usaha! Kita buat, kita dapat kan?


:: Selain cash bonus, kita juga berpeluang memperolehi CAR BONUS (dalam bentuk duit), bonus kepimpinan, bonus apabila naik rank, dan banyakkkkkkk lagiiii!

4. Dapat mengikuti kelas-kelas, seminar atau bengkel secara online/offline & join group Whatsapp tanpa kengkangan masa!

Pada masa dahulu, nak dapat sesuatu ilmu tu pun kita kena bergerak keluar dari rumah, betul tak? Tapi, pada masa zaman teknologi canggih skrg ni, kita masih boleh belajar dan mengikuti kelas online hanya melalui gadget seperti komputer, laptop, tablet, smartphone, dsb. Yang penting, mesti ada INTERNET la. So, ibu-ibu surirumah yang ada anak kecil pun tiada masalah untuk join. Sambil bisnes, masih boleh urus rumahtangga, urus anak, urus suami, masak, kemas rumah, lepas tu dah boleh urus online class pula. Seronok kan? 


Kelas-kelas online yang dimaksudkan seperti Webinar Online, coaching daripada Upline, group Whatsapp yang aktif 24/7 setiap masa, blogging, facebook, dsb.
Bengkel Nutrisi pertama saya setelah bergelar SiD pada tahun 2013
di Palace Hotel, Kota Kinabalu.
(gambar dari Pollux group)
Itu bagi yang online, bagi offline pula kita berpeluang mengikuti bengkel/seminar di lokasi-lokasi terpilih seperti New Distributor Trainning (NDT), Bengkel Nutrisi, seminar atau talk mengenai Shaklee Business Opportunities Management (BOM), dan lain-lain. Seronoknya dapat berkenalan dengan MAK Shaklee, adik-beradik Shaklee lain dan yang best dapat berjumpa dengan leader-leader, master dan mentor yang lebih dahulu telah berjaya! Bila berhadapan dengan mereka ini, kita rasa sangat teruja dan rasa "aku nak jadi macam dia la"...haaa, mcm tu feeling ada tau!

Segala ilmu yang kita perlukan, hanya kita perlu rajin gali semua ilmu itu. Rajin bertanya dengan Mak Shaklee atau Upline masing-masing. Perkara yang penting ialah jangan lupakan Mak Shaklee atau Upline kita ya. Apa-apa kena rujuk mak Shaklee, jangan syok sendiri pula. 

Bila semua tu kita sudah faham, ins sha Allah...mudahlah urusan kita. Aamiin

Lagiiii kelebihan sebagai Ahli atau Sid ??

5. Berpeluang menghadiri Shaklee National Conference (NC)
6. Melancong, mengerjakan Umrah
7. Dapat menjana income impian kita
.....dan banyak lagi laaa! Nak tahu, kenalah jadi ahli kelurga Shaklee saya dahulu ye...hehehe ^_^

Apapun semuanya bermula dengan NIAT kita. Apa yang utama bila kita dapat merasai kesemua ini ialah nikmat KEBEBASAN.

KEBEBASAN APA YANG DIMAKSUDKAN?

-Bebas drpd bebanan kewangan
-Dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga tanpa terikat dengan mana-mana komitmen.

Itu yang kita mahukan dalam hidup ini kan? So, bermula sekarang tanamkan niat dan azam, apakah VISI kita? Apa PUSH FACTOR kita?

Akhir kata, saya adalah Shaklee Independent Distributor LUARBIASA! Saya SUKA apa yang saya buat! Saya SUKA Shaklee!

Ingatlah wahai anda di luar sana..peringatan kita bersama...
"Allah sentiasa menurut sangkaan hambaNya. Jadi, sentiasa segarkan minda dengan perkara yang positif, fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, sangka yang baik-baik....laksanakan perintahNya dan tinggalkan laranganNya, amalkan sedekah dan tanamkan niat untuk membantu ramai orang demi untuk menambah nilai hidup menjadi lebih baik...ins sha Allah......"

Wassalam.

Ikhlas dari lubuk hati saya saat ini;

Juraidah binti Nasif
Sid. 931577
Sandakan, Sabah.

Hotline SMS/Whatsapp 014-2801508


Selasa, 11 November 2014

OMEGA GUARD bukan sekadar Minyak Ikan!

Bismillah....Promo shaklee bulan ni....

OMEGA GUARD SHAKLEE bukan sekadar Minyak Ikan!

♡ Kelebihan Omega Guard dari Shaklee ♡

Diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dr ketumpatan hati minyak ikan. Ianya paling tulen di dunia yg mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dpt membekalkan 90cap asid lemak omega-3 EPA & DHA.

Manfaat utama :

♢ Asid lemak ♢

• Merupakan asid lemak yg penting & tdk dpt dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu kita perlu mengambilnya drpd makanan. Omega 3 dr asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kpd EPA & DHA secara berkesan oleh badan.
• Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dgn lebih berkesan utk menghalang prostetomegaly & membuang air kecil yg timbul drpd punca andropos.
• Ia juga blh mengimbangi perubahan dlm kepekatan hormon wanita yg menyebabkan PMS, bg kulit licin & kemerah-merahan.

♢ Mencegah penyakit saluran darah & strok. ♢

•DHA & EPA menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yg lebih rendah & kepekatan darah, melincirkan saluran darah & peredaran darah yg lancar. Oleh sbb Itu ia efektif utk membantu mengekalkan tekanan darah normal & ketegangan di leher atau skt kepala.
• Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dlm badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida & kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

♢ Membantu Tumbesaran & Perkembangan otak janin & membantu perkembangan memori. ♢

• DHA ialah nutrien utama utk otak, sistem saraf & retina. Ia penting terutamanya pd 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dlm kandungan.
• DHA meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan & pendengaran dan mencegah migrane.
• OmegaGuard dpt membekalkan 90cap asid lemak omega 3 EPA dan HDA.

♢Meningkatkan sistem imun & menyihatkan paru-paru. ♢

•Mengawal sistem imun spt memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

♢ Menentang cancer ♢ 

• Kajian telah menunjukkan bahawa omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
• Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan & membantu pankreas pesakit kanser utk berfungsi dgn lebih efektif.

♢Memelihara fungsi sendi (arthritis)♢

• Paras asid lemak omega 3 larut dlm to tisu rawan. Oleh sbb itu ia blh mencegah kemusnahan enzim yg membentuk tisu rawan.
• Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi2 sendi & gout dgn efektif.

♢ Mencegah Imsonia & membantu mengurangkan tekanan ♢

• kajian tlh membuktikan bhw EPA & DHA mempunyai keupayaan utk menstabilkan emosi & membantu dlm perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurashthenia, imsonia, autism, kanak2 hiperaktif & penyakit schizophrenia.



Kenapa Omega Guard Shaklee ni harus anda miliki?
Sesuai dan membantu untuk......

• Ibu hamil & menyusukan anak
- Omega 3, DHA, penting bagi fetus/bayi supaya sihat membesar.

• Untuk kanak-kanak
- membantu perkembangan IQ, kanak-kanak ADHD, asma.

• Membantu pesakit darah tinggi, kencing manis
- bantu mengawal tekanan darah, bantu kawal gula dalam badan, bantu turunkan kolestrol jahat (LDL)

• Menurunkan berat badan!
- membakar lemak tepu
- tingkatkan metabolisma
- halang pembentukan lemak
- kawal selera makan

Seperti bulan lepas, bulan ni pun ada promo istimewa. 

PERTAMA :

Promo Beli 6 botol dan dapat Percuma 1 botol Omega Guard.
PLUS++ akan automatik dapat KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM69*
PLUS+++ CASHBACK yang akan dibayar direct ke akaun bank anda pada bulan berikutnya.
Dan semestinya sebagai ahli berdaftar, anda akan mendapat 1 starter kitbag.

Best kan?

KEDUA :

Promo TWIN PACK iaitu beli 2 botol Omega Guard dan layak mendapat DISKAUN 5%



Best ke tak best? Nak lagi best, syaratnya kenalah daftar Keahlian anda bersama saya ya..hehe.....bukan untuk saya, tapi untuk ANDA layak menikmati banyakkkkk lagi benefit dalam Shaklee.

Ok, tak nak lebih-lebih. Untuk dapatkan konsultasi atau penerangan lebih lanjut boleh kontak saya via Whatsapp 014-2801508 atau komen di post ini keh!

Jumaat, 19 September 2014


Sweet September dengan Promo Collagen Powder Beli 6 Percuma 1 ~

Kolagen mmg sinonim dengan wanita yang ingin mengekalkan kecantikkan terutama pada kulit wajah. Ianya mampu menganjalkan kulit, mencerah dan tampak awet muda berseri-seri gitu...hehe

So, inilah masanya..grab skrg mmg sgt berbaloi2! 

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Antara terstimoni termasuk testi saya sendiri..hehe...memang terbaik! Tak sabar nak borong Collagen bulan ni.....phewwwww!


Order cepat-cepat......hubungi saya untuk konsultasi produk. TQ

Isnin, 16 Jun 2014

Trip to the Lost World "Maliau Basin" - Part 1

Bicara larut malam......mood rajin bukak lappy, haha.

Ni gara2 tidur sakan seharian...maklumla, demam worldcup dah skrg ni kan...hehe.....bila si huby bangun tghmlm tengok bola, saya pun terrrrrr-tengok skali..hahaa...padan muka aku! Ok, terlanjur dah berblog malam2 buta ni, tetiba rindu nak buat outdoor event. 

Saya jenis yang suka aktiviti luar. Tahun lepas 2013, dept saya ada buat program luar iaitu Lawatan Sosial ke Maliau Basin dan Lembah Danum pada 7hb dan 8hb Mei 2013.

Day 1 - Maliau Basin ( 7hb Mei 2013 )

Bersama ofismate termasuk boss ada 10 orang kesemuanya dengan menggunakann 3 kenderaan 4WD. Saya pun dah tak ingat sangat tapi, perjalanan memang panjang dengan keadaan jalan kem..jgn hrp nak tidur nyenyak dalam keta...hihihii..tapi, sepanjang perjalanan mmg saya jarang tidur sbb mahu menikmati suasana perjalanan gitu..hehe

Pengalaman sepanjang di Maliau Basin ni, memang nature habis tau...dari struktur jalanraya nya yang bertanah, berbukit, cenuram..pokok-pokok, hutan tebal...huh....mcm camel throphy plak! Kami bertolak dari ofis sekitar jam 9.30 pagi dan sampai di gate jam 5:17pm dan masuk ke dalam memakan masa 1 jam lebih iaitu dalam kul 6pm sampai d kawasan penginapan. Kawasan sini agak gelap dan kurang lampu. Mungkin, kerana nak kekalkan suasana nature tu kan....Pada jam 6.38pm barulah kami jumpa pejabat receiption nya...fuh, syukur dan selesai daftar semua dan check in ambik kunci masing2, masuk bilik letak beg then turun semula ke ruang makan yang terletak dkt asrama lelaki. 

just arrived 5:14pm
Tiba di gate Maliau Basin 5.17pm
Hujan renyai masa ni...sempat posing sebelum masuk melalui jalan kem berbukit ke dalam.
Lebih kuran 1 jam setengah sebelum sampai ke penginapan
Jam 6:38pm baru dapat check in daftar. Lapar gila taim ni...hampir tak jumpa ofis ni gara2 gelap..
maklumla, kurang  lampu kat sini, mungkin sebab dorang nak kekalkan nature tu kan...hehe
Lepas chek in, simpan beg dalam bilik, terus pecut ke asrama lelaki di mana, kitaorang nak masak utk mkn mlm guna dapur d sana. So, beginilah suasana ruang makan yang terdapat di asrama tu
Ruang Dapur (depan)
Ruang dapur  (belakang)
Malam ni kitaorang barbeku ja..hehe...nasib baik ofismate lelaki ni suma terer masak. Perempuan dua org ja jadi tukang cuci piring...hahaha.
After selesai makan mlm ala barbeku, kemas dapur semua, then dalam jam hampir 10mlm barula gerak balik ke bilik. Bersihkan badan, mandi, rehat dan fuhhhh........penattttt sangatttttt! (saya tak jumpa gambar bilik yg saya snap...hihi) saya sebilik ngan kwn chinese but she's very nice person. Memang penatt, mlm tu kami tak brapa sgt nak tidur...mgkin bila berada d tempat asing kan..so, lain sikit...Oh ya, lupa gtau....setiap bilik dibekalkan 1 lampu kecemasan. Kat sini, elektrik akan dipadamkan pada jam 12 tghmlm. So, thats why ada lampu kecemasan tu..so, bila no electric, memang gelappp dan sunyiiiiiiiiii sgt..mcm2 bunyi ada...punyalah saya baca surah2 al-Quran masa tu.....tapi, alhamdulillah takda apa2 juga yg berlaku. Lebih kurang jam 2 pagi juga baru dapat nyenyak. Line maxis pun not very clear la d sni..mmg miss sgt ngan huby n anak2...tp, sempat jg la call awal td...hehe

Day 2 - Maliau Basin ( 08 Mei 2013 )

Saya dan ofismate bangun awal subuh jam 5 pagi. Cerita2 kejap sementara menanti elektrik dihidupkan. Jam 6 pagi, agak terang sikit. Kami bukak pintu beranda belakang, fuhhhh hutan belukar rupanya! Hirup fresh air natural dr the Lost World! Bestt...mmg tak ingat tentang ofis langsung la. Sambil2 kemas beg masing2. Dalam jam 6.30pagi barulah elektrik ON semula. Bersihkan badan, mandi dan bersiap nak turun ke asrama lelaki semula untuk masak bekfes. Masa ni, perut dah sakit. Sakit masuk angin. Ya, Allah...memang payah nak gerak apatah lagi berjalan laju..huhu...kencang atas perut. Tapi terpaksa tahan dan buat tak tau jakla. Nasib baik ofismate ada bw ubat....kurang2 juga sikit tapi masih juga sakit...huhuu...saborrrr

bekfes ala american style kunu..haha.....sedap jerrrrr
Masa ni tak dapat naik jambatan gantung sebab perut masih sakit. Sabo jerlaaaaa...
Ni la amoi teman sebilikku...hehehe
Ok, selepas ni dah nak gerak keluar dari Maliau Basin untuk meneruskan perjalanan ke Lembah Danum pula. Memang kejar masa sebab memang tak cukup masa pun...haha.....

Tunggu Part 2 seterusnya cerita Lembah Danum pulak okey. Sekarang nak tidurrr.. Alamak, masa tidur hanya 3 jam setengah ja dari sekarang. Pagi ni kena awal bangun sebab musim persekolahan dah start dah...chupp!

Selamat malam.......

DangJueNasfah

Bila ikhlas memberi, seribu nikmat dikecapi.

Jumaat, 13 Jun 2014

MY FIRST BENGKEL NUTRISI SHAKLEE

Assalamualaikum..hai :-)

Emmm..sepatutnya, entri ni dah lama saya buat. Tapiii........oppss, forget it la kan...hehe

Ok, ini adalah bengkel pertama yang saya sertai setelah menjadi sid yang sah...hehe... saya bersama-sama rakan shaklee dari keluarga Pollux, iaitu Aya Chalo ( mama Shaklee daku ), Sylvia Yong, Hidayah Kassim, Dynas dan lain-lain..sory tak ingat nama kalian..hihiii

Ini adalah Bengkel Nutrisi atau Nutrition Workshop yang diadakan di The Palace Hotel, Kota Kinabalu pada 18 Mei 2013. Memang best sangat masa ni, ada kuiz, game, soal-jawab dan paling best ada free gift. Tapi, waktu ni belum ada rezeki lagi dapat free gift..hehe...

Apapun, ins sha Allah akan datang jika berpeluang ingin mengikuti lagi mana-mana event yang dianjurkan Shaklee untuk memenuhi ilmu Shaklee di dada ni...aamiinnn

Doakan saya berjaya! Aamiinnn.

Bersama mama Shaklee dan adik-beradik keluarga Pollux kuuu 


ALTERNATIF RAWATAN GASTRIK


Tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa....namun, adakala juga yang tidak dapat memenuhi kewajipan berkenaan oleh kerana masalah penyakit terutamanya GASTRIK.

Apapun buat anda yang telah mencuba pelbagai rawatan namun masih belum berhasil, saya mengesyorkan anda mencuba set ini iaitu 

ESP ( Energizing Soy Protein ) ■

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

B COMPLEX ■

B-Complex bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Ia juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

OSTEMATRIX ■

Ostematrix membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.



So, nasihat saya kepada anda yang ada masalah sama mcm ni, jangan takut untuk mencuba dan mengamalkan suplemen Shaklee kerana ianya selamat, berkesan dan semulajadi. Kalau dibandingkan harga set ni dengan duit yang kita bayar dekat klinik, yang mana sakit hanya hilang sekejap bila makan ubat. Tapi, kemudian hari akan datang lagi. Berbaloikah?

Pengalaman saya sendiri sebelum ini juga mengalami gastrik yang agak teruk sehingga saya sering "standby" ubat gastrik dalam beg. Namun, saya terfikir kenapa saya perlu bergantung pada ubat semata-mata? Dari situla saya mula mencari suplemen yang boleh merawat gastrik ni. Dan sejak setahun lepas, saya mencuba set shaklee ni. Dan hasil nya alhamdulillah....sehingga kini saya tidak didatangi gastrik teruk lagi. Memang syukur sangat kerana saya dah tak ambil sebarang ubat gastrik lagi! Ins sha Allah, jika konsisten diamalkan akan merasai perubahan.

Saya juga pada awalnya atas dasar mencuba, tetapi bila saya merasakan semakin hari keadaan bertambah elok, maka saya jadi yakin dan sehingga kini saya akan tetap teruskan. Selain gastrik, kebaikkan lain ialah kulit pun cantik sihat dan sembelit pun dah tiada dah! Haha  Best, kan??

Kesihatan lebih penting.
Kesihatan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya.
Yakin dan konsisten!

Pilihan di tangan anda ~


♡ DangJueNasfah 

SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN

"Barangsiapa menghendaki ganjaran / pahala akhirat, maka Kami tambahkan pahala kepadanya dan barangsiapa menghendaki pahala / balasan di dunia maka akan Kami beri bahagiannya di dunia akan tetapi jika tidak mendapat bahagian di akhirat kelak." Surah Asy Syuura ayat 19-20.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.
Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan Dia Allah memilih, tidak ada hak mereka untuk memilih." Kerana Nabi Muhammad SAW mengerjakan puasa di bulan Syaaban sepenuhnya (sebulan penuh) dan baginda bersabda, maksudnya : "Allah telah menerima semua amalan para hamba di bulan ini (bulan Syaaban)." Al Hadis disahihkan oleh sementara periwayat hadis.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban ?" Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi bersabda : "Kerana di dalam bulan itu banyak macam-macam kebaikan ,yang banyak sekali." Al Hadis Kitab.
Raudhotul Ulamak.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Dari Yahya bin Muaz bahawa di berkata :"Sesungguhnya di dalam kata Syaaban itu mengandungi lima huruf yang masing-masing huruf merupakan huruf singkatan kurnia kepada orang-orang beriman. 'Syin' ringkasan kata 'Syarofun wa Syafaatun' ertinya kemuliaan dan pertolongan. 'Ain' ringkasan kata 'Al Izzatu wal Karomah' ertinya keagungan dan kemuliaan. 'Bak' ringkasan kata 'Albirru' ertinya kebaikan / kebagusan. 'Alifun' ringkasan kata 'Ulfatun' ertinya rasa kasih sayang dan 'Nunun' ringkasan kata 'Nurun' ertinya cahaya." Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Dari Siti Aisyah berkata : Semula Saya tidur bersama Nabi Muhammad SAW maka saya terbangun, saya tidak mendapatkan nabi, lalu saya menjadi bimbang dan saya mengira Beliau pergi ke salah satu isterinya di saat giliran saya. Lalu saya pun mencari beliau di rumah-rumah mereka dan ternyata tidak jumpa / tidak ada.
Kemudian saya pergi ke rumah Fatimah ra, lalu saya ketuk pintunya, maka teguran dari dalam rumah tersebut : "Siapakah yang ketuk pintu ? " Jawab saya : "Saya , Aisyah. Saya datang ke mari di saat ini untuk mencari Nabi Muhammad SAW."
Maka keluarlah Ali,Hasan,Husain dan Fatimah ra. Kata saya : "Di mana kita mencari Nabi Muhammad SAW ? "Mereka menjawab : " Mari kita cari Beliau di masjid." Kami pun semua mencari Beliau tetapi tidak menjumpai. Kata Ali ra " Mungkin Nabi pergi ke Bagi'il Ghorgqodi ( nama tempat yang di sana banyak pohon yang indah ). Maka kami semua pergi ke tempat tersebut dan pada saat itu ada sinar yang memancar ke atas dari tempat tersebut.
Kata Ali ra: " Cahaya tersebut tidak lain merupakan cahaya Nabi Muhammad SAW. Kami pun mendekatinya dan kami temui Nabi tersebut dalam keadaan sujud sambil menangis, yang tidak seorang pun yang merasakan apa yang Beliau rasakan. Dan beliau tunduk dengan tekunnya sambil mengucapkan dalam sujudnya : "Apabila Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan apabila Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."
Ketika Fatimah mengetahui Beliau, maka dia berhenti dekat kepalanya serta mengangkat wajah Beliau dari tanah dan berkata : " Wahai ayah, apa gerangan yang menimpa engkau, apa ada musuh datang ataukah ada wahyu turun ?"
Nabi Muhammad SAW menjawab : "Ya Fatimah, tidak ada musuh yang datang dan tidak ada wahyu yang turun akan tetapi malam ini adalah malam BARO'AH (malam Nisfu Syaaban) saya memohon kepada Allah."
Dan baginda berkata pula: "Ya, Aisyah, kalau sekiranya hari Kiamat telah datang, maka saya sedang sujud dan saya mohon pertolongan kepada Allah."
Kemudian Rasulullah SAW berkata : "Apabila kamu sekalian menginginkan keredhaan maka sujudlah kamu sekalian dan tolonglah aku dengan doa dan merendah diri kepada Allah." Nabi bersabda kepada Ali ra : "Ya Ali sujudlah engkau carilah orang lain. Ya Fatimah wa Ya Aisyah sujudlah kamu berdua dan ajaklah anak-anakmu dan wanita-wanita lain." Maka mereka pun sujud dan menangis sampai fajar subuh.
Hai kaum Muslimin dan Muslimat, kamu sekalian lebih berhak untuk bertekun dan tunduk merendah diri. Kerana kita adalah manusia yang banyak dosa. Sesungguhnya Rasulullah dan keluarganya sujud dan menangisi adalah untuk kita (umatnya) Kitab Raudhotul Ulamak.
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."

Rabu, 11 Jun 2014

PEMAKANAN BETUL ATASI MASALAH MUNTAH

PEMAKANAN BETUL ATASI MASALAH MUNTAH

Muntah adalah proses aktif, membabitkan pengecutan otot perut yang membolehkan kandungan di dalamnya dikeluarkan melalui perut. Proses ini berlainan daripada masalah regurgitasi di mana ia adalah proses tidak aktif yang menyebabkan sebahagian kecil daripada pemakanan bayi dikeluarkan. Proses ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang kurang daripada setahun.

Cara Kurangkan Masalah Muntah

Kelazimannya muntah disebabkan oleh infeksi virus yang membabitkan usus atau makanan yang kurang serasi dengan kanak-kanak terbabit. Selalunya, kanak-kanak yang muntah disebabkan oleh virus akan juga mengalami masalah cirit. Jika kanak-kanak muntah melebihi 24 jam tanpa cirit, dia mungkin mengalami masalah yang lebih sukar. Berapa lamakah masalah muntah ini wujud? Selalunya, ia akan berkurangan selepas enam hingga 24 jam. Pertukaran dari segi pemakanan boleh mengurangkan masalah muntah dan dehidrasi. Jika kanak-kanak juga mengalami masalah cirit ia boleh berlanjutan untuk beberapa hari.

Berikan kanak-kanak air dalam kuantiti yang kecil selama kira-kira lapan jam selepas muntah yang terakhir, bagi kanak-kanak yang kurang daripada setahun gunakan garam rehidrat. Pastikan air diberi menggunakan sudu. Jika tiada garam rehidrat gunakan susu yang diberi dengan kadar kecil.

Mulakan dengan kira-kira satu sudu teh atau sudu makan bergantung kepada umur anak anda. Berikan lebih kurang setiap lima minit, selepas lebih empat jam tambahkan kuantiti minuman anak anda. Jika masalah muntah terus berlaku, berhenti seketika selama kira-kira satu jam dan mulakan dengan kuantiti yang lebih rendah.

Setelah lebih kurang lapan jam tanpa muntah, anak anda bolehlah memulakan diet seperti biasa. Bagi kanak-kanak yang kecil mulakan dengan makanan seperti bubur dan adalah baik jika kuantiti pemakanan dikurangkan sedikit. Bagi kanak-kanak yang lebih berumur, bubur boleh juga diberikan selain makanan lain seperti roti, kentang putar, sup dan sebagainya.

Bagi bayi yang menyusu badan pula, apa yang perlu dilakukan ialah memberi penyusuan pada kuantiti yang lebih rendah tetapi kerap. Penyusuan boleh diberikan selama 10 minit setiap satu jam, jika masih lagi muntah kuantiti penyusuan mungkin dikurangkan kepada lima minit setiap setengah jam. Gunakan garam rehidrat kira-kira satu sudu besar setiap 15 minit jika muntah berterusan.

Ubat-Ubatan

Elakkan daripada memberi ubat melalui mulut. Ubat ini mungkin menyebabkan kanak-kanak muntah. Jika demam, penggunaan ubat demam yang diberi melalui sumbatan punggung boleh dilakukan. Jika demam berterusan pastikan anda mendapatkan nasihat doktor.

Cara penjagaan salah yang kita lakukan adalah memberi sebanyak mana air yang diminta oleh kanak kanak terbabit. Ini akan menyebabkan kanak-kanak itu terus muntah. Penggunaan ubat tahan muntah jarang dapat menyelesaikan masalah. Strategi pemakanan yang betul selalunya dapat menyelesaikan masalah muntah terbabit.

Bilakah Sepatutnya Mendapatkan Nasihat Doktor?

-Tanda-tanda kering/dehidrasi
-Darah dalam muntah
-Jika kandungan muntah mengandungi jus hempedu (billous vomiting), biasanya muntah berwarna hijau
-Muntah berterusan diikuti dengan cirit-birit yang terlalu kerap
-Anak anda lemah, tidak bermaya dan kelihatan lesu.

Sumber Maklumat: Berita Minggu

Selasa, 20 Mei 2014

KENAPA KEPERLUAN AIR 8 GELAS SEHARI?

KENAPA KEPERLUAN AIR 8 GELAS SEHARI?

Gambar : Sumber Google

Ya, kita biasa dengar dan diberitahu tentang pentingnya air, sehinggakan kita perlu ambil air 8 gelas sehari sekurang-kurangnya. Namun, sedar dan tahukah kita mengapa kita disarankan sedemikian?

Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar! Wah..banyaknya!

Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaanya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice.

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis!

Kredit : Jurnal Nutrisi blogspot

KETAHUI TENTANG KRISIS PEMULIHAN

APA ITU KRISIS PEMULIHAN @ HEALING CRISIS (HC)

Pada kebiasaannya, selepas mengambil atau consumed suplemen, kita akan mengalami keadaan seperti mungkin rasa tak selesa, timbul sakit itu, sakit ini, dsb. Jangan panik ya, sebenarnya anda dalam situasi yg dipanggil "healing crisis (HC)". Dan healing crisis ni adakalanya berbeza bagi setiap orang, malah ada yang langsung tiada HC sama sekali! Jom ketahui lebih lanjut tentang HC ni keh!

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

1. Krisis Penyembuhan : Sakit kepala yang melampau
Penyebab : Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2. Krisis Penyembuhan : Demam, tidak cukup rehat
Penyebab : Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
3. Krisis Penyembuhan : Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
Penyebab : Petanda bagi menyahtoksin, usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
4. Krisis Penyembuhan : Kembung perut
Penyebab : Sistem penghadaman yang lemah
5. Krisis Penyembuhan : Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
6. Krisis Penyembuhan : Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab : Fungsi paru-paru yang lemah, kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
7. Krisis Penyembuhan : Pendarahan hidung 
Penyebab : Mungkin petanda bagi kekurangan darah. 
8. Krisis Penyembuhan : Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab : Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.
9. Krisis Penyembuhan : Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Penyebab : Mempercepatkan krisis penyembuhan
10. Krisis Penyembuhan : Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Penyebab : Sistem saraf yang lemah
11. Krisis Penyembuhan : Kitaran haid yang tidak menentu
Penyebab : Hormon yang tidak seimbang / perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasirpada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
12. Krisis Penyembuhan : Lapar, Pening
Penyebab : Tekanan darah rendah, anaemia
13. Krisis Penyembuhan :Loya, sembelit, tersedu
Penyebab : Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
14. Krisis Penyembuhan : Edema (membengkak)
Penyebab : Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversit

kredit to : Amni~Haziq

Selasa, 13 Mei 2014

Cara Atasi Masalah Berat Badan Anda

Langkah 1 : Detoks
Langkah 2 : Bakar / Memecahkan Lemak
Langkah 3 : Bina otot dengan protein

HURAIAN KONSEP :-

1. Detoks

Detoks adalah proses menyingkir atau membersihkan usus. 

Usus adalah tempat di mana segala lendir dan lemak yang melaluinya melekat. Cuba bayangkan hos, di mana segala cecair, makanan dsb masuk melaluinya. Tidak semua akan terkeluar dan lebihan kekotoran/lemak pasti akan melekat di dalam dinding hos tersebut. Begitulah juga dengan usus kita. So, proses detoks diperlukan bagi menghakis lemak dan lendir yg melekat tersebut. Apabila saluran usus kita bersih, barulah tubuh kita dapat menyerap nutrien secara optimum.


Proses detoks amatlah penting. Untuk tujuan itu, adalah sesuai mengambil Alfalfa Complex atau Herblax. Alfalfa Complex sesuai untuk mereka yang ingin kurus dan maintain berat badan, manakala Herblax lebih sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit atau perut besar.

2. Bakar / Memecahkan lemak
Apabila detoks berkaja dilakukan, proses seterusnya ialah memecahkan lemak. Oleh itu, Lecithin atau Omega Guard diperlukan untuk proses ini. 

Bagaimana ianya bertindak?

Lecithin atau dikenali sebagai "pengelmusi lemak semulajadi". Ianya bertindak menangkap lemak-lemak yang terapung supaya tidak melekat pada dinding membran dan membawanya keluar melalui pembuangan air besar. Lecithin sesuai bagi ibu yang baru bersalin dan sedang menyusukan anak, kerana lecithin bkn shj mampu membuat anda kurus, malah ia juga berfungsi menghalang saluran susu ibu tersumbat yang menyebabkan bengkak.

Manakala, Omega Guard pula berfungsi memecahkan lemak "tepu". Ianya sesuai diambil bagi mereka yang memiliki perut buncit dan overweight.

3. Bina otot dengan protein
Apabila lemak telah berjaya dikeluarkan, maka tubuh akan ada ruang-ruang kosong akibat lemak yang terurai daripada badan. Justeru, protein sangat diperlukan untuk membina otot bagi mengisi ruang-ruang tersebut selain membantu meningkatkan tahap metabolisma. Protein juga dapat membantu membakar kalori. Untuk sumber protein terbaik, pilihan yang disarankan ialah Energizing Soy Protein (ESP), Cinch Shake atau Mealshake.

ESP - adalah soya non-gmo yang sangat disarankan bagi ibu yang masih menyusukan anak kerana ESP juga membantu penghasilan serta memekatkan airsusu ibu, memberi tenaga dan mencantikkan kulit.
Mealshake - sesuai diambil oleh ibu menyusukan, mengandungi multivitamin dengan perasa vanila yg lazat.
Cinch Shake - memberikan rasa kenyang dan bagi ibu yang tidak breastfeeding, boleh ambil ni.


Tips :
Namun demikian, apajua cara anda dalam menurunkan berat badan, jangan mengharap 100% pada vitamin yg anda makan ya. Perkara penting dalam keinginan anda menurunkan berat badan ialah :

1. Konsisten 
ingat ya, vitamin ni bukan ubat ajaib yg blh jadikan anda kurus serta-merta sbb anda mestila konsisten, maksudnya d sini bkn hanya comsumed 1 - 2 bulan ja then stop. Kena la konsisten dan berterusan,,,,dan if berkesan, mesti teruskan juga.

2. Pengambilan air masak sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari

3. mengamalkan senaman 
Yang ni, wajib! jangan dok mkn vitamin then tidur saja. mestila ada senaman gak kan..jgn malas!

4. Menjaga pemakanan
ok, mengawal pemakanan ni penting. anda boleh makan apa saja tapi berpada-padalah dan dalam kuantiti yang secukupnya. bukan main belasah jer.....hihi

Untuk penerangan lebih khusus berkenaan set slimming yang sesuai untuk anda, boleh terus inbox atau hubungi saya ya. Ins sha Allah, saya akan berikan konsultasi dengan lebih jelas nanti.

Sid 931577
Dang Jue Nasfah
014-2801508