Apapun, tidak semua keperluan bayi disediakan sekaligus kerana bayi akan cepat membesar. Apa yang penting ialah beberapa keperluan asas yang wajib ada sebagai persediaan menyambut "orang baru" tak lama lagi. So, ibubapa kena take noted ya..hehe
1. Lampin Kain Bayi (baby napkin)
Kain lampin bayi paling penting untuk bedung bayi. Di pasaran ada banyak jenis kain lampin dan pilihlah kain yang berkualiti seperti Anakku atau Fiffy. Satu pek mengandungi 8 - 10 helai kain lampin. Ada yang jenis plain, berkotak (checkerbox) mahupun bercorak.
Biasa saya beli 2 - 3 pek untuk permulaan sebab baby pada awalnya memang kerap kencing dan berak. Jika pada musim hujan, elok sediakan lebih.
2. Tuala Mandi Bayi
3. Barut Bayi
4. Sarung Tangan, Stokin Kaki dan Topi (Booties & Mittens)
Sarung tangan dan stokin kaki biasanya dijual secara set. Jari tangan dan kaki bayi sangat lembut dan kecil. Apabila mengeliat, baby suka gosok muka, kan? Sebab itulah perlu ada sarung tangan untuk melindunginya daripada mengenai muka sendiri. Dan stokin pula supaya kaki tidak mudah dimasuki angin. Manakala topi bagi melindungi kepala bayi terutama ubun-ubun yang masih lembut.
5. Set Baju dan Seluar Bayi
Untuk baju bayi, saya lebih suka ambil saiz 3 bulan. Kalau dibandingkan dengan saiz newborn, tak jauh bezanya pun. So, better terus ambil saiz 3 bulan kerana bayi akan membesar dengan cepat. 3 bulan kejap jer tu..Biasanya baju bayi disediakan satu set sekali dengan seluar. Pilihlah dari kualiti kain yang baik.
6. Selimut
7. Tilam, Bantal Kepala dan Bantal Guling (Boolster)
Set tilam, bantal dan boolster untuk bayi juga penting. Jangan lupa sediakan baby cotsheet sekali untuk alas tilam tu, untuk elak tilam daripada basah oleh air kencing baby. Untuk katil bayi pula, pilihlah yang bersesuaian ya...hehe
8. Besen Mandian Untuk Bayi
Besen mandian khas untuk bayi.
9. Minyak Telon Bayi atau Minyak Kayu Putih
Minyak telon atau minyak kayu putih antara yang sesuai dan biasa digunakan. Digunakan untuk sapu di perut dan telapak kaki bayi.
10. Set Penjagaan Bayi - Mandian, Bedak, Losen, Krim, dsb.
11. Keperluan lain-lain seperti :
- Baby Wipes
- Bakul untuk simpan pakaian, dll.
- Baby bag - untuk ke klinik
- Botol Susu saiz newborn - pastikan BPA Free
- Sabun pencuci pakaian/lampin untuk bayi
- Pam Susu
- Pampers newborn
- Nappy Liners
- Putik Kapas / Kapas bulat
Ok, rasanya ini jer keperluan untuk bayi yang harus disediakan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan pertama selepas kelahiran bayi. Bagi yang pertama kali bakal menjadi ibu dan bapa, mesti eksaited nak beli semua keperluan ni kan...hehe....apapun, berbelanja biarlah dengan bijak ya.
Selamat menyambut kelahiran bakal "orang baru" ^_^ Semoga dipermudahkan urusan, aamiin.
Perkongsian Hati ke Hati
Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah?
Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi saya atau Klik Di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan