Ahad, 21 Jun 2015

Kepentingan & Faedah Urutan Selepas Bersalin Yang Ibu Harus Tahu


Amalan berurut selepas bersalin amat penting di sepanjang tempoh berpantang. Walaupun di zaman serba moden dan hidup di kotaraya besar, kebanyakkan ibu muda kurang mementingkan aspek ini. Ingat, di saat muda mungkin anda belum merasainya, tetapi apabila usia semakin meningkat kelak, barulah anda akan rasai kesannya.

Kebiasaannya, selepas melahirkan anak badan kita akan terlalu letih dan lemah. Bayangkanlah, saat-saat melalui sakit kontraksi, meneran dan saat melahirkan itu amat menyakitkan. Ibarat bertarung nyawa.

Pengalaman saya selepas bersalin dan berpantang dahulu, saya memang dah ada tukang urut atau bidan kampung yang siap-siap tempah dari sejak awal mengandung lagi. Dan biasanya selain berurut, saya juga dimandikan dengan mandian herba. Memang terasa segar dan wangi badan lepas dimandikan.

Sejurus selepas melahirkan, maka saat berpantang telah bermula selama 44 hari. Tempoh inilah waktu untuk memulihkan diri. Ikuti amalan berpantang dengan cara yang betul supaya anda boleh kembali bertenaga dan berseri.

Ketahui hari-hari penting urutan

HARI PERTAMA

Bersalin Normal :
Urutan dan tungku dilakukan selama tiga hari berturut-turut sejurus keluar dari hospital.

Bersalin Pembedahan :
Urutan dan tungku dilakukan selama tiga hari berturut-turut bermula pada hari ketujuh. Hanya dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja.

SELEPAS 44 HARI

Dikenali sebagai hari penutup pantang. Ia adalah hari ke 45 dan seterusnya adalah masa untuk melakukan kembali urutan dan tungku. Dilakukan bertujuan untuk mengembalikan semangat, kembali segar dan bertenaga. Biasanya urutan dilakukan sekali lagi untuk betulkan kedudukan rahim, lulur, tangas dan mandi bunga untuk aura semangat baru.

.

Semasa saya berpantang dahulu, tukang urut atau bidan bukan sahaja mengurut, malah memandikan saya dengan mandian herba. Selain tu, saya juga bertangas (sauna) dan bertungku yang disediakan oleh emak saya sendiri. Syukur sepanjang kehamilan dan berpantang dahulu, emak yang banyak membantu. Tambahan, emak serba-sedikit tahu tentang amalan pantang ni.

Kesan Urutan

Hari Pertama

Anda akan berasa sakit setelah urutan dilakukan. Rasa sakit disebabkan urutan masih tegang dan anda atau tukang urut mungkin akan sendawa (tanda angin keluar daripada badan).

Hari Kedua

Rasa sakit semakin kurang selepas urutan tetapi anda akan rasa lega dan angin dalam badan semakin kurang.

Hari Ketiga

Urutan tidak lagi sakit dan anda tidak sendawa lagi. Badan anda berasa 'ringan' dan selesa.

Kepentingan & Faedah Urutan Selepas Bersalin
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Mengeluarkan darah kotor
  • Keluarkan angin dalam badan
  • Mengecutkan rahim
  • Segarkan badan
  • Semasa urutan pantang dilakukan ke atas badan, pastikan bahagian payudara juga diurut. Urutan di bahagian payudara bukan menjamin airsusu menjadi banyak, tetapi urutan ini membantu merangsang sel-sel susu supaya lancar. Apa yang penting ialah sepanjang berpantang dan menyusukan bayi, hendaklah menjaga pemakanan, kerap menyusukan bayi dan makan vitamin penggalak airsusu (milkbooster).

Panduan Sebelum Proses Urutan
  • Pastikan anda telah menyusukan bayi anda sebelum tukang urut datang. Atau sedia pam susu dalam botol agar bayi tidak menangis semasa proses urutan berjalan.
  • Pastikan anda sudah mandi terlebih dahulu. Jika tidak, anda hanya boleh mandi selepas setengah atau sejam selepas selesai urutan.
  • Pastikan anda sudah makan sejam lebih awal sebelum urutan.

Nasihat saya kepada bakal-bakal ibu, amalan seperti berurut, bertungku, bertangas (wap sauna) ni sangat penting selepas bersalin. Jangan abaikan kerana sebagai wanita harus menjaga kesihatan dalaman bukan sekadar memakan suplemen untuk cantik saja, tapi dalaman itulah yang paling penting dijaga. 

Ok, semoga bermanfaat!


With Love,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan