Sedar tak sedar, tak lama lagi ibu bakal melahirkan. Dup..dap..dup..dap...mesti excited, kan? Apabila kandungan sudah memasuki minggu ke-35, ibu kena buat persiapan awal seperti barang keperluan ibu dan bayi untuk di bawa ke hospital. Keperluan ini mestilah disediakan dalam beg khas supaya mudah untuk dicapai apabila tiba masa mahu ke hospital. Anda juga boleh simpan dalam bonet kereta. Maklumlah, kadang-kala saat kelam-kabut dan cemas boleh menyebabkan kita lupa nak buat apa.
Kali ini saya nak kongsikan tips dan panduan kepada bakal ibu tentang persediaan barangan keperluan untuk di bawa ke hospital.
KEPERLUAN UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL
UNTUK IBU - disediakan dalam satu beg
- Kad Klinik atau Buku Rekod Kesihatan mesti sentiasa di simpan dalam beg. Jadi, bila sampai masa sakit-sakit perut nanti takla kelam kabut nak cari kan.
- Baju-T longgar dan kain sarung biasanya saya bawa 2-3 helai untuk persalinan semasa di hospital nanti. Kalau bersalin normal, sekurang-kurangnya 2 hari kena stay di wad. Tapi, kalau secara pembedahan biasanya 4-5 hari. So, jika perlu boleh minta suami bawakan kemudian.
- Stokin tebal 2 pasang dan baju tebal/sejuk percayalah, semasa melangkah masuk ke wad bersalin tu memang akan rasa seram-sejuk.
- Tuala mandi dan tuala muka untuk kegunaan ketika mandi.
- Sebotol air masak dan termos air panas untuk kegunaan semasa di wad. Selepas bersalin anda pasti akan rasa haus dan lapar. Oh ya, jangan lupa makanan ringan seperti biskut untuk alas perut.
- Peralatan kebersihan seperti cecair mandian/sabun, berus gigi, ubat gigi, bedak badan, deodoren, sikat rambut, etc. Simpan dalam satu bekas supaya senang nak ambil sekali.
- Panties; dalam 5 helai, tuala wanita; biasanya selepas bersalin darah nifas keluar dengan banyak. Jadi, saya guna jenis "wings & long pad" supaya lebih selesa ketika baring dan tak 'tembus'. BF bra; supaya mudah nak susukan bayi dan breast pad; untuk elak baju basah akibat airsusu yang melimpah.
- Jangan lupa vitamin anda juga ya. Sediakan B complex, Vitalea, Vita-C, Ostematrix dan Zinc dalam pilbox. Juga sedikit ESP Powder disimpan dalam bekas kecil. Memadailah untuk keperluan sehari dua semasa di wad tu.
- Bakul plastik untuk pakaian kotor.
UNTUK BAYI - disediakan dalam 1 beg kecil
- Pakaian bayi 3-4 pasang
- Topi, sarung tangan & stokin bayi 3-4 pasang
- Lampin kain, tuala mandi, selimut, barut dan swaddel.
- Tisu basah dan pampers newborn 3-4 pcs
- Minyak telon/kayu putih.
- Mandian bayi, bedak.
Tips : Jika ibu & bayi perlu berada di wad lebih dari dua hari atas sebab tertentu, minta bantuan suami untuk topup keperluan tambahan tersebut ya.
Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi, saya doakan semoga dipermudahkan urusan. Aamiin
With Love,
Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah?
Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi saya atau Klik Di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan