Selasa, 20 Mei 2014

KENAPA KEPERLUAN AIR 8 GELAS SEHARI?

KENAPA KEPERLUAN AIR 8 GELAS SEHARI?

Gambar : Sumber Google

Ya, kita biasa dengar dan diberitahu tentang pentingnya air, sehinggakan kita perlu ambil air 8 gelas sehari sekurang-kurangnya. Namun, sedar dan tahukah kita mengapa kita disarankan sedemikian?

Sebenarnya, kadar keperluan air dalam badan juga bergantung kepada berat seseorang. Bagi setiap 25kg berat kita, kadar air yang diperlukan oleh badan untuk tahap optimum ialah sebanyak 1 liter air. Jadi, sekiranya berat badan adalah 70kg, maka badan sangat memerlukan sekurang-kurangnya 2.5liter sehari. Ini bermakna kita harus minum sebanyak 2 botol air mineral yang besar! Wah..banyaknya!

Namun, sebilangan besar daripada kita hanya minum air selepas makan. Kebiasaanya, purata hanyalah 2 gelas setiap kali selepas makan dan ini bermakna kita hanya minum sebanyak 6 gelas air dalam sehari. Tentu sekali keperluan badan kita tidak dapat dipenuhi, kerana kebiasaannya kita hanya minum minuman yang manis dan kurang mengambil air suam atau sky juice.

Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Dan air juga lah yang banyak membantu dalam proses penghadaman yang mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, air merupakan aspek penting yang mana sangat membantu dalam proses detoksifikasi serta membantu meningkatkan metabolisma badan. Anda boleh cuba sendiri; rajin dan amalkan mengambil air kosong atau suam yang banyak setiap hari dan rasakan perbezaannya sendiri. Untuk mendisplinkan diri, dapatkan sebuah botol berukuran 1 liter atau lebih, dan minum pada kuantiti yang sewajarnya dalam tempoh sehari.

Namun, harus diingat..banyakkan minum air suam dan bukannya minuman yang manis!

Kredit : Jurnal Nutrisi blogspot

KETAHUI TENTANG KRISIS PEMULIHAN

APA ITU KRISIS PEMULIHAN @ HEALING CRISIS (HC)

Pada kebiasaannya, selepas mengambil atau consumed suplemen, kita akan mengalami keadaan seperti mungkin rasa tak selesa, timbul sakit itu, sakit ini, dsb. Jangan panik ya, sebenarnya anda dalam situasi yg dipanggil "healing crisis (HC)". Dan healing crisis ni adakalanya berbeza bagi setiap orang, malah ada yang langsung tiada HC sama sekali! Jom ketahui lebih lanjut tentang HC ni keh!

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

1. Krisis Penyembuhan : Sakit kepala yang melampau
Penyebab : Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2. Krisis Penyembuhan : Demam, tidak cukup rehat
Penyebab : Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
3. Krisis Penyembuhan : Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
Penyebab : Petanda bagi menyahtoksin, usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
4. Krisis Penyembuhan : Kembung perut
Penyebab : Sistem penghadaman yang lemah
5. Krisis Penyembuhan : Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
6. Krisis Penyembuhan : Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab : Fungsi paru-paru yang lemah, kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
7. Krisis Penyembuhan : Pendarahan hidung 
Penyebab : Mungkin petanda bagi kekurangan darah. 
8. Krisis Penyembuhan : Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab : Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.
9. Krisis Penyembuhan : Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Penyebab : Mempercepatkan krisis penyembuhan
10. Krisis Penyembuhan : Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Penyebab : Sistem saraf yang lemah
11. Krisis Penyembuhan : Kitaran haid yang tidak menentu
Penyebab : Hormon yang tidak seimbang / perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasirpada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
12. Krisis Penyembuhan : Lapar, Pening
Penyebab : Tekanan darah rendah, anaemia
13. Krisis Penyembuhan :Loya, sembelit, tersedu
Penyebab : Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
14. Krisis Penyembuhan : Edema (membengkak)
Penyebab : Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversit

kredit to : Amni~Haziq

Selasa, 13 Mei 2014

Cara Atasi Masalah Berat Badan Anda

Langkah 1 : Detoks
Langkah 2 : Bakar / Memecahkan Lemak
Langkah 3 : Bina otot dengan protein

HURAIAN KONSEP :-

1. Detoks

Detoks adalah proses menyingkir atau membersihkan usus. 

Usus adalah tempat di mana segala lendir dan lemak yang melaluinya melekat. Cuba bayangkan hos, di mana segala cecair, makanan dsb masuk melaluinya. Tidak semua akan terkeluar dan lebihan kekotoran/lemak pasti akan melekat di dalam dinding hos tersebut. Begitulah juga dengan usus kita. So, proses detoks diperlukan bagi menghakis lemak dan lendir yg melekat tersebut. Apabila saluran usus kita bersih, barulah tubuh kita dapat menyerap nutrien secara optimum.


Proses detoks amatlah penting. Untuk tujuan itu, adalah sesuai mengambil Alfalfa Complex atau Herblax. Alfalfa Complex sesuai untuk mereka yang ingin kurus dan maintain berat badan, manakala Herblax lebih sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit atau perut besar.

2. Bakar / Memecahkan lemak
Apabila detoks berkaja dilakukan, proses seterusnya ialah memecahkan lemak. Oleh itu, Lecithin atau Omega Guard diperlukan untuk proses ini. 

Bagaimana ianya bertindak?

Lecithin atau dikenali sebagai "pengelmusi lemak semulajadi". Ianya bertindak menangkap lemak-lemak yang terapung supaya tidak melekat pada dinding membran dan membawanya keluar melalui pembuangan air besar. Lecithin sesuai bagi ibu yang baru bersalin dan sedang menyusukan anak, kerana lecithin bkn shj mampu membuat anda kurus, malah ia juga berfungsi menghalang saluran susu ibu tersumbat yang menyebabkan bengkak.

Manakala, Omega Guard pula berfungsi memecahkan lemak "tepu". Ianya sesuai diambil bagi mereka yang memiliki perut buncit dan overweight.

3. Bina otot dengan protein
Apabila lemak telah berjaya dikeluarkan, maka tubuh akan ada ruang-ruang kosong akibat lemak yang terurai daripada badan. Justeru, protein sangat diperlukan untuk membina otot bagi mengisi ruang-ruang tersebut selain membantu meningkatkan tahap metabolisma. Protein juga dapat membantu membakar kalori. Untuk sumber protein terbaik, pilihan yang disarankan ialah Energizing Soy Protein (ESP), Cinch Shake atau Mealshake.

ESP - adalah soya non-gmo yang sangat disarankan bagi ibu yang masih menyusukan anak kerana ESP juga membantu penghasilan serta memekatkan airsusu ibu, memberi tenaga dan mencantikkan kulit.
Mealshake - sesuai diambil oleh ibu menyusukan, mengandungi multivitamin dengan perasa vanila yg lazat.
Cinch Shake - memberikan rasa kenyang dan bagi ibu yang tidak breastfeeding, boleh ambil ni.


Tips :
Namun demikian, apajua cara anda dalam menurunkan berat badan, jangan mengharap 100% pada vitamin yg anda makan ya. Perkara penting dalam keinginan anda menurunkan berat badan ialah :

1. Konsisten 
ingat ya, vitamin ni bukan ubat ajaib yg blh jadikan anda kurus serta-merta sbb anda mestila konsisten, maksudnya d sini bkn hanya comsumed 1 - 2 bulan ja then stop. Kena la konsisten dan berterusan,,,,dan if berkesan, mesti teruskan juga.

2. Pengambilan air masak sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari

3. mengamalkan senaman 
Yang ni, wajib! jangan dok mkn vitamin then tidur saja. mestila ada senaman gak kan..jgn malas!

4. Menjaga pemakanan
ok, mengawal pemakanan ni penting. anda boleh makan apa saja tapi berpada-padalah dan dalam kuantiti yang secukupnya. bukan main belasah jer.....hihi

Untuk penerangan lebih khusus berkenaan set slimming yang sesuai untuk anda, boleh terus inbox atau hubungi saya ya. Ins sha Allah, saya akan berikan konsultasi dengan lebih jelas nanti.

Sid 931577
Dang Jue Nasfah
014-2801508

kepentingan Suplemen Tambahan Untuk Ibu Hamil

Keperluan Suplemen Tambahan Untuk Ibu Hamil


Pengenalan


Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?


Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.


Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

(Sumber: American Medical Association 2011

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor.

Sebagai contohnya:
•Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
•Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
•Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

B-COMPLEX (dengan Asid Folik)

■Zat Besi


Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.



VITA-LEA (Iron Formula)

■Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

■Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).


OSTEMATRIX

SUPLEMEN DAN VITAMIN TAMBAHAN UNTUK IBU HAMIL

■Asid Lemak Perlu


Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.


Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.


OMEGA GUARD Shaklee 
Pengambilan Omega Guard disarankan pada peringkat trimester ke 2


VITA-C PLUS (Sustained Release)
Vitamin C sepanjang tempoh peringkat kehamilan membantu melawan alahan dan sebagai antioksida.


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ESP diperlukan sepanjang tempoh kehamilan sebagai memberikan tenaga, penyediaan airsusu yang pekat serta membersihkan kulit baby.


Tips pengambilan vitamin dan suplemen

Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.

Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.

Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.

Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.

Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.

Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.


Sumber :