Khamis, 27 November 2014

Kelebihan sebagai Shaklee Independent Distributor


Apa kelebihan dan yang bestnya sebagai Shaklee Independent Distributor (Sid) ni? Dengan hanya mendaftar sebanyak RM65 tu, selain mendapat harga ahli ke atas produk Shaklee, apa lagi yang kita dapat ?

Ok, sejujurnya saya pada mulanya dahulu pun mendaftar sebab nak dapat harga ahli tu jer. Tambahan, pada ketika itu saya juga sedang menjalankan bisnes dropship buku-buku dan produk pembelajaran kanak-kanak ( dan saya msh lagi agen dropship sehingga kini..hehe ). Ceritanya, memang saya ni jenis suka buat bisnes. Memang sedari kecik lagi sebab masa dahulu, emak saya seorang penjual kuih. Saya pernah bantu emak jual mi bungkus 20 sen dan bawa ke sekolah. Saya tak pernah merungut atau rasa malu membawa "bahai" (plastik) berisi 50 bungkus mi setiap hari ke sekolah. Saya rasa seronok menjual dan dapat duit bagi pada emak. Di samping itu, emak bersama macik-macik jiran sebelah rumah pun buka gerai depan rumah menjual bermacam-macam kuih. Memang rare la suasana waktu tu! Oppss, itu kisah jaman kanak-kanak la kan..hehehe....chupp! 

OK, Back to topic >>>

Apa yang bestnya jadi Sid ni? 

1. Peluang menjana pendapatan pasif sampingan selain gaji.

Mestilah tujuan bisnes sampingan ni, nak jana income kan. Macam saya, tiap bulan gaji dari Govt setiap 25hb. Tapi, dalam Shaklee....kita akan dapat CASH BONUS setiap pertengahan bulan! So, biasala...after terima gaji 25hb tu byk kena setel, rumah, kereta, perbelanjaan untuk anak-anak, parents dan lain-lain. Lepas tu dekat pertengahan bulan seterusnya, masyukkk pulak Bonus Shaklee..alhamdulillah la kan...at least, bernafas jugak kita kan, betul tak?hehehe

2. Menikmati harga ahli sehingga 33% !

Of course, bila dah jadi Ahli Shaklee berdaftar sememangnya dapatla beli produk pada harga ahli....means, jimatttt la kan! Tak payah lagi nak deal-deal sampai nak minta harga kasih sayang semua tu...so, nasihat saya kalau suka makan vitamin Shaklee, better daftar AHLI. Tak mahal pun, bayar RM65-RM85 jer...berbaloi-baloi! Macamana cara daftar, klik di sini > SAYA NAK DAFTAR

3. Kumpul point UV dan tukar cash!

Eh, kena kumpul apa pulak ni?? Jangan panik dulu...hehe....mcm ni, setiap produk Shaklee yang kita beli mempunyai UV atau Point nya tersendiri. Point-point ini apabila dapat dikumpul sehingga 150UV point dalam satu bulan semasa, di mana 150UV bersamaan jumlah pembelian bernilai RM480++ (harga ahli) la lebih kurang. So, bila dapat kumpul 150UV ni dapatlah ditukar CASH yang mana akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda pada setiap pertengahan bulan atau 14-15hb bulan berikutnya. Anggaran bonus bagi 150UV ni adalah dalam RM24++ 

Apa, RM24 sahaja?? Itu kalau 150UV, let say kita dapat 300UV, 600UV, 1200UV atau lebih 3000UV, tidak mustahil kan? THINK BIG! Jangan perkecilkan nilai RM24 tu....itu yang kita dapat kalau kita sorang-sorang ja yang beli. Tidak termasuk lagi dapatan daripada donwline-downline lain di bawah kita, TIDAK MUSTAHIL kita boleh gandakan RM24 tu menjadi RM240, RM2,400, RM24,00 atau siapa tahu mungkin lebih daripada itu? Tiada mustahil jika kita berkehendakkan dan usaha! Kita buat, kita dapat kan?


:: Selain cash bonus, kita juga berpeluang memperolehi CAR BONUS (dalam bentuk duit), bonus kepimpinan, bonus apabila naik rank, dan banyakkkkkkk lagiiii!

4. Dapat mengikuti kelas-kelas, seminar atau bengkel secara online/offline & join group Whatsapp tanpa kengkangan masa!

Pada masa dahulu, nak dapat sesuatu ilmu tu pun kita kena bergerak keluar dari rumah, betul tak? Tapi, pada masa zaman teknologi canggih skrg ni, kita masih boleh belajar dan mengikuti kelas online hanya melalui gadget seperti komputer, laptop, tablet, smartphone, dsb. Yang penting, mesti ada INTERNET la. So, ibu-ibu surirumah yang ada anak kecil pun tiada masalah untuk join. Sambil bisnes, masih boleh urus rumahtangga, urus anak, urus suami, masak, kemas rumah, lepas tu dah boleh urus online class pula. Seronok kan? 


Kelas-kelas online yang dimaksudkan seperti Webinar Online, coaching daripada Upline, group Whatsapp yang aktif 24/7 setiap masa, blogging, facebook, dsb.
Bengkel Nutrisi pertama saya setelah bergelar SiD pada tahun 2013
di Palace Hotel, Kota Kinabalu.
(gambar dari Pollux group)
Itu bagi yang online, bagi offline pula kita berpeluang mengikuti bengkel/seminar di lokasi-lokasi terpilih seperti New Distributor Trainning (NDT), Bengkel Nutrisi, seminar atau talk mengenai Shaklee Business Opportunities Management (BOM), dan lain-lain. Seronoknya dapat berkenalan dengan MAK Shaklee, adik-beradik Shaklee lain dan yang best dapat berjumpa dengan leader-leader, master dan mentor yang lebih dahulu telah berjaya! Bila berhadapan dengan mereka ini, kita rasa sangat teruja dan rasa "aku nak jadi macam dia la"...haaa, mcm tu feeling ada tau!

Segala ilmu yang kita perlukan, hanya kita perlu rajin gali semua ilmu itu. Rajin bertanya dengan Mak Shaklee atau Upline masing-masing. Perkara yang penting ialah jangan lupakan Mak Shaklee atau Upline kita ya. Apa-apa kena rujuk mak Shaklee, jangan syok sendiri pula. 

Bila semua tu kita sudah faham, ins sha Allah...mudahlah urusan kita. Aamiin

Lagiiii kelebihan sebagai Ahli atau Sid ??

5. Berpeluang menghadiri Shaklee National Conference (NC)
6. Melancong, mengerjakan Umrah
7. Dapat menjana income impian kita
.....dan banyak lagi laaa! Nak tahu, kenalah jadi ahli kelurga Shaklee saya dahulu ye...hehehe ^_^

Apapun semuanya bermula dengan NIAT kita. Apa yang utama bila kita dapat merasai kesemua ini ialah nikmat KEBEBASAN.

KEBEBASAN APA YANG DIMAKSUDKAN?

-Bebas drpd bebanan kewangan
-Dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga tanpa terikat dengan mana-mana komitmen.

Itu yang kita mahukan dalam hidup ini kan? So, bermula sekarang tanamkan niat dan azam, apakah VISI kita? Apa PUSH FACTOR kita?

Akhir kata, saya adalah Shaklee Independent Distributor LUARBIASA! Saya SUKA apa yang saya buat! Saya SUKA Shaklee!

Ingatlah wahai anda di luar sana..peringatan kita bersama...
"Allah sentiasa menurut sangkaan hambaNya. Jadi, sentiasa segarkan minda dengan perkara yang positif, fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, sangka yang baik-baik....laksanakan perintahNya dan tinggalkan laranganNya, amalkan sedekah dan tanamkan niat untuk membantu ramai orang demi untuk menambah nilai hidup menjadi lebih baik...ins sha Allah......"

Wassalam.

Ikhlas dari lubuk hati saya saat ini;

Juraidah binti Nasif
Sid. 931577
Sandakan, Sabah.

Hotline SMS/Whatsapp 014-2801508


Tiada ulasan:

Catat Ulasan