Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua ^_^
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana hari ni masih diberikan kudrat dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Sebenarnya, banyak entry nak buat since penghujung tahun 2014 lepas. Namun, kerana kesihatan yang kurang mengizinkan maka tak dapat diteruskan walaupun jauh dalam hati ni, nak sangattttt update sebab banyak sangat moment-moment nak share. Tapi, tak mengapa....insshaAllah perlahan-lahan saya akan update ya. Doakan semoga saya sihat selalu, aamiin.
Ok, cerita pasal sakit, aku bukanlah sakit apa....cuma sakit REZEKI ja. Eh, apa sakit REZEKI tu? Jangan pening keh, sakit REZEKI tu sakit BERISI. Alhamdulillah, aku telah disahkan mengandung. InsshaAllah, kandungan ini anak yang ke-6. Ceritanya, memang tak disangka-sangka mengandung ni sebab tak plan langsung! Sememangnya, sepanjang tahun ni saya stop amik pil perancang. Sebabnya, takut juga kalau terus-menerus amik pil perancang bertahun-tahun ni kan. Bayangkan, anakku yang ke-5 pada tahun ni dah umur 8 tahun ( darjah 2 ). So, kononnya nak start balik tahun 2015 ni, tapi Allah dah bagi rezeki lain....jadi, alhamdulillah kan.
Alkisah, nak cerita juga pengalaman mula-mula preggy ni. Maklumla, dah lama tak merasa preggy ni kan, hehe. Tambahan, pembawaan dahulu memang tak sama. So, mula-mula memang tak tau langsung. Tarikh last period pun aku tak catat! So, tarikh tepat memang tak ingat langsung. Cuma yang aku ingat, dalam pertengahan bulan November 2014 dah start macam-macam rasa yang lain-lain ni....
PERUT KEMBUNG
Pada penghujung bulan November 2014 lebih kurang dalam minggu ke-3 bulan 11, aku mula alami perut kembung. Heran juga. Memang nda sedap saja rasa perut. Minggu ke-4, badan rasa weak dan nak baring ja. Tapi, aku masih boleh buat rutin harian macam biasa. Tekak dah mula rasa tawar. Makan minum apapun macam tak sedap, adoi. Minuman kegemaran kopi o kaw-kaw pun tak lalu di tekak. Bila paksa minum, termuntah. Dalam hati, memang dah ada feel-feel "macam berisi pulak ni"..huhu...tapi, aku masih tak yakin. Huby pun cakap, "ah, sakit biasala tu...takkan mengandung" katanya. Haha.
PERUBAHAN BREAST
Pada akhir-akhir bulan November, perubahan ketara pada breast. Nampak full, besar sikit dan sakit pada puting bila tersentuh. Memang sensitif la.
TAK SUKA PADA BAU MASAKAN BERTUMIS
Hah, hairannya kali ini tiba-tiba tak suka cium bau masakan terutama yang bertumis. Mulalah kepala pening dan tutup hidung, haha! Makan pun kadang memilih, begitu juga minuman.
TEKAK DAN LIDAH MULA RASA PAHIT
Part yang paling aku tak suka ni, huhu. Airliur rasa pahit, payah nak telan. Minuman kegemaran pun tak boleh lalu di tekak. Macam-macam minuman dah try. Kalau tersalah minum, perut naik kembung dan muntah. Makan pun tak boleh lebih. Asal makan sikit, muntah banyak. Memang kerap muntah sampaikan badan jadi lemah. Minyak angin jadi teman sejati saat ini.
Pendek kata, sepanjang bulan November hingga Disember tu memang terasa sangatlah macam-macam sakit. Serba tak kena terutama bab makan. Muntah tu yang tak boleh tahan, kerap sangat. Dah tu, aku kurang minum air masak sebab rasa tak lalu.
Kawan-kawan sarankan saya buat UPT sebab dorang pun suspek mungkin saya preggy. Tapi, oleh kerana badan selalu lemah dan tak sihat, saya asyik lupa nak beli kat farmasi.
PERUT RASA MENGENCANG DAN MENGERAS
Ada sesekali perutku rasa mengeras dan mengencang. Lebih-lebih bila aku banyak bergerak. Kadang, masa baring-baring pun terasa. Paling kerap sebelah awal subuh.
UPT TEST
Akhirnya, pada 15/12/2014 tu saya belilah UPT dan test sendiri di rumah. Dan hasilnya.....POSITIF! Ya Allah, terkedu rasa hati. Rupanya, selama ini rasa sakit-sakit sebab aku mengandung rupanya. Walaupun aku betul-betul tak sangka, namun aku bersyukur jua dengan kurniaan rezeki ini. Meskipun sebelum ini, aku sering mengatakan cukuplah dengan 5 anakku setakat ini. Namun, di usiaku menjangkau 36 tahun ini Allah SWT masih mahu memberi aku rezeki ini, maka aku redha dan menerimanya. Alhamdulillah, doakan anak ini LELAKI ya. Hehe
Ok, lepas check UPT barulah yakin aku mengandung. Tapi, aku tak tau berapa minggu dah kandungan ni sebab memang betul-betul tak ingat tarikh akhir periodku. So, caranya ialah aku kena buat scanning. Lagipun, kerap aku rasa perutku mengeras dan mengencang ni, hairan juga. Mungkin, sebab banyak bergerak. Maklumla, anak-anak aktif ni. Tambah pening mak nak oiii...!
Ok, later baru nak buat scan tu lah, sebab badan masih lemas semacam lagi ni. Memang lemas dan malas sangat! Buat apa-apa pun, alahaii..malasnya
BLEEDING
Pada 1hb Januari 2015 tu cuti umum Tahun Baru. So, anak-beranak stay di rumah saja. Lagipun, beberapa hari ni cuaca asyik mendung hujan dan berangin. Macam biasalah, masa cuti ni lah baru dapat basuh kain. Tambahan, sekolah bakal nak start tak lama lagi. Asyik baring saja pun, boring juga. Ok, aku kuatkan saja basuh kain (guna mesin la) sambil huby pun bantu juga. Selesai basuh dan jemur, then kemas dapur pula. Masak nasi, rendam lauk untuk lunch. Ok siap. Baring-baring kejap. Pastu, rasa nak kencing. Ok, masuk tandas kencing, terkejut tengok ada tompok darah di seluar. Risau. Aku terus sambung baring sambil usap-usap lembut perut. Ya Allah, lindungilah kandunganku. Nasib baik ada anak perawan dan huby bantu masak untuk lunch dan bagi adik-adik makan. Syukur juga anak-anak dah besar-besar. Masing-masing umur 15, 11, 10, 9 dan 8 tahun. Aku pula tak lalu makan, sebaliknya aku tidur. Sebelah petang, anak-anak pula nak makan kuih. So, aku gagahi jua bangun dan buatkan anak-anak kuih kering. So, petang tu dengan cuaca hujan kami anak-beranak minum petang bersama. Tapi, memang aku rasa perut mengeras dah. lepas menjamah sedikit kuih aku ke tandas lagi. Terkejut sekali lagi, ada 3 tompokan darah di seluarku. Aku baring lagi. Aku beritahu huby, dia suruh aku berehat dan jangan banyak bergerak. Selepas itu, tiada bleeding lagi. Sejak tu, aku kurangkan berdiri terlalu lama dan banyakkan berehat.
UJIAN SCANNING
Pada 9hb, mertuaku datang dari Kota Kinabalu. Mertuaku ni selalu balik Sandakan ziarah kami anak-beranak. Jadi, selepas kami makan malam dan kemas dapur, aku ceritalah sama mak mertua yang aku ada bleeding baru-baru ni. Mertuaku jadi risau sebab dulu pun dia pernah mengalami 2 kali keguguran. So, kerana risau esoknya mak mertua bawa aku ke klinik dan aku buat scanning.
10 Januari 2015, aku klinik Syifa. Berdebar-debar sebelum di scan. Aku beritahu doktor aku tak ingat last period. So, nak buat scan untuk pastikan berapa usia kandungan. Terkejut bila tengok di paparan skrin, doktor cakap kandunganku sudah 3 bulan @ 12weeks!! Doktor tu cakap,"eh, besar dah babymu ni kak...dah 3 bulan..." Aku terkejut! Dalam hati, mengucap alhamdulillah. Menurut doktor, kemungkinan last periodku dalam bulan Oktober 2014 tu. Jadi, kalau mengikut scan ni, jangkaan aku akan bersalin ialah pada 22 Julai 2015. InsshaAllah. So, selepas ni dah boleh daftar klinik dah. Hehe
Bersambung.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan