Isnin, 16 September 2013
Kenapa badan perlukan supplemen?
1. Badan sangat memerlukan dos vitamin yang tinggi bagi tujuan fungsi-fungsi tertentu.
2. Pada zaman sekarang, hampir kesemua jenis tanaman seperti buah-buahan dan sayuran menggunakan baja kimia yang mana mempengaruhi kualiti tanaman berkenaan.
3. Zat-zat yang terkandung di dalam sesuatu makanan lazimnya mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan mahupun penyediaan. Sebagai contoh, vitamin C yang sangat mudah dimusnahkan oeh haba.
4. Pengambilan laksatif, penahan sakit atau ubat-ubatan tertentu boleh mengganggu kadar serapan zat makanan.
5. Amalan tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur seperti pengambilan garam, gula, kafein, minuman berkarbonat dan sebagainya sama ada secara kerap atau berlebihan juga boleh mengganggu kadar penyerapan mineral dan zat dalam badan.
6. Akibat gaya hidup masakini yang mana manusia lebih gemar memakan makanan ekspres atau segera. Kebanyakkannya kurang kesedaran akan bahaya kandungan bahan kimia seperti MSG, bahan pengawet makanan dan sebagainya yang merupakan faktor masalah utama kesihatan.
7. Suasana persekitaran yang mudah tercemar serta sistem imunisasi yang lemah menjadi punca badan mudah dihinggap pelbagai penyakit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan