Khamis, 5 September 2013

Oh, Jerawat!




Jerawat adalah antara penyakit kulit yang paling biasa dihidapi remaja lingkungan usia 20-an ke atas. Pun begitu, golongan dewasa berusia 40-an juga berisiko mengalami masalah ini.

Jerawat secara amnya adalah fenomena biologikal yang terjadi pada kulit akibat masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak pada kulit manusia.

Ia sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi, hampir 50 jenis jerawat menjadi masalah kepada lelaki dan wanita.

Ia juga masalah kulit yang berlaku pada pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan normal.

Perunding kulit dan estetik Klinik Pakar Kulit Ko, Dr Thean Pooi Yee, berkata kecenderungan timbulnya jerawat di kalangan individu disebabkan beberapa faktor terutama tekanan, hormon tidak seimbang dan pemakanan.

“Walaupun tidak mengancam nyawa, jerawat boleh mengecewakan dan mencacatkan. Ia boleh bertahan bertahun-tahun dan menyebabkan kedua-dua fizikal dan psikologi terganggu.

“Dalam kajian mengenai kualiti isu kehidupan, jerawat mempunyai kesan besar terhadap fungsi sosial dan kesejahteraan emosi,” kata Dr Thean, baru-baru ini.

Jerawat boleh dirawat dengan krim atau gel, antibiotik lisan, pil isotretinoin, laser dan rawatan sinaran. Selain itu, pelbagai jenis parut jerawat boleh dikurangkan dengan pelbagai pilihan rawatan termasuk rawatan laser.

Jenis-jenis jerawat:

Jerawat Ringan:
Biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (bintik merah atau nanah putih yang tercela) kurang daripada 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.

Jerawat Sederhana:
Pesakit akan mengalami banyak bintik jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah atau muka, dada dan belakang badan.

Jerawat Kronik:
Pesakit akan mengalami banyak nodul besar berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengeluarkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat.Apabila ini berlaku, maka whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuhan jerawat yang ketara.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
Harian Metro
------------------------------------------------------------------------------------

Oleh itu, adalah sangat digalakkan pengambilan suplemen atau vitamin untuk mengatasi masalah jerawat kerana kandungan suplemen/vitamin mampu memperbaiki sel-sel mahupun hormon dalaman seseorang.

So, jika anda sudah mencuba pelbagai krim sapu, ubat atau sebagainya namun masih belum berkesan, anda boleh mencuba pengambilan suplemen Shaklee khusus untuk masalah jerawat.

Inbox atau SMS/Whatsapp saya untuk ketahui set yang bersesuaian dengan anda, okay!


ATAU boleh order terus DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan