Isnin, 16 Jun 2014

Trip to the Lost World "Maliau Basin" - Part 1

Bicara larut malam......mood rajin bukak lappy, haha.

Ni gara2 tidur sakan seharian...maklumla, demam worldcup dah skrg ni kan...hehe.....bila si huby bangun tghmlm tengok bola, saya pun terrrrrr-tengok skali..hahaa...padan muka aku! Ok, terlanjur dah berblog malam2 buta ni, tetiba rindu nak buat outdoor event. 

Saya jenis yang suka aktiviti luar. Tahun lepas 2013, dept saya ada buat program luar iaitu Lawatan Sosial ke Maliau Basin dan Lembah Danum pada 7hb dan 8hb Mei 2013.

Day 1 - Maliau Basin ( 7hb Mei 2013 )

Bersama ofismate termasuk boss ada 10 orang kesemuanya dengan menggunakann 3 kenderaan 4WD. Saya pun dah tak ingat sangat tapi, perjalanan memang panjang dengan keadaan jalan kem..jgn hrp nak tidur nyenyak dalam keta...hihihii..tapi, sepanjang perjalanan mmg saya jarang tidur sbb mahu menikmati suasana perjalanan gitu..hehe

Pengalaman sepanjang di Maliau Basin ni, memang nature habis tau...dari struktur jalanraya nya yang bertanah, berbukit, cenuram..pokok-pokok, hutan tebal...huh....mcm camel throphy plak! Kami bertolak dari ofis sekitar jam 9.30 pagi dan sampai di gate jam 5:17pm dan masuk ke dalam memakan masa 1 jam lebih iaitu dalam kul 6pm sampai d kawasan penginapan. Kawasan sini agak gelap dan kurang lampu. Mungkin, kerana nak kekalkan suasana nature tu kan....Pada jam 6.38pm barulah kami jumpa pejabat receiption nya...fuh, syukur dan selesai daftar semua dan check in ambik kunci masing2, masuk bilik letak beg then turun semula ke ruang makan yang terletak dkt asrama lelaki. 

just arrived 5:14pm
Tiba di gate Maliau Basin 5.17pm
Hujan renyai masa ni...sempat posing sebelum masuk melalui jalan kem berbukit ke dalam.
Lebih kuran 1 jam setengah sebelum sampai ke penginapan
Jam 6:38pm baru dapat check in daftar. Lapar gila taim ni...hampir tak jumpa ofis ni gara2 gelap..
maklumla, kurang  lampu kat sini, mungkin sebab dorang nak kekalkan nature tu kan...hehe
Lepas chek in, simpan beg dalam bilik, terus pecut ke asrama lelaki di mana, kitaorang nak masak utk mkn mlm guna dapur d sana. So, beginilah suasana ruang makan yang terdapat di asrama tu
Ruang Dapur (depan)
Ruang dapur  (belakang)
Malam ni kitaorang barbeku ja..hehe...nasib baik ofismate lelaki ni suma terer masak. Perempuan dua org ja jadi tukang cuci piring...hahaha.
After selesai makan mlm ala barbeku, kemas dapur semua, then dalam jam hampir 10mlm barula gerak balik ke bilik. Bersihkan badan, mandi, rehat dan fuhhhh........penattttt sangatttttt! (saya tak jumpa gambar bilik yg saya snap...hihi) saya sebilik ngan kwn chinese but she's very nice person. Memang penatt, mlm tu kami tak brapa sgt nak tidur...mgkin bila berada d tempat asing kan..so, lain sikit...Oh ya, lupa gtau....setiap bilik dibekalkan 1 lampu kecemasan. Kat sini, elektrik akan dipadamkan pada jam 12 tghmlm. So, thats why ada lampu kecemasan tu..so, bila no electric, memang gelappp dan sunyiiiiiiiiii sgt..mcm2 bunyi ada...punyalah saya baca surah2 al-Quran masa tu.....tapi, alhamdulillah takda apa2 juga yg berlaku. Lebih kurang jam 2 pagi juga baru dapat nyenyak. Line maxis pun not very clear la d sni..mmg miss sgt ngan huby n anak2...tp, sempat jg la call awal td...hehe

Day 2 - Maliau Basin ( 08 Mei 2013 )

Saya dan ofismate bangun awal subuh jam 5 pagi. Cerita2 kejap sementara menanti elektrik dihidupkan. Jam 6 pagi, agak terang sikit. Kami bukak pintu beranda belakang, fuhhhh hutan belukar rupanya! Hirup fresh air natural dr the Lost World! Bestt...mmg tak ingat tentang ofis langsung la. Sambil2 kemas beg masing2. Dalam jam 6.30pagi barulah elektrik ON semula. Bersihkan badan, mandi dan bersiap nak turun ke asrama lelaki semula untuk masak bekfes. Masa ni, perut dah sakit. Sakit masuk angin. Ya, Allah...memang payah nak gerak apatah lagi berjalan laju..huhu...kencang atas perut. Tapi terpaksa tahan dan buat tak tau jakla. Nasib baik ofismate ada bw ubat....kurang2 juga sikit tapi masih juga sakit...huhuu...saborrrr

bekfes ala american style kunu..haha.....sedap jerrrrr
Masa ni tak dapat naik jambatan gantung sebab perut masih sakit. Sabo jerlaaaaa...
Ni la amoi teman sebilikku...hehehe
Ok, selepas ni dah nak gerak keluar dari Maliau Basin untuk meneruskan perjalanan ke Lembah Danum pula. Memang kejar masa sebab memang tak cukup masa pun...haha.....

Tunggu Part 2 seterusnya cerita Lembah Danum pulak okey. Sekarang nak tidurrr.. Alamak, masa tidur hanya 3 jam setengah ja dari sekarang. Pagi ni kena awal bangun sebab musim persekolahan dah start dah...chupp!

Selamat malam.......

DangJueNasfah

Bila ikhlas memberi, seribu nikmat dikecapi.

Jumaat, 13 Jun 2014

MY FIRST BENGKEL NUTRISI SHAKLEE

Assalamualaikum..hai :-)

Emmm..sepatutnya, entri ni dah lama saya buat. Tapiii........oppss, forget it la kan...hehe

Ok, ini adalah bengkel pertama yang saya sertai setelah menjadi sid yang sah...hehe... saya bersama-sama rakan shaklee dari keluarga Pollux, iaitu Aya Chalo ( mama Shaklee daku ), Sylvia Yong, Hidayah Kassim, Dynas dan lain-lain..sory tak ingat nama kalian..hihiii

Ini adalah Bengkel Nutrisi atau Nutrition Workshop yang diadakan di The Palace Hotel, Kota Kinabalu pada 18 Mei 2013. Memang best sangat masa ni, ada kuiz, game, soal-jawab dan paling best ada free gift. Tapi, waktu ni belum ada rezeki lagi dapat free gift..hehe...

Apapun, ins sha Allah akan datang jika berpeluang ingin mengikuti lagi mana-mana event yang dianjurkan Shaklee untuk memenuhi ilmu Shaklee di dada ni...aamiinnn

Doakan saya berjaya! Aamiinnn.

Bersama mama Shaklee dan adik-beradik keluarga Pollux kuuu 


ALTERNATIF RAWATAN GASTRIK


Tak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa....namun, adakala juga yang tidak dapat memenuhi kewajipan berkenaan oleh kerana masalah penyakit terutamanya GASTRIK.

Apapun buat anda yang telah mencuba pelbagai rawatan namun masih belum berhasil, saya mengesyorkan anda mencuba set ini iaitu 

ESP ( Energizing Soy Protein ) ■

ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

B COMPLEX ■

B-Complex bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Ia juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

OSTEMATRIX ■

Ostematrix membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.



So, nasihat saya kepada anda yang ada masalah sama mcm ni, jangan takut untuk mencuba dan mengamalkan suplemen Shaklee kerana ianya selamat, berkesan dan semulajadi. Kalau dibandingkan harga set ni dengan duit yang kita bayar dekat klinik, yang mana sakit hanya hilang sekejap bila makan ubat. Tapi, kemudian hari akan datang lagi. Berbaloikah?

Pengalaman saya sendiri sebelum ini juga mengalami gastrik yang agak teruk sehingga saya sering "standby" ubat gastrik dalam beg. Namun, saya terfikir kenapa saya perlu bergantung pada ubat semata-mata? Dari situla saya mula mencari suplemen yang boleh merawat gastrik ni. Dan sejak setahun lepas, saya mencuba set shaklee ni. Dan hasil nya alhamdulillah....sehingga kini saya tidak didatangi gastrik teruk lagi. Memang syukur sangat kerana saya dah tak ambil sebarang ubat gastrik lagi! Ins sha Allah, jika konsisten diamalkan akan merasai perubahan.

Saya juga pada awalnya atas dasar mencuba, tetapi bila saya merasakan semakin hari keadaan bertambah elok, maka saya jadi yakin dan sehingga kini saya akan tetap teruskan. Selain gastrik, kebaikkan lain ialah kulit pun cantik sihat dan sembelit pun dah tiada dah! Haha  Best, kan??

Kesihatan lebih penting.
Kesihatan bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya.
Yakin dan konsisten!

Pilihan di tangan anda ~


♡ DangJueNasfah 

SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN

"Barangsiapa menghendaki ganjaran / pahala akhirat, maka Kami tambahkan pahala kepadanya dan barangsiapa menghendaki pahala / balasan di dunia maka akan Kami beri bahagiannya di dunia akan tetapi jika tidak mendapat bahagian di akhirat kelak." Surah Asy Syuura ayat 19-20.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.
Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan Dia Allah memilih, tidak ada hak mereka untuk memilih." Kerana Nabi Muhammad SAW mengerjakan puasa di bulan Syaaban sepenuhnya (sebulan penuh) dan baginda bersabda, maksudnya : "Allah telah menerima semua amalan para hamba di bulan ini (bulan Syaaban)." Al Hadis disahihkan oleh sementara periwayat hadis.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban ?" Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi bersabda : "Kerana di dalam bulan itu banyak macam-macam kebaikan ,yang banyak sekali." Al Hadis Kitab.
Raudhotul Ulamak.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"
Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Dari Yahya bin Muaz bahawa di berkata :"Sesungguhnya di dalam kata Syaaban itu mengandungi lima huruf yang masing-masing huruf merupakan huruf singkatan kurnia kepada orang-orang beriman. 'Syin' ringkasan kata 'Syarofun wa Syafaatun' ertinya kemuliaan dan pertolongan. 'Ain' ringkasan kata 'Al Izzatu wal Karomah' ertinya keagungan dan kemuliaan. 'Bak' ringkasan kata 'Albirru' ertinya kebaikan / kebagusan. 'Alifun' ringkasan kata 'Ulfatun' ertinya rasa kasih sayang dan 'Nunun' ringkasan kata 'Nurun' ertinya cahaya." Kitab Zubdatul Wa'idzin.

Dari Siti Aisyah berkata : Semula Saya tidur bersama Nabi Muhammad SAW maka saya terbangun, saya tidak mendapatkan nabi, lalu saya menjadi bimbang dan saya mengira Beliau pergi ke salah satu isterinya di saat giliran saya. Lalu saya pun mencari beliau di rumah-rumah mereka dan ternyata tidak jumpa / tidak ada.
Kemudian saya pergi ke rumah Fatimah ra, lalu saya ketuk pintunya, maka teguran dari dalam rumah tersebut : "Siapakah yang ketuk pintu ? " Jawab saya : "Saya , Aisyah. Saya datang ke mari di saat ini untuk mencari Nabi Muhammad SAW."
Maka keluarlah Ali,Hasan,Husain dan Fatimah ra. Kata saya : "Di mana kita mencari Nabi Muhammad SAW ? "Mereka menjawab : " Mari kita cari Beliau di masjid." Kami pun semua mencari Beliau tetapi tidak menjumpai. Kata Ali ra " Mungkin Nabi pergi ke Bagi'il Ghorgqodi ( nama tempat yang di sana banyak pohon yang indah ). Maka kami semua pergi ke tempat tersebut dan pada saat itu ada sinar yang memancar ke atas dari tempat tersebut.
Kata Ali ra: " Cahaya tersebut tidak lain merupakan cahaya Nabi Muhammad SAW. Kami pun mendekatinya dan kami temui Nabi tersebut dalam keadaan sujud sambil menangis, yang tidak seorang pun yang merasakan apa yang Beliau rasakan. Dan beliau tunduk dengan tekunnya sambil mengucapkan dalam sujudnya : "Apabila Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan apabila Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."
Ketika Fatimah mengetahui Beliau, maka dia berhenti dekat kepalanya serta mengangkat wajah Beliau dari tanah dan berkata : " Wahai ayah, apa gerangan yang menimpa engkau, apa ada musuh datang ataukah ada wahyu turun ?"
Nabi Muhammad SAW menjawab : "Ya Fatimah, tidak ada musuh yang datang dan tidak ada wahyu yang turun akan tetapi malam ini adalah malam BARO'AH (malam Nisfu Syaaban) saya memohon kepada Allah."
Dan baginda berkata pula: "Ya, Aisyah, kalau sekiranya hari Kiamat telah datang, maka saya sedang sujud dan saya mohon pertolongan kepada Allah."
Kemudian Rasulullah SAW berkata : "Apabila kamu sekalian menginginkan keredhaan maka sujudlah kamu sekalian dan tolonglah aku dengan doa dan merendah diri kepada Allah." Nabi bersabda kepada Ali ra : "Ya Ali sujudlah engkau carilah orang lain. Ya Fatimah wa Ya Aisyah sujudlah kamu berdua dan ajaklah anak-anakmu dan wanita-wanita lain." Maka mereka pun sujud dan menangis sampai fajar subuh.
Hai kaum Muslimin dan Muslimat, kamu sekalian lebih berhak untuk bertekun dan tunduk merendah diri. Kerana kita adalah manusia yang banyak dosa. Sesungguhnya Rasulullah dan keluarganya sujud dan menangisi adalah untuk kita (umatnya) Kitab Raudhotul Ulamak.
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."

Rabu, 11 Jun 2014

PEMAKANAN BETUL ATASI MASALAH MUNTAH

PEMAKANAN BETUL ATASI MASALAH MUNTAH

Muntah adalah proses aktif, membabitkan pengecutan otot perut yang membolehkan kandungan di dalamnya dikeluarkan melalui perut. Proses ini berlainan daripada masalah regurgitasi di mana ia adalah proses tidak aktif yang menyebabkan sebahagian kecil daripada pemakanan bayi dikeluarkan. Proses ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang kurang daripada setahun.

Cara Kurangkan Masalah Muntah

Kelazimannya muntah disebabkan oleh infeksi virus yang membabitkan usus atau makanan yang kurang serasi dengan kanak-kanak terbabit. Selalunya, kanak-kanak yang muntah disebabkan oleh virus akan juga mengalami masalah cirit. Jika kanak-kanak muntah melebihi 24 jam tanpa cirit, dia mungkin mengalami masalah yang lebih sukar. Berapa lamakah masalah muntah ini wujud? Selalunya, ia akan berkurangan selepas enam hingga 24 jam. Pertukaran dari segi pemakanan boleh mengurangkan masalah muntah dan dehidrasi. Jika kanak-kanak juga mengalami masalah cirit ia boleh berlanjutan untuk beberapa hari.

Berikan kanak-kanak air dalam kuantiti yang kecil selama kira-kira lapan jam selepas muntah yang terakhir, bagi kanak-kanak yang kurang daripada setahun gunakan garam rehidrat. Pastikan air diberi menggunakan sudu. Jika tiada garam rehidrat gunakan susu yang diberi dengan kadar kecil.

Mulakan dengan kira-kira satu sudu teh atau sudu makan bergantung kepada umur anak anda. Berikan lebih kurang setiap lima minit, selepas lebih empat jam tambahkan kuantiti minuman anak anda. Jika masalah muntah terus berlaku, berhenti seketika selama kira-kira satu jam dan mulakan dengan kuantiti yang lebih rendah.

Setelah lebih kurang lapan jam tanpa muntah, anak anda bolehlah memulakan diet seperti biasa. Bagi kanak-kanak yang kecil mulakan dengan makanan seperti bubur dan adalah baik jika kuantiti pemakanan dikurangkan sedikit. Bagi kanak-kanak yang lebih berumur, bubur boleh juga diberikan selain makanan lain seperti roti, kentang putar, sup dan sebagainya.

Bagi bayi yang menyusu badan pula, apa yang perlu dilakukan ialah memberi penyusuan pada kuantiti yang lebih rendah tetapi kerap. Penyusuan boleh diberikan selama 10 minit setiap satu jam, jika masih lagi muntah kuantiti penyusuan mungkin dikurangkan kepada lima minit setiap setengah jam. Gunakan garam rehidrat kira-kira satu sudu besar setiap 15 minit jika muntah berterusan.

Ubat-Ubatan

Elakkan daripada memberi ubat melalui mulut. Ubat ini mungkin menyebabkan kanak-kanak muntah. Jika demam, penggunaan ubat demam yang diberi melalui sumbatan punggung boleh dilakukan. Jika demam berterusan pastikan anda mendapatkan nasihat doktor.

Cara penjagaan salah yang kita lakukan adalah memberi sebanyak mana air yang diminta oleh kanak kanak terbabit. Ini akan menyebabkan kanak-kanak itu terus muntah. Penggunaan ubat tahan muntah jarang dapat menyelesaikan masalah. Strategi pemakanan yang betul selalunya dapat menyelesaikan masalah muntah terbabit.

Bilakah Sepatutnya Mendapatkan Nasihat Doktor?

-Tanda-tanda kering/dehidrasi
-Darah dalam muntah
-Jika kandungan muntah mengandungi jus hempedu (billous vomiting), biasanya muntah berwarna hijau
-Muntah berterusan diikuti dengan cirit-birit yang terlalu kerap
-Anak anda lemah, tidak bermaya dan kelihatan lesu.

Sumber Maklumat: Berita Minggu