Isnin, 16 Jun 2014

Trip to the Lost World "Maliau Basin" - Part 1

Bicara larut malam......mood rajin bukak lappy, haha.

Ni gara2 tidur sakan seharian...maklumla, demam worldcup dah skrg ni kan...hehe.....bila si huby bangun tghmlm tengok bola, saya pun terrrrrr-tengok skali..hahaa...padan muka aku! Ok, terlanjur dah berblog malam2 buta ni, tetiba rindu nak buat outdoor event. 

Saya jenis yang suka aktiviti luar. Tahun lepas 2013, dept saya ada buat program luar iaitu Lawatan Sosial ke Maliau Basin dan Lembah Danum pada 7hb dan 8hb Mei 2013.

Day 1 - Maliau Basin ( 7hb Mei 2013 )

Bersama ofismate termasuk boss ada 10 orang kesemuanya dengan menggunakann 3 kenderaan 4WD. Saya pun dah tak ingat sangat tapi, perjalanan memang panjang dengan keadaan jalan kem..jgn hrp nak tidur nyenyak dalam keta...hihihii..tapi, sepanjang perjalanan mmg saya jarang tidur sbb mahu menikmati suasana perjalanan gitu..hehe

Pengalaman sepanjang di Maliau Basin ni, memang nature habis tau...dari struktur jalanraya nya yang bertanah, berbukit, cenuram..pokok-pokok, hutan tebal...huh....mcm camel throphy plak! Kami bertolak dari ofis sekitar jam 9.30 pagi dan sampai di gate jam 5:17pm dan masuk ke dalam memakan masa 1 jam lebih iaitu dalam kul 6pm sampai d kawasan penginapan. Kawasan sini agak gelap dan kurang lampu. Mungkin, kerana nak kekalkan suasana nature tu kan....Pada jam 6.38pm barulah kami jumpa pejabat receiption nya...fuh, syukur dan selesai daftar semua dan check in ambik kunci masing2, masuk bilik letak beg then turun semula ke ruang makan yang terletak dkt asrama lelaki. 

just arrived 5:14pm
Tiba di gate Maliau Basin 5.17pm
Hujan renyai masa ni...sempat posing sebelum masuk melalui jalan kem berbukit ke dalam.
Lebih kuran 1 jam setengah sebelum sampai ke penginapan
Jam 6:38pm baru dapat check in daftar. Lapar gila taim ni...hampir tak jumpa ofis ni gara2 gelap..
maklumla, kurang  lampu kat sini, mungkin sebab dorang nak kekalkan nature tu kan...hehe
Lepas chek in, simpan beg dalam bilik, terus pecut ke asrama lelaki di mana, kitaorang nak masak utk mkn mlm guna dapur d sana. So, beginilah suasana ruang makan yang terdapat di asrama tu
Ruang Dapur (depan)
Ruang dapur  (belakang)
Malam ni kitaorang barbeku ja..hehe...nasib baik ofismate lelaki ni suma terer masak. Perempuan dua org ja jadi tukang cuci piring...hahaha.
After selesai makan mlm ala barbeku, kemas dapur semua, then dalam jam hampir 10mlm barula gerak balik ke bilik. Bersihkan badan, mandi, rehat dan fuhhhh........penattttt sangatttttt! (saya tak jumpa gambar bilik yg saya snap...hihi) saya sebilik ngan kwn chinese but she's very nice person. Memang penatt, mlm tu kami tak brapa sgt nak tidur...mgkin bila berada d tempat asing kan..so, lain sikit...Oh ya, lupa gtau....setiap bilik dibekalkan 1 lampu kecemasan. Kat sini, elektrik akan dipadamkan pada jam 12 tghmlm. So, thats why ada lampu kecemasan tu..so, bila no electric, memang gelappp dan sunyiiiiiiiiii sgt..mcm2 bunyi ada...punyalah saya baca surah2 al-Quran masa tu.....tapi, alhamdulillah takda apa2 juga yg berlaku. Lebih kurang jam 2 pagi juga baru dapat nyenyak. Line maxis pun not very clear la d sni..mmg miss sgt ngan huby n anak2...tp, sempat jg la call awal td...hehe

Day 2 - Maliau Basin ( 08 Mei 2013 )

Saya dan ofismate bangun awal subuh jam 5 pagi. Cerita2 kejap sementara menanti elektrik dihidupkan. Jam 6 pagi, agak terang sikit. Kami bukak pintu beranda belakang, fuhhhh hutan belukar rupanya! Hirup fresh air natural dr the Lost World! Bestt...mmg tak ingat tentang ofis langsung la. Sambil2 kemas beg masing2. Dalam jam 6.30pagi barulah elektrik ON semula. Bersihkan badan, mandi dan bersiap nak turun ke asrama lelaki semula untuk masak bekfes. Masa ni, perut dah sakit. Sakit masuk angin. Ya, Allah...memang payah nak gerak apatah lagi berjalan laju..huhu...kencang atas perut. Tapi terpaksa tahan dan buat tak tau jakla. Nasib baik ofismate ada bw ubat....kurang2 juga sikit tapi masih juga sakit...huhuu...saborrrr

bekfes ala american style kunu..haha.....sedap jerrrrr
Masa ni tak dapat naik jambatan gantung sebab perut masih sakit. Sabo jerlaaaaa...
Ni la amoi teman sebilikku...hehehe
Ok, selepas ni dah nak gerak keluar dari Maliau Basin untuk meneruskan perjalanan ke Lembah Danum pula. Memang kejar masa sebab memang tak cukup masa pun...haha.....

Tunggu Part 2 seterusnya cerita Lembah Danum pulak okey. Sekarang nak tidurrr.. Alamak, masa tidur hanya 3 jam setengah ja dari sekarang. Pagi ni kena awal bangun sebab musim persekolahan dah start dah...chupp!

Selamat malam.......

DangJueNasfah

Bila ikhlas memberi, seribu nikmat dikecapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan