Rabu, 22 Julai 2015

Ketahui Simptom, Risiko dan Rawatan Masalah "Tombong" Dikalangan Wanita


Tombong dan risikonya 

Tombong jarang sekali berlaku semasa wanita hamil. Sebaliknya, ia biasa berlaku sebelum wanita hamil dan uterus akan menjadi kecut dan terangkat secara sendiri selepas tiga bulan hamil. Justeru, sesuatu yang terasa  di kawasan dinding faraj oleh wanita hamil selalunya berkaitan dengan pundi kencing jatuh (cystocele) atau dinding faraj jatuh. Walau bagaimanapun, ini hanya boleh dipastikan apabila wanita itu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Lazimnya, tombong lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang sudah beberapa kali hamil dengan lebih daripada satu atau lebih kelahiran vagina dan juga dihidapi wanita selepas putus haid.

Kedudukan rahim yang jatuh terdiri daripada beberapa peringkat :

1. Rahim adalah pada separuh bahagian atas vagina
2. Rahim telah turun hampir pada pembukaan faraj
3. Rahim menonjol keluar dari faraj
4. Rahim benar-benar keluar dari faraj sepenuhnya

SIMPTOM-SIMPTOM

  • merasa suatu tekanan dalam pelvis atau vagina
  • sering ke tandas untuk mengosongkan pundi kencing
  • kebocoran air kencing
  • sakit belakang di kawasan berhampiran serviks
  • pendarahan faraj
  • peningkatan keputihan
  • jangkitan pundi kencing yang berulang
  • sukar buang air kecil atau air besar
  • rahim dan serviks yang membonjol ke dalam bukaan faraj

RISIKO

Komplikasi akibat daripada tomgong semasa hamil berbeza-beza daripada jangkitan serviks kecil kepada pengguguran spontan. Selain itu, anda mungkin akan menglami tekanan bersalin lebih awal daripada waktunya (kelahiran pra-matang).

Wanita yang terjebak dengan masalah tombong mungkin menghadapi risiko tertentu dystocia semasa melahirkan yang mana memerluka bantuan kecemasan untuk bersalin.

Risiko paling serius akibat tombong ialah kematian janin dan juga jangkitan saluran kencing yang serius serta kemungkinan mendedahkan wanita kepada perubahan pra-kanser sekiranya tombong berlaku dalam suatu masa yang panjang.

RAWATAN

1. Senaman kegel

Adalah senaman yang selamat untuk wanita hamil kerana ia dapat membantu menguatkan otot lantai pelvik. Senaman ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

2. Pembedahan

Teknik pembedahan juga sesuai dilakukan iaitu selepas 6 minggu melahirkan. Pembedahan yang disyorkan iaitu dengan cara serviks dipotong/dipendekkan dan ligament uterosacial diketatkan melalui pembedahan liang faraj. Prosedur ini lebih sesuai untuk wanita yang merancang untuk hamil lagi. Sekiranya tombong terlalu serius, histerektomi terpaksa dilakukan oleh doktor.

3. Fotona Laser

Terkini, rawatan termoden melalui rawatan Fotona Laser (Incontilase & Intimalase) yang boleh dilakukan selepas selesai darah nifas. Rawatan laser bukan bukan sahaja merawat tombong, malahan boleh mengembalikan hubungan intim yang sihat bersama suami hanya tiga hari selepas rawatan. Manakala untuk wanita yang tidak mengalami masalah tombong, laser mengetatkan faraj juga boleh dijalani untuk mengetatkan faraj longgar bagi mencapai kebahagiaan rumahtangga.

- Sharing is Caring -

Sumber

Perkongsian Hati ke Hati

Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Lebaran Aidilfitri 1436H Bersamaan 17 Julai 2015

Assalamualaikum =)

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Alhamdulillah, 17 Julai 2015 bersamaan 1 Syawal Aidilfitri 1436H menjelma lagi. Kali ini berbeza sikit sebab beraya dalam keadaan sarat mengandung dan inssyaAllah dijangka bersalin pada 23hb yang tinggal beberapa hari seja lagi. Sambutan kali ini bersederhana sahaja sebab excited lebih nak sambut baby baru, haha. Apapun syukur anak-anak tetap disediakan baju raya baru dan tema kali ini kaler hijau epal fevret suami. Saya pula tak berkesempatan mencari kaler baju yang sesuai, maklumlah mak buyung ni kan.




Apapun, dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua terutama pengunjung blog saya yang tak seberapanya ini. Mohon doakan agar saya selamat dan dipermudahkan urusan melahirkan nanti, aamiinn.

# Gambar mak buyung di pagi raya pertama di rumah mak bersama kakak dan abang serta ipar dan anak-anak buah...ni baru sebahagian yang dapat berkumpul...alhamdulillah semoga dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik untuk terus berkumpul kelak..aamiiinn








Memang letih dan lenguh kaki berjalan sebenarnya ni, tambahan cuaca hari ni sangat panas. Nasib baik lepas sarapan pagi tadi saya sempat telan Vita-C, B Complex dan Vitalea. So, bertenagalah sedikit kan walaupun sebenarnya kaki dah bengkak (edema). Malam ni sebelum nak tidur pula saya telan 4 biji Ostematrix Mudah-mudahan kaki tak cramp dan tidur lenalah saya ni ya...hehe

So, korang kalau letih sangat sampai sakit-sakit kaki tu boleh dapatkan Ostematrix ni ya. Supaya kaki takla kebas-kebas kan....dan jangan lupa ambil B Complex dan Vita C juga. Cuaca panas ni memang mudah sakit kepala dan macam-macam. So, at least ada pencegahan atau "penapis" awal badan supaya takla jadi teruk atau sebagainya. 

Selamat Hari Raya!

p/s : walaupun berhariraya, anda masih boleh hubungi saya untuk apajua berkenaan Shaklee..hehe...

Perkongsian Hati ke Hati

Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Ahad, 12 Julai 2015

Kawal Kolesterol Dan Cuci Saluran Darah dengan Omega Guard dan Phytocol-st

Assalamualaikum =)

Tak lama lagi nak raya....terbayang-bayang dah rendang daging, ayam masak kurma, kari kambing, pulut dan macam-macam lagi makanan yang lazimnya pada musim perayaan hari raya.

A'haa....hati-hati tau...nak makan semua tu boleh, tapi kena beringatlah juga terutama yang mempunyai masalah kesihatan seperti hipertensi, gout, dan sebagainya. Jangan sampai penyakit keluar taim raya pulak.
So, dua vitamin ni kena ready sentiasa lebih-lebih di musim perayaan ni tau..sebelum berkunjung ke open house tu, pastikan 2 gandingan mantap ni tersedia...heheh

■ Phytocol-st

Membantu menormalkan bacaan atau menurunkan kolesterol secara semulajadi. Ianya juga membantu menghalang kolesterol jahat memasuki saluran darah dan mengelak daripada tersumbat.

Dengan struktur sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus.Bermakna, apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL.

Phytocol-St Shaklee sangat istimewa kerana :
  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Testimoni Phytocol-St


■ Omega Guard


Membantu untuk "cuci" saluran darah daripada mendapan kolesterol dan memecahkan lemak.

Selain itu, Omega Guard juga berupaya membantu :

  • Omega 3 dalam Omega Guard membantu mengurangkan keradangan dalam saluran udara paru-paru, jadi ia mengurangkan serangan asma di kalangan kanak-kanak dan dewasa.
  • Memecahkan kahak dan merawat batuk tanpa perlu mengambil ubat batuk
  • Mengawal dan memecahkan lemak tepu terutama yang mengalami perut buncit
  • Bagi ibu hamil, diambil pada Trimester ke-2 sangat bagus untuk perkembangan otak bayi, mencegah kelahiran bayi pramatang, mengurangkan risiko alergi kepada bayi selepas lahir dan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.
  • Untuk kanak-kanak, sangat dianjurkan bagi meningkatkan sistem imunisasi, perkembangan otak agar bijak & fokus, 
  • Bagi yang ada masalah kesihatan sendi, kolesterol tinggi, jantung dan menghindari daripada diserang strok.
Testimoni Omega Guard




So, sebagai langkah pencegahan dan dalam masa yang sama menurunkan paras kolesterol, gandingan mantap ini wajib untuk anda.


InsyaAllah, diperakui selamat, berkesan dan mesra alam serta disahkan Halal.
Omega Guard hanya berharga RM136 sebotol, manakala Phytocol-st pula RM197 sahaja.

Tetapi, saya lebih suka menyarankan anda supaya mendaftarkan keahlian serendah RM69* sahaja untuk layak mendapat harga ahli yang lebih rendah. Bukan itu sahaja, anda juga serta-merta layak menerima sebotol Vitalea Iron Formula yang berharga RM88.75* secara PERCUMA!

So, apa tunggu lagi? Kontek saya cepat-cepat keh!

Ingin dapatkan Omega Guard dan Phytocol-st ini secara online? 

1. Klik link ini untuk terus membeli Omega Guard.
2. Klik link ini untuk terus membeli Phytocol-st.


Perkongsian Hati ke Hati

Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Adab dan Pantang Larang Wanita Hamil Dalam Masyarakat Melayu

Assalamualaikum =))


Pernahkah anda ditegur atau dilarang oleh orang-orang tua atau ibubapa terutamanya supaya tidak berbuat sesuatu perkara yang boleh memberi kesan kepada kandungan? 

Pantang larang dalam masyarakat Melayu merupakan kepercayaan yang biasanya berdasarkan budaya warisan serta adat sesuatu kaum/bangsa. Ianya merangkumi bukan sahaja dari segi adab dan tingkahlaku, malah dari segi pemakanan. Mereka percaya, jika sesuatu pantang larang itu dilanggar, maka akan memberi kesan tidak baik kepada individu berkenaan mahupun pada kandungan.

Justeru ketika hamil, ibu hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkahlaku supaya tidak melanggar pantang larang yang dipercayai memberi kesan memudaratkan kepada kandungan. Pengalaman semasa hamil dahulu, tidak dinafikan saya juga tidak dapat elak daripada keadaan ini. Maklumlah, ketika itu tinggal bersama orang tua dan saya sentiasa diingatkan agar sentiasa menjaga tingkahlaku semasa hamil. 

Walaupun adakala dianggap remeh, namun kebanyakannya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Dan inilah yang bakal diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Adab dan Pantang Larang Wanita Hamil

Pantang #1 Dilarang daripada duduk di muka pintu

Dikhuatiri, bayi kelak mengalami kesulitan (lambat keluar) semasa hendak melahirkan.

Pantang #2 Dilarang memangku besen/bakul kecil atas ribaan (pangkuan paha)

Pernahkah anda memotong bawang atau sayur sambil meletakkan besen/bakul kecil atas ribaan/pangkuan paha? Semasa hamil, dilarang berbuat demikian kerana dikhuatiri bayi akan mengalami "angin pasang" atau burut. (wallahualam)

Pantang #3 Dilarang melilit tuala di leher

Dikhuatirii, tali pusat dalam kandungan turut melilit bayi atau tercerut tali pusat.

Pantang #4 Dilarang menganiaya atau mencerca haiwan mahupun sesama manusia

Dikhuatiri akan memberi kesan (cacat atau kepaingan) kepada kandungan.

Pantang #5 Dilarang melihat gerhana bulan

Dikhuatiri anak akan mendapat tompok hitam di badan.

Pantang #6 Dilarang memaku, memahat, dsb.

Dikhuatiri bayi akan mengalami bibir 'sumbing'.

Pantang #7 Dilarang memasukkan "kapok" ke dalam bantal

Dikhuatiri ibu mengalami kesulitan semasa hendak melahirkan 

Pantang #8 Dilarang makan isi kelapa tua (tombong)

Dikhuatiri uri akan melekat 

Pantang #9 Dilarang memakan makanan yang gatal seperti sayur rebung, dsb.

Dikhuatiri bayi lahir kelak akan lebat bulu roma terutama di mukanya.

Pantang #10 Dilarang memakai kain sarung dari kaki sebaliknya masukkan dari atas kepala ke bawah.

Dikhuatiri bayi dilahirkan songsang.



Walau bagaimanapun, di samping pantang larang dalam budaya masyarakat melayu, aspek dalam agama juga jangan diabaikan. Terdapat panduan dan adab semasa hamil untuk bakal ibu juga suami yang wajib dijaga. Anak merupakan anugerah kurniaan Allah swt dan kita wajib memelihara dan menjaganya dari seawal kandungan lagi. Banyakkanlah melakukan kebaikkan dan ibadah dengan mengerjakan solat serta amalan seperti doa tertentu, membaca Al-Quran, berzikir, dan sebagainya semasa hamil.

InssyaAllah, semoga bayi kita lahir kelak akan menjadi anak yang soleh mahupun solehah. 

Aamiin

Jumaat, 10 Julai 2015

Tips Boleh Pakai Untuk Meredakan Kesakitan "Nipple Crack"

Assalamualaikum =)



"Nipple Crack" atau luka pada puting payudara terjadi apabila bayi kerap menyusu terutama pada awal selepas kelahiran. Rasanya sangat nyeri dan pedih sekali.

Keadaan ini berlaku apabila mulut bayi tidak melekap sepenuhnya di puting payudara. Cara yang betul ialah mulut bayi harus melekap sepenuhnya pada aerola dan bukan hanya pada puting sahaja. Kerana kesilapan lekapan ini, maka bayi akan menghisap puting dengan kuat yang mengakibatkan sekitar puting sakit, luka dan nyeri.

Apapun, ibu-ibu boleh amalkan antara tips berikut untuk meredakan kesakitan pada payudara anda.

Tips #1

PASTIKAN CARA LEKAPAN YANG BETUL




Hisapan bayi amat kuat, Justeru, pastikan bayi anda melekapkan mulutnya di keseluruhan aerola.

Tips #2

PAM SUSU

Gunakan pam susu untuk mengepam susu yang 'cedera' dan beri bayi anda menyusu di payudara yang tidak luka.

Tips #3

SAPU MENGGUNAKAN AIRSUSU SENDIRI

Gunakan airsusu sendiri untuk mengubati puting yang luka. Caranya, sapukan sedikit dan biarkan kering. Boleh ulangi lagi sehingga luka tidak lagi terasa nyeri atau pedih.

Tips #4

MENGGUNAKAN MINYAK GAMAT

Semasa saya menyusukan anak dahulu, saya juga alami keadaan ini. Memang rasa pedih dan nyeri sangat. So, saya gunakan minyak gamat asli Langkawi. Saya sapukan di sekitar puting yang luka. Sementara itu, saya beri anak saya menyusu yang sebelah lagi. Alhamdulillah, ulang-ulang sapu minyak gamat tu, 2 - 3 hari dah kering.

Tips #5

SAPU DENGAN MINYAK KELAPA DARA

Ada juga yang menyapu minyak kelapa dara pada puting yang luka. Anda boleh cuba tips ini ya.

Tips #6

SAPU MENGGUNAKAN MADU

Selain tips di atas, anda juga boleh mencuba menggunakan madu. Sapukan madu di sekitar puting aerola sehingga kering dan ulangi lagi.

Tips #7

MENJAGA KEBERSIHAN PAYUDARA

Paling penting ialah sentiasalah bersihkan puting payudara anda sebelum dan selepas memberi penyusuan kepada bayi. Hanya perlu basahkan kapas dalam airsuam dan bersihkan sekitar aerola dan puting. 

Tips #8

MENGGUNAKAN PAD PAYUDARA

Pad payudara membantu melindungi puting yang luka dan juga dapat mempercepatkan proses pemulihan luka. Apapun, pastikan ianya ditukar dengan kerap.

Tips #9

PENGGUNAAN BRA YANG SESUAI

Gunalah bra yang sesuai untuk ibu menyusu dan tidak terlalu ketat. Sebaik-baiknya bra yang tidak berdawai.

Tips #10

SENTIASA POSITIF DAN ELAKKAN STRESS

Ibu-ibu yang menyusukan bayi harus banyak bersabar dan positif dalam menjayakan penyusuan. Jika tidak, dikhuatiri anda akan menghadapi stress, putus asa dan akhirnya menjejaskan pengeluaran airsusu. Suami pula kena faham keadaan isteri.

Semoga bermanfaat buat ibu-ibu diluar sana!


Perkongsian Hati ke Hati

Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Selasa, 7 Julai 2015

Keperluan Bayi Sebagai Persediaan Menyambut "Orang Baru" Yang Ibubapa Harus Tahu

Assalamualaikum =)

Bagi mommies yang baru pertama kali melalui pengalaman bakal menerima kehadiran cahayamata pertama, mesti eksaited shopping barang baby kan? Lebih-lebih lagi bila dah tahu jantina baby, mesti suka sangat.

Apapun, tidak semua keperluan bayi disediakan sekaligus kerana bayi akan cepat membesar. Apa yang penting ialah beberapa keperluan asas yang wajib ada sebagai persediaan menyambut "orang baru" tak lama lagi. So, ibubapa kena take noted ya..hehe


1. Lampin Kain Bayi (baby napkin)
Kain lampin bayi paling penting untuk bedung bayi. Di pasaran ada banyak jenis kain lampin dan pilihlah kain yang berkualiti seperti Anakku atau Fiffy. Satu pek mengandungi 8 - 10 helai kain lampin. Ada yang jenis plain, berkotak (checkerbox) mahupun bercorak.

Biasa saya beli 2 - 3 pek untuk permulaan sebab baby pada awalnya memang kerap kencing dan berak. Jika pada musim hujan, elok sediakan lebih. 


2. Tuala Mandi Bayi

Pilihlah dari jenis kualiti kain yang baik, tidak mudah tercabut benang dan mudah menyerap air serta tidak terlalu tebal. 

3. Barut Bayi


Barut bayi diperlukan untuk bedung perut dan pusat, supaya tidak masuk angin. Dulu, saya menggunakan barut yang dijahit sendiri oleh mak. Tetapi, sekarang lebih mudah didapati kerana terdapat barut moden dijual di pasaran. 


4. Sarung Tangan, Stokin Kaki dan Topi (Booties & Mittens)


Sarung tangan dan stokin kaki biasanya dijual secara set. Jari tangan dan kaki bayi sangat lembut dan kecil. Apabila mengeliat, baby suka gosok muka, kan? Sebab itulah perlu ada sarung tangan untuk melindunginya daripada mengenai muka sendiri. Dan stokin pula supaya kaki tidak mudah dimasuki angin. Manakala topi bagi melindungi kepala bayi terutama ubun-ubun yang masih lembut.


5. Set Baju dan Seluar Bayi 

Untuk baju bayi, saya lebih suka ambil saiz 3 bulan. Kalau dibandingkan dengan saiz newborn, tak jauh bezanya pun. So, better terus ambil saiz 3 bulan kerana bayi akan membesar dengan cepat. 3 bulan kejap jer tu..Biasanya baju bayi disediakan satu set sekali dengan seluar. Pilihlah dari kualiti kain yang baik.


6. Selimut



Pilihlah selimut yang tidak terlalu tebal dan kualiti kain sejuk serta lembut.

7. Tilam, Bantal Kepala dan Bantal Guling (Boolster)  


Set tilam, bantal dan boolster untuk bayi juga penting. Jangan lupa sediakan baby cotsheet sekali untuk alas tilam tu, untuk elak tilam daripada basah oleh air kencing baby. Untuk katil bayi pula, pilihlah yang bersesuaian ya...hehe

8. Besen Mandian Untuk Bayi



Besen mandian khas untuk bayi.


9. Minyak Telon Bayi atau Minyak Kayu Putih
 Minyak telon atau minyak kayu putih antara yang sesuai dan biasa digunakan. Digunakan untuk sapu di perut dan telapak kaki bayi.

10. Set Penjagaan Bayi - Mandian, Bedak, Losen, Krim, dsb. 

11. Keperluan lain-lain seperti :
  • Baby Wipes
  • Bakul untuk simpan pakaian, dll. 
  • Baby bag - untuk ke klinik
  • Botol Susu saiz newborn - pastikan BPA Free
  • Sabun pencuci pakaian/lampin untuk bayi
  • Pam Susu
  • Pampers newborn
  • Nappy Liners
  • Putik Kapas / Kapas bulat

Ok, rasanya ini jer keperluan untuk bayi yang harus disediakan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan pertama selepas kelahiran bayi. Bagi yang pertama kali bakal menjadi ibu dan bapa, mesti eksaited nak beli semua keperluan ni kan...hehe....apapun, berbelanja biarlah dengan bijak ya.

Selamat menyambut kelahiran bakal "orang baru" ^_^ Semoga dipermudahkan urusan, aamiin.

Perkongsian Hati ke Hati

Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Ahad, 5 Julai 2015

"Pembawaan Ibu" Menentukan Jantina Bayi?

Assalamualaikum mommies =)

Pengalaman ketika saya hamil anak-anak saya sebelum ni, actually dah lama la..seorang lelaki dan empat perempuan. Masa hamil anak lelaki dulu, yang saya ingat ialah saya suka makan taufu fah dan yogurt. Masa hamil anak-anak perempuan pula, saya memang alahan teruk, kerap muntah, tak suka bercantik-cantik, seri muka pun tiada. Tapi, bab masuk ke dapur saya tiada masalah pula, memang rajin masak. 


Tapi, berbeza pula dengan pembawaan hamil anak keenam saya kali ini. Apa yang saya alami adalah :

  • Kurang mabuk atau alahan di awal trimetser, tapi tekak tetap rasa tak sedap.
  • Payudara saya gatal-gatal
  • Saya tak suka hidu bau tumisan masakan, terus rasa pening. Kalau masak di rumah, terpaksa tutup hidung, haha. Memang mood masak ni tak sukalah pada mulanya. 
  • Sering mengantuk - rasa nak tidur jer...
  • Suka makan jeruk seperti jambu air, timun, betik dan buah epal atau tomato mentah.
  • Suka makan daging, terutama coto daging, sup daging.
  • Semasa tidur, saya lebih suka/cenderung mengiring ke sebelah kanan.
  • Bayi kuat/aktif gerak dan suka posisi dirusuk kanan, kadang melintang.
  • Suka makan yogurt, jus avocado dan taufu fah
  • Selalu mimpi nampak budak lelaki (naluri)
  • Suami saya juga turut mengalami simptom "mengidam" iaitu suka meminum susu fresh milk "dutch lady" perisa strawberry.
Itu apa yang saya alami sepanjang hamil kali ini. Tapi, ada juga dikalangan ibu hamil yang tidak mengalami simptom-simptom alahan. Tetapi, alahan tersebut pula dialami oleh suami. Suami akan merasa loya, sering demam dan terasa nak muntah. Jika alahan dialami oleh si suami, ini berkemungkinan bayi dalam kandungan isteri adalah perempuan. Wallahualam.

Apapun itu tidak menjamin 100% tepat. Selain yang saya alami sendiri di atas, ada kaedah lain lagi yang boleh digunakan.


Jom kita lihat kaedah yang biasa digunakan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan ini.

Mengetahui jantina bayi dalam kandungan melalui "pembawaan ibu".

"Pembawaan" di sini membawa maksud perilaku atau tabiat ibu semasa hamil yang agak ganjil dilihat daripada biasa.


Jikalau zaman emak-emak kita dahulu, jantina bayi dalam kandungan ditentukan melalui perilaku atau tebiat si ibu. Ada yang mengatakan, jika nak tahu apa jantina bayi kena lihat pada perilaku ibunya. 


Misalnya, jikalau si ibu tak suka bermekap atau tak suka memasak, kemungkinan bayi adalah lelaki dan begitulah sebaliknya. Namun, ada juga yang melihat kepada bentuk fizikal si ibu, misalnya melihat kepada
bentuk perut. Jika perut kelihatan bujur, kemungkinan bayi adalah perempuan. Jika bulat memboyot ke depan, kemungkinan lelaki. Adakala juga dilihat melalui faktor tabiat pemakanan.


Mengetahui jantina bayi berdasarkan jadual atau carta ramalan China


Kalau dilihat pada carta ini, bayi saya adalah perempuan. Wallahualam la kan...hehe




Mengetahui jantina melalui degupan jantung bayi (Fetal Heart Rate)


Ianya boleh dikesan melalui ujian ultrasound scan atau menggunakan alat mobile Fetal Doppler. Jika degupan jantung kandungan kurang daripada 140 seminit, berkemungkinan lelaki dan jika lebih 140 seminit mungkin perempuan. Walau bagaimanapun, teori ini dikatakan kurang tepat kerana kadar degupan bayi sentiasa berubah apabila semakin membesar dan mengikut pergerakkan ibunya.


Mengesan jantina bayi dalam kandungan melalui ujian ultrasound scan


Berbeza dengan masakini, jantina bayi dalam kandungan sudah boleh diketahui seawal usia 12 - 13 minggu melalui ujian ultrasound scan 2D, 3D mahupun 4D. Walau bagaimanapun, usia kandungan yang disyorkan untuk mengesan jantina ialah 20 minggu. Bukan sahaja jantina, malah ujian ini sebenarnya penting untuk mengesan samada kandungan mengalami masalah atau tidak.


Actually, pada awal-awal hamil tu memang saya ada 2-3 kali pergi scan. Tapi, asal scan mesti tak nampak jantina baby ni. Haih, perahsia betul la kan baby ni..hehe


Last week, saya pergi Klinik Pakar HDOK (GOPD) untuk temujanji dengan doktor. Selain periksa kandungan, doktor check bekas parut jahitan masa Caesarean saya 15 tahun yang lalu. Wah, dah lama dah sebenarnya masa tu Caesaerean anak pertama pada tahun 2000 lagi. Kali ni doktor dah checked suma alhamdulillah tiada masalah. Cuma, kencing ja kotor sedikit. So, doc bagi ubat serbuk granul.


Doktor yang scan perut saya ni doktor wanita, muda lagi, manis dan baik orangnya. Mirip pelakon hindustan Kareena Kapoor pulak. Sweet. Masa scan tu, rajin ajak saya berbual. 


Doc : Emm...puan dah tau tak jantina baby apa?

Saya : Tak tahu lg doc, sebelum ni ada jugak 2-3 kali scan tapi asyik tak nampak jer....
Doc : (Senyum) Ohh....saya dah nampak ni puan..hehe
Saya : Eh, yaka doc??
Doc : Ye...kejap ye.....baby ni aktif sangat. Puan expect baby apa?
Saya : Emm...boy
Doc : Puan takde baby boy ker?
Saya : Ada, sorang jer doc. Yang 4 orang lagi girl.
Doc : Ohh...mcm tu....kalau baby girl, nak bagi kat saya tak? (nada bergurau)
Saya : Kena masuk waiting list la doc...klu baby girl dah ramai yang booking. (ketawa)
Doc : Haha, kejap saya bagi tengok ye...tadi dah nampak dah.
Saya : Ok..ok
Doc : Hah, puan cer tengok skrin ni yer.....ni kaki dia.....nampak yang ni tak? 
Saya : (tengok skrin sambil mengamati)
Doc : Ni "biji" dia kiri dan kanan...ni "batang" dia....
Saya : Eh, iya lah..... (senyum eksaited dah ni)
Doc : Tapi, kalau tak betul, jangan marah saya yer..
Saya : Takla doc. Saya terima saja yang penting baby sihat sempurna.
Doc : Amiin...tapi, saya tengok memang baby boy la...inssyaAllah
Saya : Aamiinn..terima kasih doc.
Doc : So, baby pun sihat dalam ni...berat dalam 2.6 - 2.7 macam tu...
Saya : Ok doc =)

Berbunga-bunga juga dihati bila doc tunjuk skrin ultrasound tu baby boy. Andai tepat, syukur alhamdulillah. Apapun saya serahkan kepada Yang Maha Pencipta. Apa yang penting adalah doa saya semoga bila tiba saat kelahiran nanti segalanya dipermudahkan dan bayi saya sihat sempurna, aamiin.


PS/  Tak sabar menunggu saat kelahiran kali ini. InssyaAllah, dijangkakan due 23hb Julai ini. Doakan saya ya!



Perkongsian Hati ke Hati


Dang Jue Nasfah
010-8176797 sms/wa
Sid 931577
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini