Rabu, 1 Julai 2015

TIPS NAIKKAN BACAAN PARAS HB IBU HAMIL DALAM 2 MINGGU!

Setiap kali menghadiri temujanji ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) atau Klinik Desa (KD), antara perkara utama yang wajib diperiksa oleh jururawat bertugas ialah paras Hb atau Hemoghlobin dalam darah, betul tak? Biasanya, bila usia kandungan memasuki 30 minggu sangat penting paras Hb kita maintain cantik.



Kenapa paras Hb ketika hamil penting?

Mengekalkan paras Hb yang baik ketika hamil amat pentingbagi mengelakkan kesan negatif kepada bayi. Kekurangan Hb ketika hamil boleh menjejaskan perkembangan bayi malahan boleh menyebabkan risiko keguguran atau mati dalam kandungan.

Saya juga tidak terkecuali mengalami masalah low Hb ni. Pada awal kehamilan, paras Hb saya sangat baik iaitu sekitar 11.0gm%. Tetapi, apabila masuk 30 minggu, Hb saya mula menurut ke 9.7gm% dan keadaan tetap sama pada 32 dan 34 minggu berikutnya. Hairannya, walaupun saya amalkan vitamin tambah darah namun paras Hb saya tetap 9.7gm%. So, apa yang saya perlu buat ialah check apa yang saya makan.

Apakah paras Hb normal bagi ibu hamil?


Paras Hb :

Rendah : Jika < 9 gm%
Sederhana : Jika antara 9 - 11 gm%
Normal : Jika <11 gm%


Nak tahu apa yang saya buat untuk naikkan Bacaan Hb Ibu Hamil dalam 2 minggu?

OK, memandangkan saya ada masa 2 minggu lagi sebelum temujanji berikutnya iaitu pada 36 minggu, maka inilah antara tips yang saya amalkan :-

Tips #1 - Dalam seminggu, saya akan makan 2 bungkus tempe goreng. Jadi, untuk 2 minggu ni saya peruntukkan 4 bungkus tempe.

Tips #2 - Dalam tempoh 2 minggu ini, saya langsung tak minum minuman berkaffein terutama kopi. Kaffein adalah penghalang kepada penyerapan zinc.

Tips #3 - Ambil/makan pil vitamin tambah darah, saya ambil pil/vitamin Vitalea Iron Formula.

Tips #4 - Makan sayuran dan buah seperti bayam merah, sawi bunga dan buah betik.

Tips #5 - Minum susu Anlene setiap pagi untuk sarapan (segelas) dan sebelum tidur.


....selepas 2 minggu 

Setelah mengamalkan tips-tips di atas ini sepanjang 2 minggu, nak tahu berapa bacaan paras Hb saya tak? 

Alhamdulillah, paras Hb saya naik ke 11.00gm% ^_^ 

Syukur sangat......rupanya selama ini saya makan vitamin darah tu tanpa menghiraukan aspek makanan yang saya makan tiap hari. Jadi, selepas ini saya berhati-hati dah dengan apa yang saya nak makan. Kena tahu makanan apa yang menjadi penghalang penyerapan zinc ni ya. Apa yang saya makan melalui tips di atas ini adalah antara makanan yang membantu penyerapan zinc. 

Nak tahu jenis-jenis makanan yang membantu menyerap zinc mahupun menjadi penghalang penyerapan zinc, baca lanjut di sini.

Semoga menjadi panduan bermanfaat buat ibu-ibu diluar sana!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan