Jumaat, 19 Jun 2015

Saranan Pengambilan Makanan Kaya Zat Besi Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum, salam Jumaat di Ramadhan ke-2.




Masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil ni ialah rendah Hb, betul tak? Ibu hamil terutama di minggu trimester ketiga kerap mengalami masalah ini kerana fetus yang menyerap zat besi daripada ibu. Saya pun pernah alami keadaan ni dari anak pertama sehinggalah sekarang hamil anak ke-6 ni. Masa awal-awal hamil tu, Hb saya cantik ja 11.0 - 11.8 Hb. Tapi apabila kandungan saya masuk 30 minggu, Hb saya mula menjunam ke 9.7 alamak! Nurse pun dah mula tegur kenapa boleh turun mendadak dan tanya apa yang saya makan tiap hari.

Selain pengambilan suplemen atau vitamin tambah darah seperti dalam Set Hamil Cergas, sebenarnya kita kena alert juga dengan apa yang kita makan tiap hari. Biasanya, kita ingat dengan makan hati ayam saja boleh naikkan Hb. Tetapi, kita lupa tentang makanan/minuman yang boleh menghalang penyerapan zat besi yang menyebabkan Hb menjadi rendah. Padahal, tiap hari dah makan vitamin tambah darah, tapi bila check di klinik Hb tetap rendah, kan? Jadi, kena check apa yang kita makan atau minum tau. 

So, di sini saya nak kongsikan jenis makanan dari sumber yang kaya kandungan zat besi dan kekerapan pengambilan untuk bantu menaikkan Hb ibu-ibu. Juga jenis makanan yang boleh jadi penghalang mahupun pembantu penyerapan zat besi. 


Saranan Saiz Satu Hidangan dan Cadangan Pengambilan

Sumber Haiwan

1. Daging

  • Saiz satu Hidangan 
    • 2 ketul bersaiz kotak mancis
  • Cadangan Pengambilan :
    • 6 - 8 ketul ( 3- 4 hidangan )
2. Ayam
  • Saiz satu hidangan
    • 1 ketul peha ayam
  • Cadangan Pengambilan :
    • 3 - 4 ketul peha bersaiz sederhana ( 3 - 4 hidangan )
3. Hati / Pedal Ayam
  • Saiz satu hidangan 
    • 1 ketul (2 lobar)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 - 2 ketul (lobar)
4. Hati Lembu
  • Saiz satu hidangan
    • 1 ketul bersaiz kotak mancis (30g) 
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 ketul bersaiz kotak mancis (30g) (1 hidangan)

5. Ikan bilis
  • Saiz satu hidangan
    • 5 sudu makan
  • Cadangan Pengambilan :
    • 5 sudu makan ( 1-2 hidangan )
6. Kekerang/Lala/Kepah
  • Saiz satu hidangan
    • 20 biji
  • Cadangan Pengambilan :
    • 20 biji ( 1 hidangan )
7. Ikan
  • Saiz sati hidangan
    • 1 ekor ikan bersaiz sederhana
  • Cadangan Pengambilan
    • 3 - 4 ekor bersaiz sederhana ( 3-4 hidangan )

Sumber Sayuran dan Buah

1. Sayuran berdaun hijau

  • Saiz satu Hidangan 
    • 1/2 cawan sayur berdaun hijau
  • Cadangan Pengambilan :
    • 10-11 cawan seminggu
2. Susu
  • Saiz satu hidangan
    • 1 gelas susu (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 14 gelas susu seminggu
3. Dadih
  • Saiz satu hidangan 
    • 1 cawan dadih
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu
4. kekacang
  • Saiz satu hidangan
    • 1 cawan kekacang
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu

5. Tempe
  • Saiz satu hidangan
    • 2 keping
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu

Penghalang Penyerapan Zat Besi

1. Air teh

  • Saiz satu Hidangan 
    • 1 cawan (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 - 2 kali/sehari
2. Kopi
  • Saiz satu hidangan
    • 1 cawan (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 - 2 kali/sehari
3. Air soya
  • Saiz satu hidangan 
    • 1 gelas (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu
4. Tauhu
  • Saiz satu hidangan
    • 2 keping tauhu
  • Cadangan Pengambilan :
    • 3 kali seminggu

5. Telur kuning
  • Saiz satu hidangan
    • 2 biji telur
  • Cadangan Pengambilan :
    • 3 kali seminggu

Pembantu Penyerapan Zat Besi

1. Jus buah

  • Saiz satu Hidangan 
    • 1 gelas (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali/sehari
2. Buah segar
  • Saiz satu hidangan
    • 1 gelas (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali/sehari

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu ya! 

With Love,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan