Sabtu, 30 Mei 2015

30 Tips & Petua Asli Untuk Penyelesaian Masalah Kecantikkan Wanita


Kecantikkan dan wanita umpama satu ikatan yang tidak dapat diuraikan. Untuk tampil cantik, kamu pasti tidak lokek berbelanja membeli produk kosmetik, bukan? Jangan boros berbelanja, kami ada cara agar kamu tampil penuh berkeyakinan. Hanya yang asli dan semulajadi, sudah tentunya murah dan mudah diperolehi!

TIPS & PETUA HAPUSKAN JERAWAT!
  1. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk hapuskan jerawat. Caranya, sapukan campuran tadi pada wajah sebelum tidur. Jadikan seperti masker dan bersihkannya dengan air biasa.
  2. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian, sapukannya pada jerawat.
  3. Sapukan kulit pisang pada bekas jerawat. Lakukannya setiap hari sehingga parut itu hilang. Cubalah!
  4. Simpan air basuhan beras yang pertama dan letakkan di dalam mangkuk. Ambil pati air basuhan beras tadi dan sapukan pada muka.
  5. Ambil asam jawa mengikut kuantiti yang kamu rasakan perlu, panaskannya dan gaulkan selama dua minit. Campurkan bersama tepung ubi (ikut sukatan yang sama seperti asam jawa). Kemudian, gaulkan sehingga sebati dan sapukan pada wajah.
  6. Ambil susu tepung (ikut sukatan yang kamu rasakan perlu), perahan air limau purut dan campurkan dengan sedikit madu. Gaulkan sebati dan sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering dan bersihkan.A
  7. Ambil pucuk asam jawa dan tumbuk sehingga lumat. Goreng sedikit beras sehingga garing lalu tumbuk sehingga lumat dan campurkan bersama pucuk asam jawa yang telah ditumbuk. Sapukan pada muka.
  8. Hilangkan parut jerawat dengan parutan ubi kentang. Tampal pada jerawat dan bersihkan dengan air.
  9. Parut lobak merah lalu campurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sehingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Lakukan sekali seminggu.
  10. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (yang masih hijau). Didihkannya dan biarkan ia suam, kemudian lekatkan pada kulit yang berjerawat.

TIPS & PETUA MERAWAT RAMBUT
  1. Lembutkan rambutmu dengan secekak kangkung yang dibasuh bersih. Masukkan enam sudu air suam dan gaulkan bersama kangkung sehingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir pada seluruh rambut dan biarkan. Bilas dengan air bersih.
  2. Ingin lembutkan rambut? Resepinya, kisar lima biji limau nipis bersama kulitnya sehingga halus. Tapis dan sapukan airnya pada kepala ketika mandi lalu diperap seketika. Sesudah itu bilas bersih dengan air.
  3. Rambut gugur? Nah, atasi keguguran rambut dengan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar sampai lumat. Perap ramuan di atas kepala selama dua jam dan bersihkan dengan air.
  4. Lemak ayam juga berguna! Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukannya ke kulit kepala pada waktu malam untuk elakkan rambut gugur.
  5. Rambut yang mudah gugur boleh diatasi dengan kacang hijau. Rendamkan semalaman lalu tapis dan gunakan airnya untuk disapu pada kulit kepala. Amalkan selalu.
  6. Jika ingin luruskan rambut, cuba petua ini. Perah sebiji kelapa dan ambil patinya lalu dicampurkan dengan air limau nipis. Simpan pati ini di dalam peti sejuk sehingga menjadi krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada rambut.
  7. Air nenas juga boleh membantu jika kamu inginkan rambut yang lurus. Caranya, peram air nenas semalaman lalu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas bersih dengan air.
  8. Kuatkan akar rambut dengan petua ini. Parut lobak merah dan ambil perahan airnya yang akan digunakan untuk menyejukkan kulit kepala. Basahkan kepala dengan air lobak merah lalu urut perlahan-lahan.
  9. Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam pada suhu 60 darjah celcius. KAcau dan perahkan air limau nipis. KAcau lagi dan simpan dalam peti sejuk selama 6 jam. Apabila pekat, bolehlah dilumurkan pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas bersih dengan air biasa.
  10. Untuk lembutkan rambut pula, bolehlah kamu cuba petua ini. Ambil segenggam daun inai, kisar sehingga hancur atau masak sehingga panas sebentar. Sejukkan, kemudian sapulah pada rambut.

TIPS & PETUA MANJAKAN KULIT WAJAH
  1. Kisar tomato sehingga halus dan lumurkan pada muka seketika. Selepas itu, bersihkan muka dengan air suam. Senang, kan?
  2. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga menjadi larutan pekat. Pupurkan pada muka dan biarkan ia keering selama 15 minit.
  3. Didihkan susu segar bersama air. Biarkan ia sejuk lalu sapukan pada muka. Selepas kering, bersihkan pula dengan air biasa.
  4. Sapukan putih telur pada wajah dan biar selama 10 minit. Cuci dengan air bersih dan lakukan seminggu sekali. Pasti kulit wajahmu cantik berseri. Cubalah!
  5. Jika tidak pun, cuba petua ini. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis. Basuh sekali lagi dan lap menggunakan tuala yang bersih. Lakukannya setiap hari selepas mandi. InsshaAllah, kulit muka akan menjadi lembut dan licin.
  6. Ambil air perahan mentimun yang diparut dan gunakannya untuk mencuci muka pada waktu siang. Untuk lebih berkesan, tampalkan hampas parutan mentimun pada muka. Lakukan setiap hari sehingga kulit menjadi halus dan licin.
  7. Segarkan kulit muka dengan jus epal. Mudah saja. Sapukan jus epal selama 10 minit ke muka, kemudian cuci sehingga bersih.
  8. Boleh juga menggunakan limau nipis dengan memerah keluar jus limau tersebut dan jadikannya sebagai masker. Biarkan di muka selama satu jam.
  9. Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil dua sudu nasi tersebut. Lumurkan pada seluruh muka dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering kemudian barulah dibilas bersih.
  10. Ambil tepung dan sedikit asam jawa yang dicampur bersama air (lebih elok jika dibiarkan pekat). Sapukan pada wajah dan lakukan seperti masker. Biarkan ia kering dan kemudian bilas bersih.
SELAMAT MENCUBA!

With Love,

Dang Jue Nasfah
014-2801508
Sid 931577

Ingin Jana Pendapatan Dengan Shaklee? 
Jom daftar keahlian dan berpeluang mendapat tawaran ohsem!
Nak tahu? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Alternatif Bantuan Perubatan Bagi Melegakan Sakit Bersalin


Setiap proses kelahiran, rasa sakit  ketika kontraksi tidak dapat dielakkan. Bantuan perubatan dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh bakal ibu.

Walaupun kesakitan ini digeruni dan diibaratkan sebagai satu bebanan, tetapi keadaan itu penting kerana setiap tingkat kesakitan itu menunjukkan bahawa masa untuk kelahiran sudah semakin hampir.

Sekiranya anda tidak mampu untuk mengalami kesakitan setiap kontraksi, bolehlah cuba kaedah bantu diri sendiri. Jika anda masih tidak mampu menahan kesakitan, mintalah bantuan kepada doktor. Biasanya, doktor akan memeberi beberapa alternatif.

EPIDURAL

Epidural adalah sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan saraf di bahagian bawah badan berasa kebas seketika. Kaedah ini berkesan untuk melegakan kesakitan terutama bahagian pinggang belakang. 

Cara pengambilannya adalah dengan menyuntik cecair epidural ke pinggang belakang melalui tiup.

Apabila ubat bius ini mulai berkesan, anda tidak akan berasa sakit dan masih sedar sepenuhnya. Namun, bagi sesetengah wanita, mereka akan berasa pening atau sakit kepala dan boleh berlanjutan untuk beberapa jam. Yang penting, ini tidak memberi kesan terhadap bayi yang anda kandungkan.

Pengambilan ubat bius ini perlu dibuar secara berhati-hati. Jangan sampai kelahiran peringkat kedua, kesan bius tadi masih tidak hilang. Akibatnya, anda tidak mampu untuk menolak keluar bayi dan doktor terpaksa membuat episotomi atau kelahiran forsep.

ENTONOKS (GAS DAN UDARA)

Campuran oksigen dan nitrus oksida dapat melegakan rasa sakit walaupun tidak sepenuhnya seperti epidural. Jadi, kesan kesakitan kontraksi masih lagi terasa. Ia sangat berguna untuk kelahiran peringkat pertama. 

Prosedur entonoks ini bermula dengan menyedut gas tersebut melalui topeng yang dipegang dengan tangan. Topeng ini pula disambungkan ke silinder yang mempunyai campuran dua gas tadi.

Gas ini memerlukan masa setengah minit untuk sampai ke kemuncak. Oleh yang demikian, anda perlu menyedut gas ini untuk beberapa ketika sehingga doktor menyuruh berhenti. Tetapi, ada kalanya penggunaan gas ini boleh membuatkan anda berasa ingin pitam. Jika berlaku, cepat-cepat beritahu doktor.

PETIDINA

Ubat ini biasanya diambil seawal kelahiran peringkat pertama. Ia perlu diambil oleh ibu hamil yang tidak dapat mengawal perasaan seperti cemas atau sukar untuk merehatkan diri. Ubat ini akan diberikan melalui suntikan pada punggung atau paha. Petidina ini akan bertindak 20 minit kemudian dan berfungsi sehingga dua atau tiga jam.

Kesan daripada pengambilan ubat ini berbeza bagi setiap wanita. Sesetengah akan berasa tenang, selesa berehat dan sedikit mengantuk tetapi masih dalam keadaan sedar. Sesetengah wanita lain akan mengadu tidak dapat mengawal diri dan rasa mabuk. Badan anda berasa tidak sihat dan tidak mahu bergerak banyak.

Sekiranya ubat ini diberikan hampir kepada kelahiran peringkat kedua, bayi mungkin akan mengalami sesak nafas dan mengantuk. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut tidak mendatangkan masalah kerana kesan tersebut akan hilang setelah beberapa ketika anak dikeluarkan.

TENS

Kaedah ini dapat mengurangkan rasa sakit dan merangsang sistem kelegaan sakit semulajadi badan melalui impuls kecil arus elektrik pada bahagian belakang anda. Cara penggunaan tens ini adalah dengan meletakkan empat pad yang mengandungi rod elektrod pada sepanjang tulang belakang yang menampung perut.

Pad ini disambung oleh wayar ke suatu kawalan yang dipegang dengan tangan. Anda boleh mengawal kekuatan arus elektrik yang disalurkan. Kaedah ini dapat mengurangkan kesakitan untuk sesetengah wanita hamil terutama jika digunakan pada kelahiran tahap pertama. Namun, bagi sesetengah wanita menganggap kaedah ini tidak membantu kerana rasa sakit tetap ada.



~~~ With Love ~~~

Whatsapp : 014 280 1508
Shaklee ID : 931577

Mahu harga AHLI? Jomlah jadi AHLI! Ada offer istimewa tau...KLIK DI SINI


Rabu, 27 Mei 2015

Koleksi Pelbagai Resepi Minuman ESP Powder

KOLEKSI PELBAGAI RESEPI MINUMAN ESP POWDER 
DARI DAPUR BONDA!

One n only....pure original ESP Powder!

 Mighty Set 3 Gem
ESP Powder + Mealshakes + Performance drink

 Esp + Mealshakes + Anlene

 ESP + Mealshakes


 ESP Powder 1.5 scoop
Mealshakes 1 scoop
Kurma 1 biji
Kismis 7 butir
Buah tomato setengah biji

Caranya; 
Blend kesemua bahan di atas dengan air suam dan siap!!!
Tips : Diminum ketika perut kosong atau sebelum sarapan pagi.

 Cubalah! Sedap betul.....hehe

 ESP + Mealshakes + Karot

Request by my kids!

Bahannya :
ESP powder 1 scoop
Mealshakes 1 scoop
Yogurt perisa berry
Karot 
Air sejuk 250ml

Caranya....
1.Blend karot dgn air sejuk then tapiskan. Asingkan hampas karot. Ambil airnya saja.
2.Then, blend kesemua bahan td dgn air karot yg telah ditapis dan siap!!!

Note : Hampas karot td jgn dibuang. Boleh digunakan bersama ESP sbg masker muka.

Selamat mencuba ya! 

Isnin, 25 Mei 2015

Ujian Air Gula dan Prosedur Yang Perlu Ibu Hamil Tahu


Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) atau Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT) adalah ujian air gula yang perlu dijalani oleh ibu hamil bagi memastikan diri tidak menghidap diabetes ketika hamil. 

Bermula pada 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) mewajibkan kepada ibu hamil untuk menjalani ujian MGTT atau MOGTT. Hal ini disebabkan kes diabetes dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia adalah di tahap serius.

Tujuan MGTT atau MOGTT dilakukan adalah untuk mengenalpasti kadar gula atau glukosa dalam tubuh sama ada kurang atau lebih hingga mungkin boleh mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Malah ia juga mungkin boleh menyukarkan proses kelahiran. Selain daripada itu, anda mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut.

Prosedur MGTT/MOGTT
  • Biasanya sebelum ujian dilakukan, pihak klinik akan sediakan borang ujian khas kepada ibu hamil. Ibu hamil juga diminta membawa sebotol air kosong untuk tujuan menyediakan air gula.
  • Ibu hamil yang terlibat untuk berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan. Tempoh puasa berkenaan perlu dimulai dari jam 10 malam. Anda perlu berpuasa penuh tetapi dalam keadaan tertentu, anda hanya boleh meminum air kosong.
  • Sebaik-baiknya, anda perlu datang ke klinik sebelum jam 8 pagi bagi membolehkan anda menjalani ujian darah sebelum mula meminum air gula. Kira-kira 2 hingga 3 ml darah akan diambil untuk diuji kandungan glukosanya.
  • Anda perlu meminum air glukosa yang disediakan oleh pihak klinik. Lazimnya, amaun air gula ini ialah 75mg glukosa di dalam 200ml air kosong.
  • Anda perlu menunggu selama lebih kurang 2 jam tanpa dibenarkan untuk makan dan minum. Jika berasa loya, maka anda perlu berehat atau berbaring.
  • 2 jam selepas anda minum air gula, ujian darah akan dilakukan sekali lagi untuk melihat tahap toleransi anda terhadap gula dan mengetahui kandungan glukosa dalam darah.
  • Secara umumnya, bacaan MGTT/MOGTT yang biasa diambil untuk ibu hamil di Malaysia adalah seperti berikut :
- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : kurang daripada 7.8 mmol/L

Walau bagaimanapun, jika bacaan anda berhampiran (borderline), anda mungkin diminta untuk melakukan ujian sekali lagi. Bagi yang mempunyai bacaan lebih dari 7.8 mmol/L, anda akan diarahkan untuk melakukan ujian blood sugar profile (BSP) pula dan seterusnya mendapat nasihat doktor.

Golongan Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Untuk Menjalani MGTT/MOGTT Pada Awal Usia Kandungan antaranya :-
  1. Wanita yang obes (BMI lebih daripada 30);
  2. Wanita yang pernah hamil anak bersaiz besar ketika dilahirkan (mempunyai berat 4kg);
  3. Wanita yang pernah hamil dan mengalami diabetes mellitus.
  4. Wanita yang mempunyai ibubapa atau saudara terdekat (adik-beradik) yang mengalami diabetes mellitus.
Walau bagaimanapun, ujian ini juga perlu dilakukan jika :-
  1. Ibu hamil yang telah berusia 35 tahun ke atas;
  2. Ibu hamil pernah mengalami glycosuria lebih daripada 2 kali sewaktu hamil
Bila Ujian MGTT/MOGTT Perlu Dilakukan?

Biasanya, ujian MGTT dibuat ke atas ibu hamil opada usia kandungan 28 minggu ke atas. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang ada sejarah keluarga yang menghidap diabetes atau pernah mengalami diabetes dalam kehamilan terdahulu, ujian ini akan dilakukan lebih awal.

Pengalaman Ujian MGTT atau MOGTT Saya

Semasa hamil kelima-lima anak saya sebelum ni (last tahun 2007), saya tak pernah ambil ujian ni pun. Tapi, bila saya hamil anak ke-6 (akhir 2014), maka saya tak terkecuali dari mengambil ujian ini. Tambahan, faktor usia yang sudah menjangkau 35 tahun ketika hamil anak ke-6 ini menjadi salah satu ktiteria utama untuk saya harus ambil ujian berkenaan.

Saya mula mengambil ujian MOGTT pertama ketika usia kandungan saya 18 minggu. Saya lakukan ujian pada sebelah pagi.

Keputusan ujian MOGTT pertama :

- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 4.7 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : 6.0 mmol/L

*Keputusan memang normal, tapi saya kena ambil sekali lagi ujian untuk memastikan benar-benar tiada risiko kencing manis...huhu

1st MOGTT 25.02.2015 - bengkak kesan suntikan jarum..huhu
Seterusnya, ujian kedua MOGTT iaitu ketika usia kandungan 28 minggu juga saya lakukan awal sebelah pagi.

Keputusan ujian MOGTT kedua :

- Fasting Blood Sugar (FBS)
Bacaan daripada sampel darah yang diambil sebelum meminum air gula
~ Normal : 4.1 mmol/L

- 2 jam selepas ujian
Bacaan daripada sampel darah selepas 2 jam ibu hamil minum air gula
~ Normal : 5.9 mmol/L

2nd MOGTT 6.5.2015 - ok dah......hehe

Ok, pihak klinik puashati! haha...syukur alhamdulillah.

Sumber : Pa&Ma


TAWARAN OHSEM BULAN JUN!! 
INGIN TAHU?? >>>> KLIK DI SINI

Ahad, 24 Mei 2015

Tips Membantu Mengatasi Masalah Kekejangan Kaki Ketika Hamil


Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium? Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini? 

Teruskan pembacaan ya.....

Peranan Suplemen Kalsium Sedikit Membantu

Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini mengakibatkan darah sukar untuk mengalir ke atas ( dari kaki ke jantung ).

Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.

Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu. 

Tips Membantu Mengatasi Masalah Kekejangan Kaki

Apapun, anda boleh cuba apply tips-tips ini yang mungkin boleh membantu anda mengurangkan atau mengatasi masalah kekejangan kaki :-
  1. Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau jogging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
  2. Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
  3. Memakai stokin khas (pressure graded stockings)
  4. Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
  5. Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.
Walau bagaimanapun, suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Apabila si ibu mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan 'mencuri' kalsium daripadanya. Ini juga menyebabkan tulang si ibu mengalami kehausan kalsium.

Si ibu perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan menyusukan anak kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.

Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 - 2000mg kalsium sehari. Tetapi, jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.


Sumber : Pa&Ma

Sabtu, 23 Mei 2015

Ketahui Komplikasi Systemic Lupus Erythematosus (SLE) Sebelum Merancang Kehamilan

Komplikasi biasa  berkaitan dengan kehamilan bukan SLE
Naluri seorang wanita pastinya inginkan cahayamata sebagai pelengkap kehidupan. Namun, sebagai penghidap penyakit kronik seperti SLE adakalanya membuatkan pesakit tertekan dan berfikir beribu kali untuk menjalani kehidupan normal iaitu berkahwin dan mempunyai zuriat kerana takut risiko yang bakal dihidapi.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE yang juga disebut lupus merupakan sebahagian daripada gangguan sistem imunisasi tubuh yang juga dipanggil penyakit autoimun. Puncanya tidak diketahui dan penawarnya juga belum diketahui. Tubuh pesakit akan menghasilkan banyak protein darah iaitu antibodi. Dalam keadaan biasa, antibodi melindungi badan daripada jangkitan dan menyerang bendasing seoerti bakteria yang masuk ke badan.

Namun bagi pesakit SLE, antibodi bukan sahaja melindungi badan daripada bendasing, tetapio turut menyerang tisu badan pesakit sehingga boleh menyebabkan radang dan kerosakkan organ.

Antibodi turut menyerang organ, kulitm, jantung, buah pinggang, paru-paru, sendi, salur darah dan otak.

Jika sebelum tahun 1990, peskait dinasihatkan tidak hamil namun kini seiring perkembangan yang pantas dalam bidang teknologi dan perubatan, peluang untuk hakil dan melahirkan zuriat yang sihat jauh lebih cerah! Dan peluang ini tidak harus dilepaskan oleh para penghidap SLE.

KESUBURAN = INDIVIDU NORMAL

Menurut Dr. Wai Kok Yau, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (Pakar Kesuburan) Pusat Perubatan Tropicana, sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnya walaupun sesetengah ubat boleh menjejaskan kitaran haid.

Tambahnya, paling penting setiap pesakit wajib merancang kehamilan dan mereka mestilah tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan sebelum hamil.

Walaupun kehamilan penghidap SLE dianggap berisiko tinggi, kebanyakkan wanita dapat menjalani kehamilan dengan selamat. Kehamilan yang tidak dirancang pula boleh menyebabkan keguguran jika penyakit lupus dalam peringkat aktif.

Paling penting pesakit SLE yang hamil mesti di bawah jagaan doktor semasa kehamilannya kerana penyakit ini cenderung 40 hingga 60 peratus lebih aktif semasa tempoh ini.

Keadaan ini berlaku terutamanya pada trimester kedua dan ketiga dan yang paling kerap, selepas kelahiran bayi. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa kehamilan iaitu pertambahan estrogen.

Walaupun steroid diberikan, ini tidak menjamin penyakit tidak akan menjadi aktif ketika hamil. Para penghidap SLE juga tidak semestinya perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kerana mereka juga berpeluang untuk menjalani kelahiran normal sama seperti individu yang sihat sekiranya keadaan kesihatan mereka berada pada tahap optimum.

SLE DAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Sekiranya buah pinggang mereka berada dalam keadaan stabil, kehamilan tidak akan membahayakan fungsi buah pinggang. Harus diingat, gangguan buah pinggang juga boleh berlaku buat pertama kalinya semasa kehamilan.

HENTIKAN KEHAMILAN?

Sebelum keputusan dibuat, para doktor akan mengambilkira beberapa faktor antaranya :-
  • Adakah kesihatan ibu bekemungkinan menjadi bertambah buruk jika kehamilan diteruskan?
  • Adakah bayi berkemungkinan membesar dengan lebih baik jika dilahirkan segera berbanding berada di dalam kandungan dan menunggu tempoh matang?
  • Komplikasi ibu biasanya lebih diambilkira berkaitan dengan kehamilan dan bukannya pesakit SLE.

PENJAGAAN DALAM PANTANG

Pesakit dinasihatkan mengambil ubat steroid dua atau tiga bulan selepas bersalin jika pesakit SLE aktif sepanjang kehamilan.

PENYUSUAN BAYI

Pesakit SLE boleh dan digalakkan menyusukan bayi mereka. Hanya sedikit steroid yang mengalir ke dalam susu ibu, terutama sekali apabila pesakit mengambil prednisolone pada dos yang rendah.

RISIKO TERHADAP BAYI

Kajian menunjukkan risiko anak yang dilahirkan menghidap SLE juga amat rendah. Lupus neonatal adalah gangguan yang berlaku pada bayi yang baru lahir di mana auto-antibodi di dalam darah ibu (yang dipanggil anti-Ro dan anti-La) berkemungkinan menyebabkan ruam kulit dan merosakkan tisu konduksi jantung janin. 

Biasanya terdapat ruam kulit di antara bulan pertama hingga ketiga selepas kelahiran dan ia akan hilang dalam tempoh enam bulan tanpa rawatan.

FAKTA SLE DAN KEHAMILAN
  • Wanita hamil yang menghidap SLE, terutamanya mereka yang mengambil kortikosteroid berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, kencing manis serta komplikasi buah pinggang.
  • Individu yang menghidap SLE berisiko mempunyai kadar keguguran serta kelahiran pramatang berbanding individu normal.
  • Individu yang mempunyai antibodi antifosfolipid mempunyai risiko keguguran yang lebih semasa trimester kedua disebabkan pembekuan darah yang lebih tinggi dalam uri.
  • Pesakit SLE yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami pra-ekslampsia (tekanan darah tinggi akibat pertambahan cecair berlebihan dalam sel-sel tisu dalam badan).

Sumber : iSIHAT

Rabu, 20 Mei 2015

Ketahui Masalah Berkaitan Air Ketuban Yang Si Ibu Perlu Tahu

Sepanjang kehamilan, kuantiti air ketuban akan meningkat. Apabila usia mencecah 34 minggu, dianggarkan bahawa air ketuban mencapai 800 ml. Kemudian, jumlahnya semakin berkurangan minggu berikutnya. Apabila usia kehamilan memasuki 40 minggu, kuantiti air ketuban menurun kepada 600 ml.

Air ketuban ini kebanyakkannya dari air kencing bayi itu sendiri. Air ini kemudian diminum atau ditelan oleh bayi. Air kencing yang ada dalam perut bayi itu tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang. Seterusnya, mengalir masuk ke pundi kencing sebelum keluar sebagai air kencing.



MASALAH BERKAITAN AIR KETUBAN

A. Polyhydramnios

Adalah masalah air ketuban yang berlebihan. Antara penyebabnya adalah :
  • Kandungan kembar dua, tiga atau seterusnya.
  • Bayi atau uri yang lebih besar, lebih-lebih lagi jika ibu menghadapi kencing manis.
  • Bayi yang dikandungi mengalami masalah :
  • - Spina Bifida
  • - Anencephaly (dilahirkan tanpa tempurung kepala)
  • - Esophagel atresia (bayi tidak boleh menelan masuk air ketuban)
  • - Achondroplasia (Bayi kerdil)
Ibu hamil yang mengalami masalah-masalah ini akan merasa kurang selesa kerana kandungan besar dan berat. Ibu sukar bernafas. Bayi pula boleh lahir sebagai bayi pra-matang.

B. Oligohydramnios

Adalah keadaan yakni air ketuban didapati kurang daripada jumlah yang sepatutnya. Kemungkinan berlaku sekiranya :-
  • Selaput ketuban pecah dan air keluar walaupun belum ada tanda-tanda untuk bersalin.
  • Bayi mengalami masalah tumbesaran atau intra-uterine growth restriction.
  • Bayi mengalami masalah buah pinggang (renal agnesis).
  • Kandungan berada di luar rahim atau abdominal pregnancy.

AIR KETUBAN PECAH? 


Pecahnya air ketuban berlaku pada tahap pertama daripada tiga tahap bersalin. Ketika ini, pintu rahim sedang membuka. Bayi terdorong ke lubang rongga pinggul, memberi tekanan pada pundi kencing dan saluran buang air besar. Ketika serviks tertarikh sepenuhnya, ada satu dorongan besar menolak.

Air ketuban akan pecah pada saat ini. Serviks terbuka selebar 10 cm dalam diameter pada bukaan penuh. Ketika serviks memendek dan meregang, jalan lahir melengkung dengan vagina terbentuk untuk memudahkan bayi keluar.


~~~ With Love ~~~

Whatsapp : 014 280 1508
Shaklee ID : 931577

Mahu harga AHLI? Jomlah jadi AHLI! Ada offer istimewa tau...KLIK DI SINI

Atasi Masalah Bengkak Susu

Bercerita tentang laktasi, pasti kita tidak dapat mengelak daripada berbicara tentang payudara. Menyusukan bayi dengan susu ibu memang satu pengalaman yang indah. Tetapi, ada kalanya ia merupakan dilema dan pengalaman buruk bagi ibu, terutama bila berhadapan dengan masalah bengkak susu.



Payudara Bengkak
Payudara bengkak adalah perkara semulajadi kerana banyak susu dihasilkan pada minggu pertama kelahiran. Bagaimanapun, pembengkakan atau engorgement boleh membawa kepada masalah kesihatan dan perlu dirawat.

Mengapa pembengkakan susu berlaku?

1. Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli atau tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. 

2. Menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. 

3. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastisis.

Tanda-Tanda Mastisis
  • Tanda merah pada payudara biasa dalam bentuk tiga segi
  • Payudara rasa bengkak
  • Simptom selesma seperti demam, sakit, tegang, letih dan mudah terasa (emosi)
Kedudukan bayi menyusu
Untuk membolehkan bayi menyusu dengan selesa, kedudukannya perlu betul dan puting payudara menonjol bagi membolehkan bayi menghisap dengan betul dan mudah.

Bagaimanapun,  semasa pembengkakan berlaku, puting tidak dapat menonjol dengan betul menyebabkan penyusuan sukar. Percubaan untuk menghisap payudara yang sedang bengkak adalah ibarat menghisap seketul batu! Pembengkakan sebenarnya ada dua tahap iaitu biasa atau normal dan luarbiasa.

Pembengkakan Biasa atau Normal
Tidak mengganggu proses penyusuan kerana tisu-tisu payudara masih mudah ditekan oleh mulut bayi. Umumnya, masalah ini akan berlaku pada hari kedua iaitu sama ada anak tidak menghisap dengan sempurna atau saluran tersumbat.

Pembengkakan Luarbiasa
Akan menimbulkan rasa sakit dan payudara menjadi merah hingga menyebabkan susu badan ibu meningkat.

Perbezaan Di Antara Bengkak Biasa Dengan Pembengkakan Payudara :

Bengkak Biasa :
Hari : Hari ke-2 hingga 4
Bahagian : Kedua-dua belah payudara
Bengkak : Seluruh payudara
Bahang : Kadangkala panas
Sakit : Jarang
Rasa : Lembut
Sakit bila disentuh :Tiada
Suhu : Kurang 38 darjah/celsius
Keadaan Ibu : Sihat

Pembengkakan :
Hari : Hari ke-2 hingga 3
Bahagian : Kedua-dua belah / sebelah 
Bengkak : Seluruh payudara
Bahang : Sentiasa panas
Sakit : Kerap
Rasa : Keras
Sakit bila disentuh :Rasa Sakit
Suhu : Lebih 38 darjah/celsius
Keadaan Ibu : Tidak sihat

Mengatasi Masalah Pembengkakan

1. Perkara paling utama ialah kedudukan dan pelekapan bayi perlu diperiksa dan diteliti. Kadangkala, oleh sebab kedudukan dan pelekapan bayi tidak betul boleh menyebabkan bayi tidak dapat mengosongkan payudara secukupnya yang akan menyebabkan pengumpulan susu. Bagaimanapun, ia akan berulang selepas 12 hingga 48 jam.

2. Ketika pembengkakan, bayi sukar melekap secara optimum. Ibu sebaiknya perlu mengeluarkan susu untuk melembutkan areola dan payudara supaya bayi boleh menghisap dengan mudah. Perah susu anda sebanyak mingkin atau selang-selikan dengan waktu memerah dengan waktu menyusukan anak untuk keselesaan.

3. Penggunaan baha haba sebelum menyusukan dapat membantu susu mengalir dengan lebih baik. Mandi dengan air suam atau balutan tuala suam dan berhaba.

4. Urutan lembut pada payudara turut membantu pengaliran susu dengan lebih lancar.

5. Bungkusan ais ketul dan daun kubis pun boleh mengurangkan rasa sakit. Selain itu, boleh gunakan beg sayuran beku atau lampin pakai buang yang dilembapkan dan dibekukan selama 20 minit turut berkesan. Rawatan bahan-bahan sejuk ini boleh dilakukan selama 15 ke 20 minit selepas anda menyusukan bayi.

6. Pengambilan suplemen atau vitamin semulajadi seperti Lecithin Shaklee, yang membantu mengatasi masalah "clogged duct" atau saluran airsusu tersumbat yang menyebabkan susu bengkak. 




~~~ With Love ~~~

Whatsapp : 014 280 1508
Shaklee ID : 931577

Mahu harga AHLI? Jomlah jadi AHLI! Ada offer istimewa tau...KLIK DI SINI

Sabtu, 16 Mei 2015

Tips Untuk Menambah Airsusu Badan Secara Sihat & Semulajadi


Tahukan anda, tiada istilah airsusu tiada atau susu kurang. Sebaliknya, kita yang tidak memenuhkan ilmu di dada tentang ilmu penyusuan. Menyusu bayi nampak mudah, namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan di samping amalan kerohanian.

Bagi menjayakan program penyusuan bayi secara eksklusif sehingga 2 tahun, di sini saya kongsikan beberapa tips dan panduan berguna yang boleh membantu untuk menambah airsusu badan.


1. Pengambilan makanan Penggalak Airsusu atau milkbooster

Pengambilan makanan penggalak airsusu juga boleh membantu untuk menambah airsusu. Antaranya seperti :-
  • Lobak putih 
    • Sesuai dimasak sup 

  • Buah longan kering
    • Rebus buah longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Untuk rasa lebih sedap, tambahkan sedikit gula merah.
  • Kurma
    • Makanan sunnah yang punya banyak khasiat.
  • Pucuk kepayas muda (betik muda)
    • Saya suka pucuk kepayas atau betik muda ni dimasak tumis dengan bunganya sekali atau dijadikan ulam.
  • Halba
    • Rendam sedikit bersama air suam atau dicampur dalam masakan
  • Jintan hitam (habbatussauda)
    • Jintan hitam adalah salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW. terdapat dalam bentuk kapsul yang mudah untuk dimakan.

  • Pokok kelor (sayur kelor)
    • Sedap dimasak gulai lemak
  • Jantung pisang
    • Boleh dimakan sebagai ulam atau dimasak lemak
  • Daun cekur manis/pucuk manis
    • Saya suka sayur cekur manis ni, sedap didadar bersama telur atau tumis udang kering atau masak lemak.
  • Makanan berasaskan kacang soya atau tempe atau tauhu
  • Air masak secukupnya
    • Cukupkan keperluan air masak sehari untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Makanan seimbang
    • Amalkan pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat setiap hari. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan pedas.

2. Psikologi

  • Dari segi psikologi pula, para ibu digalakkan berfikiran positif dan yakin bahawa airsusu saya cukup untuk bayi saya! Jangan mudah down atau lemah semangat! Elakkan tekanan ataupun stress kerana ini boleh mempengaruhi pengeluaran airsusu.
  • Rajin mengepam 
    • Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep "demand & supply".  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
  • Doa, zikir & amalan rohani.
    • Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat. Di samping amalan zikir seperti zikir Ya Maatin, selawat atau sebagainya. Apabila jiwa kita tenang, tidak stress dan ditambah dengan amalan pemakanan yang baik, inssyaAllah akan menjadi lebih mudah.

3. Pengambilan makanan tambahan atau suplemen

Pengambilan makanan tambahan atau suplemen juga amat digalakkan lebih-lebih lagi dalam zaman serba moden dan canggih ini, adakalanya amat sukar untuk mendapatkan bahan-bahan semulajadi terutama sekali bagi yang tinggal di kawasan bandar. Justeru, pengambilan makanan tambahan atau suplemen boleh diambil sebagai alternatif yang membantu menambah airsusu. Bukan itu sahaja, makanan tambahan atau suplemen juga mampu membantu para ibu supaya kekal bertenaga, cergas, penghasilan airsusu lebih produktif, berkhasiat dan melancarkan penyusuan.

Terdapat pelbagai produk penyusuan di pasaran, namun saya mensyorkan pilihlah produk yang diyakini selamat, berkesan dan semulajadi. 

Jadi, saya syorkan Set Penyusuan Premium.
  • Set Penyusuan Premium membantu ibu-ibu menyusui bayi secara eksklusif sehingga 2 tahun. Pengambilan vitamin tambahan membantu bukan sahaja untuk ibu, malahan untuk bayi anda mendapat bekalan susu yang lebih berkualiti dan kaya dengan zat diperlukan. 
  • Set ini berharga RM552.25 terdiri daripada :-
ESP Powder 850gm /RM150 - untuk 1 - 2 bulan
Alfalfa Complex (S) 330 biji /RM53.75 - untuk sebulan lebih
Lecithin 180 caps /RM52.50 - untuk sebulan
B-Complex 120 biji /RM53.75 - untuk 4 bulan
Vita-lea Iron Formula 120 biji /RM88.75 - untuk 4 bulan
Vita-C Sustained Released 180 biji /RM92.50 - untuk 6 bulan
Ostematrix 120 caps /RM61.00 - untuk sebulan



Kelebihan Set Penyusuan Premium 

1. ESP Powder
  • Membekal tenaga kepada si ibu agar lebih cergas walaupun ketika berpantang dan menyusukan bayi
  • Memekatkan airsusu - memberikan lebih rasa kenyang kepada si bayi
  • Mencantik, menganjal dan mencerah-sekatakan kulit
  • Memberi rasa kenyang yang lama dan extra nutrien untuk si bayi 
2. Alfalfa Complex
  • Milkbooster - penggalak airsusu 
  • Membantu melegakan sakit-sakit sendi dan belakang akibat posisi badan ketika menyusukan bayi
  • Alfalfa Complex adalah kacip fatima moden yang membantu merawat dalaman si ibu terutama mengetatkan "miss v"
  • Menganjalkan payudara
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membuang angin dalam badan
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberi kelegaan semasa haid
  • Mencegah/merawat keputihan
3. Vita-C Sustained Released
  • Membantu menguatkan sistem imun seterusnya menghindari daripada mudah mendapat alahan atau penyakit seperti selesma, batuk, demam dsb.
  • Membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
  • Terdapat satu kajian mendapati ibu menyusui bayi yang mengambil vitamin c secara langsung membantu melindungi si bayi daripada kekurangan vitamin c.
  • Mencantikkan kulit, membersihkan cela dan parut.
4. B-Complex
  • Sebagai agen penenang urat saraf yang bagus untuk mengelakkan ketegangan leher yang menyebabkan sakit kepala, migrain.
  • Mengawal stress
  • Membekal tenaga
5. Vita-Lea Iron Formula
  • Sumber multivitamin dan multimineral lengkap untuk tubuh
  • Memberi tenaga dan kecergasan
  • Mengelakkan anemia atau gejala kurang darah
6. Ostematrix
  • Sumber kalsium, magnesium dan mangan bagus untuk tulang
  • Melancarkan pembuangan air besar (akibat sembelit)
  • Membantu untuk tidur lebih lena dan tenang (elak insomnia)
  • Mengelakkan sakit sendi dan tulang belakang akibat penyusuan
7. Lecithin
  • Membantu mengatasi "clogged duct" atau saluran airsusu tersumbat yang mana menyebabkan punca bengkak susu
  • Membantu memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian yang halus dan mudah untuk emulsi - bantu turunkan berat badan
  • Ibu yang mengambil Lecithin semasa menyusui bayi akan mengalirkan choline yang sangat baik untuk otak kepada bayi yang menyusu.

Berikut antara testimoni pengguna untuk panduan mommies.

#Testimoni 1
 #Testimoni 2
Alhamdulillah byk rezeki aisy. Sebelum ni, dpt 2oz je skali pam. Lepas seminggu mkn shaklee alfalfa, dpt 7oz. Thank u Latifah Abdul Wahab. Sy sgt berpuas hati. Kpd yg kurang susu bdn, boleh cuba shaklee alfafa. Xkan menyesal lah. Trust me.

 #Testimoni 3

Kepada para ibu yang mahu memberikan bayi penyusuan eksklusif sehingga 2 tahun, Set Penyusuan Premium ini adalah pilihan terbaik dan tepat! 

Set ini berharga RM552.25. TETAPI tunggu dulu, jika anda daftar ahli sebanyak RM69 sahaja seumur hidup, ibu akan automatik terus layak mendapat harga ahli yang lebih rendah dan paling best.....ibu juga mendapat sebotol multivitamin Vitalea Iron Formula (120 biji) yang bernilai RM88.75 dengan PERCUMA saja!

Selain daripada itu, anda juga bakal dapat....
  • Bonus cash yang confirm dapat pada 15hb bulan berikutnya.
  • Berpeluang menjana unlimited passive income dengan menyertai program Y.E.S - Young Entreprenuer System.
Lagi.......
  • Berpeluang menyertai bengkel nutrisi, mempelajari teknik marketing, dsb.
  • Berpeluang menikmati 3C - Cash, Car & Convenstion seperti pakej Umrah, melancong, dsb.
  • Dan banyakkk lagi......
So, para ibu jangan lepaskan peluang ni keh! Boleh hubungi saya Dang Jue 010-8176797 untuk lebih lanjut. Sementara itu, jom saksikan rakaman vimeo ini, semoga bermanfaat.



With Love,

Dang Jue Nasfah
010-8176797 atau 014-2801508
Sid 931577

Ingin Jana Pendapatan Dengan Shaklee? 
Jom daftar keahlian dan berpeluang mendapat tawaran ohsem!
Nak tahu? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini