Sabtu, 30 Mei 2015

30 Tips & Petua Asli Untuk Penyelesaian Masalah Kecantikkan Wanita


Kecantikkan dan wanita umpama satu ikatan yang tidak dapat diuraikan. Untuk tampil cantik, kamu pasti tidak lokek berbelanja membeli produk kosmetik, bukan? Jangan boros berbelanja, kami ada cara agar kamu tampil penuh berkeyakinan. Hanya yang asli dan semulajadi, sudah tentunya murah dan mudah diperolehi!

TIPS & PETUA HAPUSKAN JERAWAT!
  1. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk hapuskan jerawat. Caranya, sapukan campuran tadi pada wajah sebelum tidur. Jadikan seperti masker dan bersihkannya dengan air biasa.
  2. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian, sapukannya pada jerawat.
  3. Sapukan kulit pisang pada bekas jerawat. Lakukannya setiap hari sehingga parut itu hilang. Cubalah!
  4. Simpan air basuhan beras yang pertama dan letakkan di dalam mangkuk. Ambil pati air basuhan beras tadi dan sapukan pada muka.
  5. Ambil asam jawa mengikut kuantiti yang kamu rasakan perlu, panaskannya dan gaulkan selama dua minit. Campurkan bersama tepung ubi (ikut sukatan yang sama seperti asam jawa). Kemudian, gaulkan sehingga sebati dan sapukan pada wajah.
  6. Ambil susu tepung (ikut sukatan yang kamu rasakan perlu), perahan air limau purut dan campurkan dengan sedikit madu. Gaulkan sebati dan sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering dan bersihkan.A
  7. Ambil pucuk asam jawa dan tumbuk sehingga lumat. Goreng sedikit beras sehingga garing lalu tumbuk sehingga lumat dan campurkan bersama pucuk asam jawa yang telah ditumbuk. Sapukan pada muka.
  8. Hilangkan parut jerawat dengan parutan ubi kentang. Tampal pada jerawat dan bersihkan dengan air.
  9. Parut lobak merah lalu campurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sehingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Lakukan sekali seminggu.
  10. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (yang masih hijau). Didihkannya dan biarkan ia suam, kemudian lekatkan pada kulit yang berjerawat.

TIPS & PETUA MERAWAT RAMBUT
  1. Lembutkan rambutmu dengan secekak kangkung yang dibasuh bersih. Masukkan enam sudu air suam dan gaulkan bersama kangkung sehingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir pada seluruh rambut dan biarkan. Bilas dengan air bersih.
  2. Ingin lembutkan rambut? Resepinya, kisar lima biji limau nipis bersama kulitnya sehingga halus. Tapis dan sapukan airnya pada kepala ketika mandi lalu diperap seketika. Sesudah itu bilas bersih dengan air.
  3. Rambut gugur? Nah, atasi keguguran rambut dengan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh sehingga bersih dan kisar sampai lumat. Perap ramuan di atas kepala selama dua jam dan bersihkan dengan air.
  4. Lemak ayam juga berguna! Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukannya ke kulit kepala pada waktu malam untuk elakkan rambut gugur.
  5. Rambut yang mudah gugur boleh diatasi dengan kacang hijau. Rendamkan semalaman lalu tapis dan gunakan airnya untuk disapu pada kulit kepala. Amalkan selalu.
  6. Jika ingin luruskan rambut, cuba petua ini. Perah sebiji kelapa dan ambil patinya lalu dicampurkan dengan air limau nipis. Simpan pati ini di dalam peti sejuk sehingga menjadi krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada rambut.
  7. Air nenas juga boleh membantu jika kamu inginkan rambut yang lurus. Caranya, peram air nenas semalaman lalu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas bersih dengan air.
  8. Kuatkan akar rambut dengan petua ini. Parut lobak merah dan ambil perahan airnya yang akan digunakan untuk menyejukkan kulit kepala. Basahkan kepala dengan air lobak merah lalu urut perlahan-lahan.
  9. Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam pada suhu 60 darjah celcius. KAcau dan perahkan air limau nipis. KAcau lagi dan simpan dalam peti sejuk selama 6 jam. Apabila pekat, bolehlah dilumurkan pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas bersih dengan air biasa.
  10. Untuk lembutkan rambut pula, bolehlah kamu cuba petua ini. Ambil segenggam daun inai, kisar sehingga hancur atau masak sehingga panas sebentar. Sejukkan, kemudian sapulah pada rambut.

TIPS & PETUA MANJAKAN KULIT WAJAH
  1. Kisar tomato sehingga halus dan lumurkan pada muka seketika. Selepas itu, bersihkan muka dengan air suam. Senang, kan?
  2. Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga menjadi larutan pekat. Pupurkan pada muka dan biarkan ia keering selama 15 minit.
  3. Didihkan susu segar bersama air. Biarkan ia sejuk lalu sapukan pada muka. Selepas kering, bersihkan pula dengan air biasa.
  4. Sapukan putih telur pada wajah dan biar selama 10 minit. Cuci dengan air bersih dan lakukan seminggu sekali. Pasti kulit wajahmu cantik berseri. Cubalah!
  5. Jika tidak pun, cuba petua ini. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis. Basuh sekali lagi dan lap menggunakan tuala yang bersih. Lakukannya setiap hari selepas mandi. InsshaAllah, kulit muka akan menjadi lembut dan licin.
  6. Ambil air perahan mentimun yang diparut dan gunakannya untuk mencuci muka pada waktu siang. Untuk lebih berkesan, tampalkan hampas parutan mentimun pada muka. Lakukan setiap hari sehingga kulit menjadi halus dan licin.
  7. Segarkan kulit muka dengan jus epal. Mudah saja. Sapukan jus epal selama 10 minit ke muka, kemudian cuci sehingga bersih.
  8. Boleh juga menggunakan limau nipis dengan memerah keluar jus limau tersebut dan jadikannya sebagai masker. Biarkan di muka selama satu jam.
  9. Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil dua sudu nasi tersebut. Lumurkan pada seluruh muka dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering kemudian barulah dibilas bersih.
  10. Ambil tepung dan sedikit asam jawa yang dicampur bersama air (lebih elok jika dibiarkan pekat). Sapukan pada wajah dan lakukan seperti masker. Biarkan ia kering dan kemudian bilas bersih.
SELAMAT MENCUBA!

With Love,

Dang Jue Nasfah
014-2801508
Sid 931577

Ingin Jana Pendapatan Dengan Shaklee? 
Jom daftar keahlian dan berpeluang mendapat tawaran ohsem!
Nak tahu? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan