Setiap proses kelahiran, rasa sakit ketika kontraksi tidak dapat dielakkan. Bantuan perubatan dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh bakal ibu.
Walaupun kesakitan ini digeruni dan diibaratkan sebagai satu bebanan, tetapi keadaan itu penting kerana setiap tingkat kesakitan itu menunjukkan bahawa masa untuk kelahiran sudah semakin hampir.
Sekiranya anda tidak mampu untuk mengalami kesakitan setiap kontraksi, bolehlah cuba kaedah bantu diri sendiri. Jika anda masih tidak mampu menahan kesakitan, mintalah bantuan kepada doktor. Biasanya, doktor akan memeberi beberapa alternatif.
EPIDURAL
Epidural adalah sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan saraf di bahagian bawah badan berasa kebas seketika. Kaedah ini berkesan untuk melegakan kesakitan terutama bahagian pinggang belakang.
Cara pengambilannya adalah dengan menyuntik cecair epidural ke pinggang belakang melalui tiup.
Apabila ubat bius ini mulai berkesan, anda tidak akan berasa sakit dan masih sedar sepenuhnya. Namun, bagi sesetengah wanita, mereka akan berasa pening atau sakit kepala dan boleh berlanjutan untuk beberapa jam. Yang penting, ini tidak memberi kesan terhadap bayi yang anda kandungkan.
Pengambilan ubat bius ini perlu dibuar secara berhati-hati. Jangan sampai kelahiran peringkat kedua, kesan bius tadi masih tidak hilang. Akibatnya, anda tidak mampu untuk menolak keluar bayi dan doktor terpaksa membuat episotomi atau kelahiran forsep.
ENTONOKS (GAS DAN UDARA)
Campuran oksigen dan nitrus oksida dapat melegakan rasa sakit walaupun tidak sepenuhnya seperti epidural. Jadi, kesan kesakitan kontraksi masih lagi terasa. Ia sangat berguna untuk kelahiran peringkat pertama.
Prosedur entonoks ini bermula dengan menyedut gas tersebut melalui topeng yang dipegang dengan tangan. Topeng ini pula disambungkan ke silinder yang mempunyai campuran dua gas tadi.
Gas ini memerlukan masa setengah minit untuk sampai ke kemuncak. Oleh yang demikian, anda perlu menyedut gas ini untuk beberapa ketika sehingga doktor menyuruh berhenti. Tetapi, ada kalanya penggunaan gas ini boleh membuatkan anda berasa ingin pitam. Jika berlaku, cepat-cepat beritahu doktor.
PETIDINA
Ubat ini biasanya diambil seawal kelahiran peringkat pertama. Ia perlu diambil oleh ibu hamil yang tidak dapat mengawal perasaan seperti cemas atau sukar untuk merehatkan diri. Ubat ini akan diberikan melalui suntikan pada punggung atau paha. Petidina ini akan bertindak 20 minit kemudian dan berfungsi sehingga dua atau tiga jam.
Kesan daripada pengambilan ubat ini berbeza bagi setiap wanita. Sesetengah akan berasa tenang, selesa berehat dan sedikit mengantuk tetapi masih dalam keadaan sedar. Sesetengah wanita lain akan mengadu tidak dapat mengawal diri dan rasa mabuk. Badan anda berasa tidak sihat dan tidak mahu bergerak banyak.
Sekiranya ubat ini diberikan hampir kepada kelahiran peringkat kedua, bayi mungkin akan mengalami sesak nafas dan mengantuk. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut tidak mendatangkan masalah kerana kesan tersebut akan hilang setelah beberapa ketika anak dikeluarkan.
TENS
Kaedah ini dapat mengurangkan rasa sakit dan merangsang sistem kelegaan sakit semulajadi badan melalui impuls kecil arus elektrik pada bahagian belakang anda. Cara penggunaan tens ini adalah dengan meletakkan empat pad yang mengandungi rod elektrod pada sepanjang tulang belakang yang menampung perut.
Pad ini disambung oleh wayar ke suatu kawalan yang dipegang dengan tangan. Anda boleh mengawal kekuatan arus elektrik yang disalurkan. Kaedah ini dapat mengurangkan kesakitan untuk sesetengah wanita hamil terutama jika digunakan pada kelahiran tahap pertama. Namun, bagi sesetengah wanita menganggap kaedah ini tidak membantu kerana rasa sakit tetap ada.
~~~ With Love ~~~
FB : Dang Jue Nasfah
Whatsapp : 014 280 1508
Shaklee ID : 931577
Shaklee ID : 931577
Mahu harga AHLI? Jomlah jadi AHLI! Ada offer istimewa tau...KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan