Sepanjang kehamilan, kuantiti air ketuban akan meningkat. Apabila usia mencecah 34 minggu, dianggarkan bahawa air ketuban mencapai 800 ml. Kemudian, jumlahnya semakin berkurangan minggu berikutnya. Apabila usia kehamilan memasuki 40 minggu, kuantiti air ketuban menurun kepada 600 ml.
Air ketuban ini kebanyakkannya dari air kencing bayi itu sendiri. Air ini kemudian diminum atau ditelan oleh bayi. Air kencing yang ada dalam perut bayi itu tadi masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang. Seterusnya, mengalir masuk ke pundi kencing sebelum keluar sebagai air kencing.
MASALAH BERKAITAN AIR KETUBAN
A. Polyhydramnios
Adalah masalah air ketuban yang berlebihan. Antara penyebabnya adalah :
- Kandungan kembar dua, tiga atau seterusnya.
- Bayi atau uri yang lebih besar, lebih-lebih lagi jika ibu menghadapi kencing manis.
- Bayi yang dikandungi mengalami masalah :
- - Spina Bifida
- - Anencephaly (dilahirkan tanpa tempurung kepala)
- - Esophagel atresia (bayi tidak boleh menelan masuk air ketuban)
- - Achondroplasia (Bayi kerdil)
Ibu hamil yang mengalami masalah-masalah ini akan merasa kurang selesa kerana kandungan besar dan berat. Ibu sukar bernafas. Bayi pula boleh lahir sebagai bayi pra-matang.
B. Oligohydramnios
Adalah keadaan yakni air ketuban didapati kurang daripada jumlah yang sepatutnya. Kemungkinan berlaku sekiranya :-
- Selaput ketuban pecah dan air keluar walaupun belum ada tanda-tanda untuk bersalin.
- Bayi mengalami masalah tumbesaran atau intra-uterine growth restriction.
- Bayi mengalami masalah buah pinggang (renal agnesis).
- Kandungan berada di luar rahim atau abdominal pregnancy.
AIR KETUBAN PECAH?
Pecahnya air ketuban berlaku pada tahap pertama daripada tiga tahap bersalin. Ketika ini, pintu rahim sedang membuka. Bayi terdorong ke lubang rongga pinggul, memberi tekanan pada pundi kencing dan saluran buang air besar. Ketika serviks tertarikh sepenuhnya, ada satu dorongan besar menolak.
Air ketuban akan pecah pada saat ini. Serviks terbuka selebar 10 cm dalam diameter pada bukaan penuh. Ketika serviks memendek dan meregang, jalan lahir melengkung dengan vagina terbentuk untuk memudahkan bayi keluar.
~~~ With Love ~~~
FB : Dang Jue Nasfah
Whatsapp : 014 280 1508
Shaklee ID : 931577
Shaklee ID : 931577
Mahu harga AHLI? Jomlah jadi AHLI! Ada offer istimewa tau...KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan