Sabtu, 16 Mei 2015

Kisah Pengalaman Penyusuan Di Masa Lalu

Pengalaman Penyusuan Masa Lalu 

Cerita serba sedikit pasal pengalaman penyusuan saya di masa lalu... 
Saya melahirkan anak yang pertama (lahir tahun 2000 secara pembedahan Caesarean), manakala anak kedua, ketiga, keempat dan kelima yang lahir normal berturut-turut tiap tahun dari 2004 hingga 2007. Sebelum ni, saya tak begitu menitikberatkan penyusuan eksklusif ni. Maklumlah, saya bekerja dan ketika itu kurang ilmu. Ilmu yang sedikit hanya diperolehi daripada cerita-cerita nurse yang merawat di hospital dan klinik. Seingat saya, paling lama saya menyusukan bayi ialah sehingga 6 bulan. Kerana bekerja dan cuti bersalin kerajaan hanya 60 - 90 hari ketika itu, memang saya akui sangat cetek ilmu apatah lagi tentang keperluan vitamin tambahan. 

Masalah Yang Saya Hadapi ialah bengkak susu yang teruk saya rasa pada waktu itu sehinggakan saya mengalami demam. Saya juga alami puting payudara luka walaupun airsusu saya banyak. Tapi, oleh kerana bengkak maka menyukarkan saya kerana rasa yang sakit amat.

Saya amalkan kaedah manual seperti urutan tangan untuk memerah airsusu ke dalam botol. Kadangkala saya dapatlah juga 2 - 4 auns susu. Untuk kurangkan bengkak, saya gunakan *botol kaca sederhana panas yang dibungkus dengan kain tuala dan saya letakkan pada bahagian atas payudara dan alhamdulillah payudara saya turun bengkak dan airsusu keluar dengan lancar. Saya boleh rasa payudara saya yang bengkak "keras" dan sakit bila tersentuh. Malah, sukar untuk tidur mahupun bergerak aktif.

Dalam sebulan pertama, saya sudah pun memberi susu formula kepada anak saya. Susu formula yang saya gunakan ialah Dumex (sekarang dikenali sebagai Dugro). Alhamdulillah kesemua anak-anak saya dahulu tidak cerewet dan sesuai meminum susu formula Dumex ni. Bila puting payudara luka dan bengkak, saya terpaksa beri susu formula. Sementara itu, saya sapu minyak gamat pada puting yang luka dan alhamdulillah tak sampai 3 hari luka cepat kering.

*Botol kaca = pada ketika itu saya gunakan botol kaca bekas minuman jenama "Sun Valley" yang memang tahan panas.

Itulah antara pengalaman saya dari melahirkan dan menyusukan anak-anak saya. Memang tiada yang eksklusif! Haha...

So, kali ini saya bakal melahirkan anak yang ke-6 insshaAllah due pada 27 Julai 2015 ini. Saya excited sangat sebab hamil kali ni memang berbeza kerana kali ini saya consumed Set Hamil Shaklee sepenuhnya. Berbanding saat dahulu tanpa apa-apa suplemen/vitamin. Seterusnya bersalin kelak saya juga akan consumed Set Berpantang atau Set Penyusuan Premium Shaklee dan sebolehnya saya mahu menyusukan anak saya secara eksklusif sehingga 2 tahun. 

InsshaAllah, saya sudah bersedia. Semoga dipermudahkan, aamiin.

Anda ada pengalaman, testimonial atau tips penyusuan untuk dikongsikan?
Jangan lupa untuk komen ya!


<3 Dang Jue Nasfah <3
ID 931577
Shaklee Independent Distributor
Sedia membantu anda!

SMS/Whatsapp
014-280 1508

Tiada ulasan:

Catat Ulasan