Sabtu, 23 Mei 2015

Ketahui Komplikasi Systemic Lupus Erythematosus (SLE) Sebelum Merancang Kehamilan

Komplikasi biasa  berkaitan dengan kehamilan bukan SLE
Naluri seorang wanita pastinya inginkan cahayamata sebagai pelengkap kehidupan. Namun, sebagai penghidap penyakit kronik seperti SLE adakalanya membuatkan pesakit tertekan dan berfikir beribu kali untuk menjalani kehidupan normal iaitu berkahwin dan mempunyai zuriat kerana takut risiko yang bakal dihidapi.

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE yang juga disebut lupus merupakan sebahagian daripada gangguan sistem imunisasi tubuh yang juga dipanggil penyakit autoimun. Puncanya tidak diketahui dan penawarnya juga belum diketahui. Tubuh pesakit akan menghasilkan banyak protein darah iaitu antibodi. Dalam keadaan biasa, antibodi melindungi badan daripada jangkitan dan menyerang bendasing seoerti bakteria yang masuk ke badan.

Namun bagi pesakit SLE, antibodi bukan sahaja melindungi badan daripada bendasing, tetapio turut menyerang tisu badan pesakit sehingga boleh menyebabkan radang dan kerosakkan organ.

Antibodi turut menyerang organ, kulitm, jantung, buah pinggang, paru-paru, sendi, salur darah dan otak.

Jika sebelum tahun 1990, peskait dinasihatkan tidak hamil namun kini seiring perkembangan yang pantas dalam bidang teknologi dan perubatan, peluang untuk hakil dan melahirkan zuriat yang sihat jauh lebih cerah! Dan peluang ini tidak harus dilepaskan oleh para penghidap SLE.

KESUBURAN = INDIVIDU NORMAL

Menurut Dr. Wai Kok Yau, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (Pakar Kesuburan) Pusat Perubatan Tropicana, sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnya walaupun sesetengah ubat boleh menjejaskan kitaran haid.

Tambahnya, paling penting setiap pesakit wajib merancang kehamilan dan mereka mestilah tidak mempunyai apa-apa gejala SLE dan penyakit tidak aktif sekurang-kurangnya enam bulan sebelum hamil.

Walaupun kehamilan penghidap SLE dianggap berisiko tinggi, kebanyakkan wanita dapat menjalani kehamilan dengan selamat. Kehamilan yang tidak dirancang pula boleh menyebabkan keguguran jika penyakit lupus dalam peringkat aktif.

Paling penting pesakit SLE yang hamil mesti di bawah jagaan doktor semasa kehamilannya kerana penyakit ini cenderung 40 hingga 60 peratus lebih aktif semasa tempoh ini.

Keadaan ini berlaku terutamanya pada trimester kedua dan ketiga dan yang paling kerap, selepas kelahiran bayi. Ini berlaku disebabkan oleh perubahan hormon semasa kehamilan iaitu pertambahan estrogen.

Walaupun steroid diberikan, ini tidak menjamin penyakit tidak akan menjadi aktif ketika hamil. Para penghidap SLE juga tidak semestinya perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kerana mereka juga berpeluang untuk menjalani kelahiran normal sama seperti individu yang sihat sekiranya keadaan kesihatan mereka berada pada tahap optimum.

SLE DAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Sekiranya buah pinggang mereka berada dalam keadaan stabil, kehamilan tidak akan membahayakan fungsi buah pinggang. Harus diingat, gangguan buah pinggang juga boleh berlaku buat pertama kalinya semasa kehamilan.

HENTIKAN KEHAMILAN?

Sebelum keputusan dibuat, para doktor akan mengambilkira beberapa faktor antaranya :-
  • Adakah kesihatan ibu bekemungkinan menjadi bertambah buruk jika kehamilan diteruskan?
  • Adakah bayi berkemungkinan membesar dengan lebih baik jika dilahirkan segera berbanding berada di dalam kandungan dan menunggu tempoh matang?
  • Komplikasi ibu biasanya lebih diambilkira berkaitan dengan kehamilan dan bukannya pesakit SLE.

PENJAGAAN DALAM PANTANG

Pesakit dinasihatkan mengambil ubat steroid dua atau tiga bulan selepas bersalin jika pesakit SLE aktif sepanjang kehamilan.

PENYUSUAN BAYI

Pesakit SLE boleh dan digalakkan menyusukan bayi mereka. Hanya sedikit steroid yang mengalir ke dalam susu ibu, terutama sekali apabila pesakit mengambil prednisolone pada dos yang rendah.

RISIKO TERHADAP BAYI

Kajian menunjukkan risiko anak yang dilahirkan menghidap SLE juga amat rendah. Lupus neonatal adalah gangguan yang berlaku pada bayi yang baru lahir di mana auto-antibodi di dalam darah ibu (yang dipanggil anti-Ro dan anti-La) berkemungkinan menyebabkan ruam kulit dan merosakkan tisu konduksi jantung janin. 

Biasanya terdapat ruam kulit di antara bulan pertama hingga ketiga selepas kelahiran dan ia akan hilang dalam tempoh enam bulan tanpa rawatan.

FAKTA SLE DAN KEHAMILAN
  • Wanita hamil yang menghidap SLE, terutamanya mereka yang mengambil kortikosteroid berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, kencing manis serta komplikasi buah pinggang.
  • Individu yang menghidap SLE berisiko mempunyai kadar keguguran serta kelahiran pramatang berbanding individu normal.
  • Individu yang mempunyai antibodi antifosfolipid mempunyai risiko keguguran yang lebih semasa trimester kedua disebabkan pembekuan darah yang lebih tinggi dalam uri.
  • Pesakit SLE yang mempunyai sejarah penyakit buah pinggang mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami pra-ekslampsia (tekanan darah tinggi akibat pertambahan cecair berlebihan dalam sel-sel tisu dalam badan).

Sumber : iSIHAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan