Ahad, 24 Mei 2015

Tips Membantu Mengatasi Masalah Kekejangan Kaki Ketika Hamil


Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium? Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini? 

Teruskan pembacaan ya.....

Peranan Suplemen Kalsium Sedikit Membantu

Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini mengakibatkan darah sukar untuk mengalir ke atas ( dari kaki ke jantung ).

Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.

Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu. 

Tips Membantu Mengatasi Masalah Kekejangan Kaki

Apapun, anda boleh cuba apply tips-tips ini yang mungkin boleh membantu anda mengurangkan atau mengatasi masalah kekejangan kaki :-
  1. Melakukan senaman seperti berjalan kaki (bukan berlari atau jogging) untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung.
  2. Meletakkan kaki di atas kerusi lain ketika duduk berehat.
  3. Memakai stokin khas (pressure graded stockings)
  4. Meminta bantuan suami mengurut kaki untuk melancarkan pengaliran darah.
  5. Rendam kaki di dalam air suam atau tuam kaki dengan tuala suam. Ia dapat membantu pengaliran darah di kaki.
Walau bagaimanapun, suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Apabila si ibu mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan 'mencuri' kalsium daripadanya. Ini juga menyebabkan tulang si ibu mengalami kehausan kalsium.

Si ibu perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan menyusukan anak kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.

Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 - 2000mg kalsium sehari. Tetapi, jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.


Sumber : Pa&Ma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan