Isnin, 1 Jun 2015

Keperluan Zat Besi Untuk Bayi & Kanak-Kanak Kecil

MEMENUHI KEPERLUAN ZAT BESI UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK KECIL


APA ITU ZAT BESI?

Zat besi adalah mineral yang boleh didapati di dalam setiap sel tubuh. Oleh itu, ia merupakan nutrien yang penting untuk perkembangan fizikal dan mental serta kesihatan. Pada masa kini, 40 - 60 peratus bayi dan kanak-kanak kecil (berusia kurang dari 2 tahun) dari negara-negara miskin mengalami masalah kekurangan zat besi juga merupakan salah satu masalah pemakanan yang utama di dunia di mana ianya bukan sahaja melibatkan bayi dan kanak-kanak kecil, tetapi juga kanak-kanak prasekolah dan sekolah, remaja serta wanita dewasa.

Zat besi boleh didapati dari pelbagai jenis makanan. Makanan yang berasaskan tumbuhan (bijirin, sayur, legum) mengandungi 'non-heme iron' manakala 'heme iron' banyak didapati dalam makanan berasaskan haiwan (daging, ayam, ikan dan hati). 'Heme iron' adalah zat besi yang mudah digunakan oleh tubuh berbanding dengan 'non-heme iron'.

PUNCA KEKURANGAN ZAT BESI

Kekurangan zat besi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti :-
  • Diet yang kurang mengandungi zat besi atau tinggi penghalang (inhibitors) seperti 'phytate' dan 'tannins' boleh mencegah penyerapan zat besi oleh tubuh. Ini adalah punca utama kekurangan zat besi.
  • Di negara-negara miskin, sumber utama zat besi adalah makanan berasaskan tumbuhan yang mengandungi 'non-heme iron'. Jenis zat besi ini tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh.
  • Infeksi seperti cirit-birit, cacing dan parasit di dalam usus boleh menyebabkan kehilangan darah yang kaya dengan zat besi. Ini seterusnya menyumbang kepada kekurangan zat besi.

AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI

Secara amnya, kekurangan zat besi boleh menyebabkan kekurangan tenaga untuk menjalankan aktiviti fizikal, pertumbuhan fizikal dan perkembangan kognitif yang lambat atau terencat serta kesihatan janin dan bayi terjejas. Kesan-kesan ini akan berlaku sekiranya kekurangan zat besi adalah teruk sehingga menyebabkan kekurangan hemoglobin darah.

Zat besi diperlukan untuk membuat hemoglobin, iaitu komponan darah yang membawa oksigen ke seluruh sel di dalam tubuh. Apabila tubuh kekurangan zat besi dan penghasilan hemoglobin berkurangan, anemia akan berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan darah membawa kurang oksigen ke otak, otot dan bahagian tubuh yang lain. Ini boleh menyebabkan kelesuan dan kurang tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal.

Zat besi yang mencukupi diperlukan untuk perkembangan otak dan sistem saraf yang optimal. Oleh itu, anemia akibat daripada kekurangan zat besi boleh menjejaskan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak. Mereka akan mempunyai perkembangan intelektual dan motor yang lambat dan seterusnya menjejaskan keupayaan untuk belajar dan berfikir. Sekiranya berlaku, kesan negatif ini akan berkekalan.

Wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada lelaki untuk mengalami kekurangan zat besi kerana kitaran haid (kehilangan darah yang tinggi zat besi) dan pemindahan zat besi dalam jumlah yang banyak kepada janin semasa mengandung.Oleh itu, wanita yang mengalami kekurangan zat besi akan memindahkan zat besi dalam jumlah yang sedikit kepada janin. Ini seterusnya menyumbang kepada kelahiran bayi yang tidak mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi untuk memulakan kehidupan. Bayi akan berisiko mempunyai berat lahir rendah, dilahirkan tidak cukup bulan (pramatang) atau meninggal dunia dalan tempoh kurang sebulan kelahiran.

BAGAIMANA MENGELAKKAN KEKURANGAN ZAT BESI?

Untuk bayi dalam lingkungan usia 0 hingga 6 bulan, penyusuan badan ekslusif (tanpa pemberian makanan atau cecair termasuk air) adalah amat digalakkan sebagai pemakanan yang optimum untuk bayi. Zat besi yang diperolehi daripada susu badan serta simpanan zat besi yang dipindahkan dari ibu kepada janin dapat memenuhi keperluan zat besih bayi untuk tempoh kosong hingga enam bulan selepas kelahiran. Selain itu, kandungan vitamin A dan nutrien lain di dalam susu badan adalah penting untuk pengangkutan, penyerapan dan metabolisme zat besi. Penyusuan badan ekslusif juga meningkatkan imuniti tubuh dan melindungi bayi dari infeksi usus yang boleh menjejaskan penyerapan zat besi dan seterusnya menyebabkan kekurangan zat besi.

Bagi bayi yang mempunyai berat lahir rendah dan dilahirkan pramatang, simpanan zat besi yang rendah semasa rendah akan kehabisan dalam tempoh kurang dari enam bulan selepas kelahiran. Pemberian susu badan eksklusif juga tidak mencukupi untuk menampung keperluan zat besi bayi kerana proses pertumbuhan dan perkembangan bayi yang pesat. Oleh itu, untuk mencegah kekurangan zat besi, bayi dengan berat rendah dan pramatang perlu diberikan dos zat besi pada usia dua bulan. Pemberian makanan kepada bayi sebelum enam bulan adalah tidak digalakkan sama sekali.

Bagi bayi dan kanak-kanak di dalam lingkungan usia 6 hingga 24 bulan, beberapa strategi diet boleh digunakan untuk meningkatkan status zat besi tubuh :

  1. Pada usia 6 bulan, bayi perlu diberikan makanan sampingan yang tinggi nutrien selain daripada susu badan. Pengambilan zat besi yang mencukupi adalah berkaitan dengan pengambilan makanan yang seimbang dan pelbagai. Oleh kerana bayi dan kanak-kanak kecil mempunyai perut yang kecil, mereka perlu makan dengan kerap dan diberi makanan yang sesuai dengan usia mereka.
  2. bayi dan kanak-kanak kecil perlu diberi makananan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, ikan dan hati. Daging, ayam dan ikan adalah makanan yang sesuai untuk bayi yang berusia 6 hingga 12 bulan sekiranya makanan ini dimasak dengan betul dan lembut serta dihancurkan. Hati adalah lembut dan senang dicampur ke dalam makanan bayi.
  3. Makanan berasaskan tumbuhan seperti bijirin, roti, legum, sayur hijau (kangkung, bayam, pucuk paku) dan produk tumbuhan mempunyai 'non-heme iron' yang sukar untuk diserap oleh tubuh. Daging, ayam dan ikan serta makanan yang tinggi vitamin c (seperti buah limau, jambu batu, nenas, betik, tomato & bunga kobis) boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan ini. Untuk proses penyerapan 'non-heme iron' yang efektif, makanan seperti daging, ayam, ikan atau makanan tinggi vitamin c perlu dimakan bersama makanan berasaskan tumbuhan.
  4. Makanan seperti bijirin dan legum mengandungi 'phytate' sementara 'tannins' terdapat dalam teh dan kopi. Kedua-dua bahan ini boleh menghalang penyerapan zat besi oleh tubuh. Kandungan 'phytate'  dan 'tannins' di dalam makanan dapat dikurangkan dengan cara merendam dan/atau fermentasi makanana. Elakkan daripada memberi teh dan kopi kepada bayi dan kanak-kanak kecil terutama pada masa makan.
  5. Pemberian makanan sampingan komersial (contoh bijirin segera bayi) yang difortifikasi dengan zat besi dan vitamin c juga merupakan strategi diet untuk mencegah kekurangan zat besi. Penyusuan badan digalakkan sehingga kanak-kanak berusia 24 bulan. Tetapi, sekiranya ibu memilih untuk tidak menyusu, badan bayi dan kanak-kanak kecil, pemilihan susu formula yang difortifikasi dengan zat besi adalah piliham yang seterusnya.

With Love,

Dang Jue Nasfah
014-2801508
Sid 931577

Ingin Jana Pendapatan Dengan Shaklee? 
Jom daftar keahlian dan berpeluang mendapat tawaran ohsem!
Nak tahu? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan