Nak jadi PAPA yang menjadi favourite anak-anak? Anda kena persiapkan diri dengan 22 perkara ni untuk jadi seorang PAPA PENYAYANG.
- Sentiasa tersenyum apabila pulang dari pejabat walau penat macamana sekalipun.
- Pandai hibur anak terutama ketika anak sedang rasa tidak selesa.
- Sentiasa bersama anak dalam apajua keadaan.
- Identiti diri yang tersendiri sehingga berjaya membuatkan bayi anda tersenyum dan ketawa setiap kali mendengar suara anda.
- Kucup mesra anak setiap kali sebelum tidur dan selepas bangun tidur.
- Hubungan erat dengan anak sehingga anak dan anda ada kod yang hanya anda dan anak faham maksudnya.
- Boleh diajak berunding pada bila-bila masa.
- Keistimewaan diri sendiri yang hanya ada pada anda dan tidak pada orang lain yang keistimewaan itu menjadi buruan anak.
- Peka terhadap setiap perkara yang berlaku pada anak.
- Mampu membuatkan anak rasa selamat setiap kali bersama anda.
- Sentiasa teruja dengan setiap perkembangan baru anak.
- Ada cara tersendiri menghargai kehadiran anak dalam hidup.
- Selalu menghabiskan masa bercerita dengan anak tentang kehidupan dan anak seronok mendengarnya.
- Pandai menyelesaikan masalah yang dihadapi anak.
- Sentiasa bersabar dengan karenah anak-anak.
- Yang paling penting tidak panas baran.
- Pandai mengawal dan membaca fikiran anak.
- Mengganggap anak sebagai kawan dan bukan sebagai anak zaman dahulu yang sentiasa kena ikut cakap bapa walaupun tak suka.
- Sentiasa rasa gembira setiap kali bersama anak-anak.
- Mampu menjalankan tanggungjawab sebagai papa dengan baik tanpa pertolongan isteri.
- Mampu mengucapkan 'papa sayang kamu' kepada anak setiap masa.
- Memberi anak joran dan bukan beri dia ikan.
With Love,
Dang Jue Nasfah
010-8176797 atau 014-2801508
Sid 931577
Ingin Jana Pendapatan Dengan Shaklee?
Jom daftar keahlian dan berpeluang mendapat tawaran ohsem!
Nak tahu?
Hubungi saya atau Klik Di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan