Sabtu, 13 Jun 2015

Kenalpasti Simptom Keletihan Yang Menjadi Punca Atau 'Signal' Kepada Penyakit.


Anda tidur lapan jam sehari dan mendapat rehat yang cukup, tetapi tubuh masih merasa letih. AWAS, kerana ini mungkin petanda penyakit! Segera dapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mempunyai simptom-simptom kekeliruan, pening kepala, pandangan kabur, penurunan berat badan yang tidak diketahui puncanya, sembelit, imsonia, kemurungan dan juga sakit kepala.

Kita tidak boleh mengenalpasti letih yang dialami itu merupakan petanda penyakit tertentu sehinggalah doktor telah membuat diagnosis. Sebab itu, amat penting bagi kita mendapatkan pemeriksaan doktor apabila merasakan letih yang dialami tidak pernah hilang walaupun sudah mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.

Jika anda mengalami simptom-simptom keletihan seperti tersebut, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

1. Penyakit 'Coeliac'

Sejenis alahan makanan di mana badan bertindakbalas dengan teruk apabila ada makan gluten, iaitu sejenis bahan yang terdapat dalam roti, kek dan bijirin. Terdapat 250,000 kes sebegini yang didiagnosis di United Kingdom. Namun begitu, kajian menunjukkan bahwa sehingga 90% penghidap tidak mengetahui mereka memiliki masalah ini. Selain daripada keletihan, gejala-gejala lain penyakit ini ialah seperti cirit-birit, anemia dan penurunan berat badan.

2. Anemia

Salah satu sebab perubatan yang paling biasa dirasakan apabila mereka keletihan adalah kerana kekurangan zat besi. Anemia memberi kesan kepada kira-kira 20 lelaki dan wanita seleops menopaus. Namun, ia lebih biasa berlaku di kalangan wanita yang mengalami haid. Apabila anda menghadapi anemia,anda akan merasa malas untuk melakukan apa-apa sahaja, otot merasa berat dan mudah mendapat letih. Wanita yang mengalami haid yang banyak serta wanita mengandung lebih terdedah kepada anemia. Masalah ginjal juga boleh menyebabkan anemia dan seterusnya memicu kepada keletihan.

3. Apnea Tidur

Adalah keadaan di mana kerongkong menjadi sempit atau tertutup semasa tidur dan berulang kali berlaku sehingga mengganggu pernafasan. Apabila ia berlaku, anda kaan berdengkur dengan teruk dan menurunkan tahap oksigen dalam darah. Kesukaran bernafas menyebabkan anda akan sering bangun pad waktu malam dan merasa letih pada hari berikutnya. Masalah ini paling biasa dilalui oleh lelaki pada pertengahan umur yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Tabiat merokok dan minum alkohol menjadikan masalah ini menjadi lebih teruk.

4. Kekurangan Hormon Tiroid

Kelenjar tiroid tidak aktif bermaksud anda mempunyai hormon tiroid iaitu tirokson yang terlalu sedikit di dalam badan. Keadaan ini menjadikan anda selalu merasa letih. Selain itu, masalah ini juga memicu kepada penambahan berat badan dan kesakitan otot. Wanita dan mereka yang sudah berusia merupakan golongan yang paling kerap untuk mendapat masalah ini.

5. Diabetes Tanpa Sedar

Mengikut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka menghidap diabetes. Simptom diabetes ialah kencing yang kerap dan cepat dahafga, badan pula menjadi mudah letih dan lemah.

6. Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda mendapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.Rawatan awal boleh menyelamatkan anda daripada serangan jantung yang lebih serius.

7. Jangkitan Kuman Air Kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simptom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan yang berpanjangan juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman atau UTI. UTI berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa haid.

8. Kebimbangan

Rasa cemas kadang-kadang adalah perkara normal. Namun begitu, bagi sesetengah individu yang merasa bimbang selalu sehingga tidak dapat mengawal rasa cemas boleh memberi kesan kepada kehidupan harian mereka. Masalah ini dipanggil sebagai gangguan kebimbangan umum (GAD). Masalah ini dibelenggu sekurang-kurangnya 1 dalam 20 orang individu di United Kingdom. Selain daripada sering merasa bimbang dan marah, individu dengan GAD turut sering merasa letih.

Sumber : Dr. Zulkornain Ahmad


Tiada ulasan:

Catat Ulasan