Assalamualaikum mommies, semoga sihat-sihat hendaknya.
Sebagai bakal ibu, semestinya kita perlu sentiasa berusaha menjaga diri yakni etika yang baik agar terpelihara. Justeru, berikut digariskan beberapa etika untuk dijadikan pedoman buat ibu hamil.
- Berusaha agar selalu berada dalam keadaan sihat dengan mengatur makanan yang sesuai.
- Hendaklah meakukan senaman setiap hari iaitu pada masa menjelang kelahiran. Berjalan kaki adalah senaman yang paling baik bagi wanita yang hamil pada usia agak lanjut. Di samping itu, boleh melakukan senaman dengan terlentang, kemudian satu demi satu kakinya diangkat ke atas agar memudahkan proses melahirkan kelak.
- Beristirehat dengan masa yang cukup dan tidak terlalu letih.
- Usahakan banyak mandi dengan air suam. Mandi dengan menggunakan air yang terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Usahakan juga jangan mandi dalan keadaan berendam terutama pada usia kehamilan lapan bulan ke atas supaya terhindar masuknya penyakit-penyakit yang tidak diingini.
- Pada bulan-bulan terakhir kehamilan memerlukan ketenangan yang khusus. Pada empat bulan terakhir masa kehamilan perlu diurut dengan lembut pada bahagian dua paha dan perut bahagian bawah dengan minyak. Lakukan ini setelah mandi, agar otot-otot pada bahagian tersebut tidak menjadi keras atau kejang.
- Jagalah payudara dengan baik seperti dengan menyapu minyak zaitun pada puting susu bagi mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu, pada waktu pagi ingin menyusui anak yang baru lahir kelak.
- Selalu menjalani pemeriksaan doktor, baik tentang tekanan darah, kesihatan janin dan sebagainya.
- Menjaga makanan dengan baik, seperti banyak memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bauh zaitun, kurma dan sebagainya.
- Dilarang meminum alkohol serta merokok kerana ia akan mempengaruhi kesihatan ibu dan janin yang dikandungnya.
- Jangan menganiaya makhluk, sama ada manusia mahupun binatang.
- Jangan memakan benda-benda yang haram atau yang dihasilkan dengan cara yang haram.
- Elakkan daripada berhibur di tempat-tempat yang dipandang tidak baik di sisi agama Islam.
- Elakkan diri daripada perasaan marah, kerana marah merupakan sifat yang tercela.
- Menjauhi daripada sifat benci-membenci.
- Menghindari daripada perasaan hasad dengki dan iri hati.
- Menghindari daripada sifat dendam, sebaliknya senang memaafkan orang lain.
- Menghindari daripada cemburu buta yang hanya merosakkan keharmonian rumahtangga.
Semoga kita menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak!
With Love,
Dang Jue Nasfah
010-8176797 atau 014-2801508
Sid 931577
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah?
Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi saya atau Klik Di Sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan