Ahad, 28 Jun 2015

Panduan dan Tips 'Super' Untuk Ibu Bekerjaya

Hai, assalamualaikum ibu-ibu ohsem semua!

Mengurus sebuah rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh, menjemur kain, mengurus anak, suami dan malah diri sendiri bukan semudah yang dikata. Untuk mengendalikan kesemua ini dalam satu-satu masa, memerlukan pengurusan masa yang bijak. Walaupun suami sebagai ketua keluarga, tetapi peranan ibu sebagai penggerak merangkap pengurus rumahtangga tidak boleh dinafikan.

Masakini, tanggungjawab seorang wanita khususnya ibu bukan terbatas kepada aspek mengurus rumahtangga sahaja. Rata-rata ibu zaman sekarang juga mempunyai kerjaya tak kiralah sama ada kerjaya tetap mahupun sampingan. Kesanggupan memikul tanggungjawab bekerja sebagai pilihan untuk membantu suami dalam meringankan beban keluarga. Tambahan, keperluan atau desakan hidup masakini yang semakin mencabar dan kos sara hidup yang meningkat. 

Mesti pening kan tiap hari memikirkan keperluan anak, hari ni nak buat apa, esok apa, lusa apa pula dan seterusnya berulang-ulang. Lepas tu, fikir nak masak apa, esok kerja kena pakai apa, anak-anak bagaimana. So, benda ni sentiasa ada dalam fikiran kita dan pastinya peruntukkan masa yang sebaik-baiknya. 

Saya sebenarnya bukanlah pakar dalam perkara ini. Tetapi, berdasarkan pengalaman saya sendiri juga suami yang sama-sama bekerja serta mempunyai anak ramai yang bersekolah, maka saya suka nak kongsikan beberapa tips dan panduan mengurus keluarga. Diharap tips atau panduan ini dapat membantu ibu-ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama bertanggungjawab mengurus anak-anak serta suami ya.

#1 KENALPASTI JADUAL DAN AKTIVITI PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK.

Penting untuk buat satu jadual dan mesti lekat di dinding untuk memudahkan anak-anak lihat setiap hari. Bila anak-anak kerap lihat jadual tu, lama-kelamaan mereka akan terbiasa dan mudah lekat dalam minda.

Sebagai contoh, waktu persekolahan anak-anak saya di Sekolah Rendah bermula dari jam 7 pagi hingga 1 - 1.30 petang. Pada hari tertentu, akan bersambung pula dengan kelas Tasmik, kelas tambahan, KoKum dan juga KAFA sehingga jam 5 petang. Bagi anak saya di Sekolah Menengah pula waktu persekolahan bermula pada 7 pagi hingga 2.30 petang. Pada hari tertentu, selepas waktu sekolah akan bersambung lagi dengan aktiviti KoKum atau kelas tambahan. Saya dan suami akan pastikan setiap hari anak-anak mesti berada di sekolah sebelum 6.40 pagi. Means, jam 6:15 pagi dah start bertolak dari rumah.
Jadual persekolah & aktiviti bagi anak-anak saya di sekolah rendah
Tips # Buat jadual kerana melalui jadual tersebut kita dapat anggarkan berapa banyak masa yang perlu diperuntukan termasuk sebelum dan selepas.

#2 PENYEDIAAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Melalui jadual persekolahan anak-anak, kita sudah dapat tahu kekerapan anak-anak yang perlu pakai baju seragam sekolah, pakaian PJ (Pendidikan Jasmani), pakaian KAFA dan pakaian KoKum. Bagi anak saya yang sulung (sekolah menengah), tiada masalah sebab dia akan uruskan sendiri. So, saya fokuskan kepada adik-adiknya yang 4 orang tu jer..hehe.

Tips # Biasanya saya akan menyediakan pakaian seragam sekolah untuk kegunaan anak-anak selama seminggu. Siap diseterika dan digantung. Begitu juga dengan baju seragam untuk KAFA, baju PJ dan KoKum. So, memudahkan kerja si ibu setiap pagi, tak perlu kelam-kabut nak cari baju pastu nak gosok lagi, kan?



#3 PAKAIAN ANAK-ANAK DISIMPAN SECARA BERASINGAN

Saya sediakan satu rak (drawer) khas untuk menyimpan pakaian-pakaian sekolah anak-anak. Saya tak campur-adukkan dengan pakaian basahan yang dipakai tiap hari. Dengan cara ini, memudahkan penyimpanan dan senang dicari apabila perlu.

Untuk pakaian basahan iaitu yang dipakai tiap hari pula, saya asingkan juga dan label nama anak. Jadi, masing-masing tahu tempat simpanan pakaian masing-masing.

#4 BUKU-BUKU DISUSUN DI RAK BUKU YANG MUDAH DICAPAI

Buku-buku teks mahupun buku aktiviti anak-anak disusun dengan rapi di rak khas. Adalah lebih baik dilabelkan ruang buku anak masing-masing. Dengan cara ini, secara tidak langsung kita telah melatih anak-anak untuk mengurus buku-buku mereka sendiri. Pada permulaan, anak akan kerap bertanya macam-macam kepada anda dan berulang-ulang. 

Tapi, ibu kena sabar dan faham kerana mereka sedang dalam proses menerima sesuatu tanggungjawab kecil. So, ibu kena terangkan dengan jelas dan mungkin terangkan benda yang sama banyak kali, tapi tak mengapa....lama-kelamaan oklah tu. Hehe.

#5 MEMASAK DI DAPUR DENGAN MUDAH DAN PANTAS

Selain mengurus keperluan anak-anak, jangan dilupa pula bahagian dapur ni ye. Salah satu tips mudah dan pantas untuk ibu bekerjaya memasak di dapur ialah penyediaan bahan asasnya. Seperti penyediaan bawang dan lain-lain. Kadang-kadang, ada ibu bekerjaya bila dan banyak sangat buat itu ini, nak potong bawang pun malas, betul tak?

So, tips mudah yang biasa saya amalkan ialah sediakan bawang berkupas kulit dan bawang kisar readymade. Saya sediakan dua bahagian iaitu bawang blended dan bayang yang dikupas. Biasanya saya sediakan untuk kegunaan seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak memasak, just ambil dari peti sejuk dah tak payah susah-susah nak kupas bawang bagai, hehe.





#6 JAGA PEMAKANAN & KESIHATAN UNTUK KEKAL CERGAS SERTA BERTENAGA

Nak urus itu dan ini, ibu harus jaga pemakanan dan kesihatan agar sentiasa cergas bertenaga! Bukan sahaja fizikal, tapi mental. Kalau ibu dah jatuh sakit, tak bermaya, siapa nak urus anak-anak? Kasihan kan? So, ibu-ibu kena jaga pemakanan dan kesihatan dengan pengambilan suplemen tambahan. 

Untuk jaga pemakanan dan kesihatan, saya amalkan vitamin Shaklee. Begitu juga untuk suami dan anak-anak. Yer lah, takkan nak saya sorang jak sihat kan? Suami dan anak-anak pun kita kena berikan suplemen terbaik untuk dorang. Pilihan saya sekeluarga, semestinya Shaklee!

#7 AMALAN ROHANI - SOLAT, ZIKIR, SEDEKAH, MEMBACA AL-QURAN, DSB.

Sebagai seorang Islam, amat penting kita menjaga amalan rohani yakni ibadah kita seperti solat wajib, membaca Al-Quran dan sebagainya. Kita sebagai ibu harus kuat dan tabah dalam mendidik anak-anak. Walaupun ada antara anak-anak kita tu banyak kerenah atau ragam, kita kena bijak menangganinya. Nak marah? Itu perkara biasa bila kita nak marahkan dorang. Tapi, ada caranya dan pastikan jangan dan tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan yang menjatuhkan semangatnya. Ingat, apajua perkataan yang keluar dari mulut kita untuk anak-anak adalah doa. Jadi, katakanlah yang baik-baik supaya biarlah kata-kata itu menjadi doa mustajab yang baik untuk anak kita kelak.

#8 SENTIASA REDHA & IKHLAS MEMBANTU KERANA ALLAH

Suami adalah ketua keluarga yang wajib mencari dan memberi nafkah kepada keluarga. Tetapi, di zaman semakin maju dengan taraf ekonomi yang meningkat ni, maka tidak dinafikan golongan isteri yang sanggup bekerja demi membantu suami menampung keperluan perbelanjaan keluarga. 

Oleh itu, para isteri atau ibu hendaklah sentiasa redha dan ikhlas membantu suami. Walaupun mungkin pendapatan lebih daripada suami, jangan pula merendah-rendahkan suami. Dan suami pula, walaupun isteri bekerja kewajipan memberi nafkah tetap diteruskan. Hendaklah niatkan betul-betul dalam hati untuk sama-sama membantu, bertolak ansur, sabar dan elakkan mengungkit-ungkit.

#9 ELAKKAN BERTANGGUH-TANGGUH

Ini kerap berlaku, kan? Dalam ertikata lain, suka melengah-lengahkan tak kiralah apapun yang kita nak buat. Biasanya bila terlalu letih, maka timbullah penyakit M atau MALAS! Bila malas tu sudah tentulah kita pun menangguh kerja, kan? Nak buat apapun rasa berat, haha. 

Saya sendiri pernah alami situasi ni terutama semasa mengandung. Betul-betul rasa malas sangat. Kadangkala, dalam kereta pun boleh terlelap mata! Tapi, bila memikirkan apa yang perlu dilakukan demi hari esok, terpaksalah juga gagahkan diri untuk melakukannya. Sebab, kalau saya tak buat awal-awal sekarang, entah-entah esok lagi kelam-kabut dibuatnya. Tak pasal-pasal pula terlewat dari masa yang sepatutnya, kan?

#10 REHAT & TIDUR YANG CUKUP

Ini paling penting. Tubuh kita perlukan rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari. Kalau mata kita kerap terlelap ketika sedangberdepan dengan skrin komputer, itu adalah signal bahawa otak dah letih dan tubuh kita perlukan rehat dan tidur. So, tidurlah sekejap ya.


Ok, semoga perkongsian saya yang tak seberapanya ini memberi serba-sedikit panduan dan manfaat kepada anda.


Perkongsian Hati ke Hati,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan