Jumaat, 5 Jun 2015

Jenis-Jenis Makanan Tambahan Yang Penting Untuk Diet Ketika Hamil

Pemakanan sewaktu hamil perlu dititikberatkan bagi memastikan ibu dan kandungan sihat dan selamat.


Ibu hamil harus mendapatkan diet sihat dan seimbang termasuk makanan kaya protein seperti susu, ikan, telur, daging lembu, ayam dan itik. Juga makanan berkanji seperti beras, roti, kentang, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selain itu, ibu hamil perlu mengambil makanan yang kaya asid folik seperti bayam, asparagus, brokoli, ubi bit, kacang putih, kacang soya, tauhu, ikan salmon, jus oren, avocado dan bijirin diperkuat.

Pada masa sama, ibu hamil juga perlu makanan tambahan yang mempunyai vitamin dan susu yang baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Pengambilannya setiap hari sama ada sebelum atau semasa hamil memastikan anda mendapat nutrien yang cukup.

Jenis-Jenis Makanan Tambahan Ketika Hamil

Vitamin Pra Kehamilan
Doktor mungkin akan mengesyorkan pengambilan vitamin tambahan bagi memastikan diet anda tidak kekurangan mineral.

Asid Folik
Ia adalah salah satu vitamin tambahan yang sangat penting. Merupakan sejenis vitamin B larut air, ia perlu diambil seawal tiga bulan sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan bagi mencegah spina bifida iaitu kelemahan tiub saraf yang biasa berlaku di mana bahagian bawah saraf tunjang gagal mengecut menyebabkan lumpuh dan hilang kekal. 

Beberapa kajian membuktikan penurunan asid folik dalam tubuh ada kaitan dengan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

Ibu hamil dinasihatkan mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik semasa pra hamil. Ini boleh membantu mengurangkan risiko spina bifida sehingga 70%. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah melahirkan bayi dengan kelemahan tiub saraf, sawan dan diabetes memerlukan dos lebih tinggi sehingga 4mg.

Saya amalkan vitamin B-Complex Shaklee yang tengah promo sekarang tu..sebotol ada 120biji dan boleh makan sampai 4 bulan. Vitamin ni bukan sahaja bagus diambil ketika hamil bagi mengelak spina bifida, malah ianya juga berfungsi mencegah sakit kepala/megren atau antistress dikalangan ibu hamil.


Kalsium dan Vitamin D
Kalsium amat penting untuk fungsi sistem peredaran, otot dan saraf. Selain itu, ia membantu membina tulang dan gigi yang kuat semasa tumbesaran janin. Ibu hamil disyorkan mengambil sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari semasa merancang kehamilan.

Vitamin D pula penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium. Ibu hamil boleh mendapatkan kalsium daripada produk tenusu seperti susu, dadih dan keju.

Untuk kalsium, saya amalkan vitamin Ostematrix Shaklee. Ianya sangat bagus diambil semasa hamil bagi mengelak sembelit mahupun kaki kebas/kejang.

Magnesium
Selain penting dalam pembentukan gigi dan tulang, magnesium mustahak untuk sistem enzim dan pengucupan otot.

Zat Besi
Merupakan unsur penting dalam pembentukan haemoghlobin dan peredaran darah. Simpanan zat besi boleh menurun semasa hamil kerana dikongsi dengan janin. Jadi, ibu hamil perlu memantau paras zat besi sentiasa mencukupi bagi mengelakkan anemia selain memastikan bayi turut mendapat cukup zat besi.

Kekurangan zat besi boleh boleh menyebabkan anemia bagi ibu dan dikaitkan dengan bayi yang kurang berat badan serta meningkatkan risiko pendarahan semasa bersalin.

Zat besi yang diperlukan untuk ibu hamil ialah 30mg setiap hari. Saya mengamalkan vitamin Shaklee Vitalea Iron Formula untuk kekalkan paras hemoghlobin (Hb) dalam darah yang baik.

Karbohidrat
Ia menyerap melalui uri sebagai glukosa dan penting untuk pengeluaran tenaga.

Lemak
Asid lemak menyerap melalui uri untuk memberi tenaga kepada badan. Asid lemak merupakan komponen struktur bagi semua tisu dan dianggap pembina semua jenis sel.

Protein
Protein dibawa melalui uri sebagai asid amino dan merupakan komponen struktur dan fungsi utama semua sel dalam badan. Ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Saya mengamalkan minuman ESP Powder Shaklee. Sangat bagus untuk tenaga dan baik untuk kandungan. Ianya juga sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis kerana kandungan ESP Powder mengandungi protein non-glisemik indeks.

Vitamin A
Vitamin ini penting untuk perkembangan mata, tulang, kulit dan paru-paru bayi. Bagaimanapun, dos vitamin A berlebihan boleh dikaitan dengan kecacatan bayi. Produk-produk rawatan jerawat mungkin mengandungi vitamin A yang tinggi. Justeru, ibu hamil perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.

Vitamin C
Ia meningkatkan penyerapan zat besi dalam usus untuk memperkuatkan daya ketahanan badan. Jadi, anda perlu mengambil vitamin C setiap hari. Ia mudah didapati dalam kebanyakkan buah-buahan tempatan.

Vitamin C penting untuk membantu menyerap zat besi. Untuk Vitamin C, saya amalkan Vita-C Sustained Released Shaklee sebagai antibodi sepanjang kehamilan saya. Alhamdulillah, saya tidak mengalami batuk mahupun selesma.

Untuk set penuh kehamilan, boleh lihat di sini.

Sumber

With Love,

Dang Jue Nasfah
014-2801508
Sid 931577

Ingin Jana Pendapatan Dengan Shaklee? 
Jom daftar keahlian dan berpeluang mendapat tawaran ohsem!
Nak tahu? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan