Jumaat, 12 Jun 2015

Resepi Homemade Simple - Mi Kuetiau Basah


Assalamualaikum, hai semua.



Mi kuetiau basah sejenis masakan ala Chinese yang memang sedap. Biasa makan kat kedai or gerai harga RM6 - RM8 sepinggan. Paling saya gemari ialah kuetiau basah ikan. Tapi, kali ni saya masak dengan isi ayam dan udang. Ini pun atas request  encik huby dan anak-anak. Bahan-bahan seperti sos tiram, serbuk lada putih (sulah), bawang, minyak bijan, minyak makan, tepung jagung, etc tu memang dah sedia ada di dapur. So, tinggal nak beli isi ayam, udang dan sayur jer.


Ok, di sini saya kongsikan resepi simple ni dan sangat senang nak memasaknya! Lepas ni, anda bolehlah masak sendiri kat rumah kan...lebih jimat, puashati makan dan ofkosla dijamin bersih dari dapur sendiri!


Mi Kuetiau Basah 
versi Sabahan Homemade cooking ~

Bahan Utama


  • Sebungkus (500 gram) mi kuetiau - saya guna separuh jer
  • Tepung jagung - 2 sudu makan dibancuh dengan air (200ml) **kalau suka banyak kuah, boleh agak banyak air nak bancuh ya.
  • Sayur sawi dipotong-potong
  • Isi ayam ( boleh juga guna udang, isi ikan, fishcake atau bebola ikan )

  • Bahan Untuk Ditumis



  • Minyak masak - 2 sudu makan
  • Minyak bijan - 1 sudu makan
  • Bawang putih ditumbuk halus
  • Sos tiram - 2 atau 3 sudu makan 


  • Bahan Untuk Perasa
    • Serbuk lada sulah (lada putih)
    • Sedikit garam
    • Ajinomoto

    Ok, bahan-bahan dah sedia. So, sekarang cara nak masak pulak. Jommm...

    First,
    Celur mi kuetiau dalam air panas atau goreng sekejap dgn minyak yg sedikit (macam stail goreng mi) dan asingkan dalam pinggan.

    Ok, selesai mi. Sekarang, penyediaan kuahnya pula.
    • Panaskan minyak makan & minyak bijan dalam api yang sederhana
    • Tumis bawang putih
    • Masukkan isi ayam  
    • Masukkan sos tiram
    • Masukkan sayur
      • kacau-kacau & biarkan seketika
    • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air tadi
      • kacaukan sehingga masak
      • kalau kuah terlalu pekat, boleh tambah air sedikit.
    • Lastly, barulah masuk bahan-bahan perasa.
    Then, tuangkan kuah ke atas mi kuetiau tadi dan siappp untuk dimakan!



    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan