Khamis, 11 Jun 2015

TIPS MEMILIH 'TEETHER' YANG SESUAI UNTUK SI KECIL



Pernahkah anda melihat si kecil asyik menggigit benda-benda lembut? Bahkan barang-barang permainan bergetah turut digigitnya. TAHUKAH ANDA ia petanda si kecil mulai tumbuh gigi pertama.

Ketahui tips sebelum anda memilih 'teether' yang sesuai kepada si kecil anda!

PILIHAN 'TEETHER' UNTUK SI KECIL

Kini di pasaran, pelbagai produk bayi sudah tersedia untuk anda membuat pemilihan terbaik untuk si kecil sesuai dengan keperluannya yang sedang mengalami pertumbesaran.

Semakin membesar bayi, pelbagai keperluan yang diperlukan untuk 'teman' permainannya. Barang mainan pelbagai bentuk dan warna adalah kemestian bagi si kecil. Namun jangan lupa, tentang perkembangan diri si kecil terutama giginya!


Pada usia seawal 6 bulan, bayi sudah mula tumbuh gigi. Ketika tumbuh gigi pertama, ia akan membuatkan bayi dalam keadaan tidak selesa.

Memang ada bayi yang langsung tidak menghadapi masalah ketika hendak tumbuh gigi. Namun ada juga yang bermasalah seperti demam, gusi bengkak dan gatal, suka menggigit benda keras atau suka menghisap jari mereka.

Tindakan segelintir ibubapa yang membiarkan bayi menggigit benda keras tanpa memikirkan ia selamat atau tidak akan memberi kesan kepada gusi dan gigi bayi nanti. Malah mungkin akan mencederakan gusi bayi. Oleh itu, cubalah berikan 'teether' kepada bayi anda untuk mengatasi situasi ini. 

Ikuti panduan ini sebelum memilih 'teether' untuk si kecil anda.

FAKTOR KESELAMATAN

Ia adalah perkara utama dalam memilih 'teether' yang baik adalah kemestian supaya tidak memberi sebarang kecederaan pada mulut dan gusinya. Gusi bayi pada peringkat ini agak lembut dan sensitif memerlukan anda memilih produk yang sesuai untuknya. Juga jangan ikat 'teether' di leher anak anda kerana boleh mencederakan lehernya apabila ditarik.

GETAH KENYAL

Berhati-hati dalam memilih jenis 'teether' untuk bayi anda. Getah 'teether' yang kenyal dan sejuk memang boleh mengurangkan sakit gusi secara sementara bayi anda. Sebahagian daripada mereka sukakan yang sejuk (tetapi bukan dibekukan). Tetapi, hati-hati ada getah kenyal yang tidak berkualiti yang boleh mencederakan gusi bayi anda. Sebahagian daripada mereka sukakan yang sejuk (tetapi bukan dibekukan).


BERKAIN LEMBUT

Bukan sahaja getah kenyal, 'teether' jenis berkain boleh digunakan untuk melegakan gusi bayi. Tekstur kain yang lembut mampu memberi keselesaan kepada bayi apabila menggigitnya. Pastikan juga ia boleh dibasuh supaya ia sentiasa bersih apabila digigit.


WARNA PILIHAN

Di samping itu, faktor warna juga diberi perhatian. Warna 'teether' yang terang boleh mengstimulisasikan otak bayi ketika memegang dan menggigitnya. Bahkan memang diketahui bayi pada peringkat ini gemarkan warna terang dan ceria. Secara tidak langsung, warna itu akan memberi kesan interaktif pada perkembangan otaknya.

REKABENTUK

Ada 'teether' yang mempunyai pelbagai bentuk. Antaranya, ada yang jenis gegelang bulat, berbentuk kunci, bentuk empat segi dan sebagainya. Namun, pastikan ia mudah untuk bayi memegangnya. Selain itu, ada 'teether' yang boleh digantung pada alatan bayi lain seperti katil dan kereta sorong dan boleh mengeluarkan berbagai bunyi.

BERKUALITI

Pilihan 'teether' yang mempunyai rekabentuk yang berkualiti dan bahan pembuatannya yang selamat dan 'non-toxic' adalah kriteria yang perlu anda fikirkan. Namun, fikirkan bajet anda pula kerana 'teether' berkualiti agak mahal.

Selain pilihan 'teether', silalah mencuba cara lain untuk melegakan gusi bayi anda seperti panduan berikut :
  • Memberi sesuatu yang keras untuk dikunyah seperti kepingan keju, makanan jejari atau lobak merah yang telah direbus. Jangan tinggalkan anak sendirian kerana dibimbangi tercekik!

Semoga bermanfaat!

With Love,

Dang Jue Nasfah
010-8176797 atau 014-2801508
Sid 931577

Ingin Jana Pendapatan Dengan Shaklee? 
Jom daftar keahlian dan berpeluang mendapat tawaran ohsem!
Nak tahu? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan