Selasa, 30 Jun 2015

Solat Sunat Fajr' dan Keutamaan Mengerjakannya

Assalamualaikum wbt..

Salah satu solat rawatib yang amat diutamakan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu solat rawatib/mengiringi Solat ubuh. 

" Dua raka'at Solat Sunat Fajr adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya..."


Keutamaan Solat Sunat (Sebelum) Fajr – Pahalanya dan Surah Yang Dibaca (Solat Sunat Sebelum Solat Subuh) 

[Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Fajr (atau Subuh) itu amat disukai oleh Rasulallah (s.a.w) dan beliau mengajak umatnya menjadikankan suatu ketetapan atau meruntinkan mengamalkannya, mensolatkannya tanpa lama dan kekal mengerjakannya dalam kehidupan sehari-harian] 

(a)        Waktunya

Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibni Omar (r.a) bahawasanya Hafsah, ibu kpd orang iman, menceritakan kepadanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada dia ketika diam tukang azan (yakni, muazin) sudah selesai membaca azannya untuk solat Subuh dan telah jelas nampak fajr Subuh, solat dia (Nabi) dua rakaat solat sunat yang rengkas (atau direngkaskan) sebelum bahawa didirikan solat Subuh).) [Hadith Muslim]
[Nota: Solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh (satu solat rawatib) itu dikerjakan secara rengkas, yakni tidaklah membaca surah-suarh yang panjang, memadai surah-surah pendek supaya segera selesai. Namun ketertibannya dijaga, spt cukup tamakninahnya dalam setiap srukunnya.] 

(b)        Sentiasa Diprhatikan Supaya Tidak Tetinggal

Menceritakan hdith oleh Ato’ hadith dari Ubaidi b. Umairin hadith dari Aisyah (r.ah) bahawasanya Nabi (s.a.w) tidak ada atas sesuatu dari solat sunah yang lebih tersangat menjaga darinya (oleh Rasulallah (s.a.w)) atas dua rakaat sebelum solat Subuh.’ [Hadith Muslim]

[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) sangat menjaga solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini – tidak diremehkan atau ditinggalkannya. Ini menunjukkan betapa utamanya solat rawatin ini.] 

(c)        Pahalanya 

Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Zurarah b Aufa hadith dari Said b Hisyam hadith dari Aisyah hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Rak’atal fajri khairun minad-dunya wa-ma fiha.’ (Yang bermaksud: Dua rakaat solat (sunat) sebelum Solat Fajr (ie. Subuh) itu lebih baik dari (nilainya dari nilai) dunia dan seisinya.) [Hadith Muslim, Kitab Solat]

[Nota: Jelaslah mengapa dalam hadith sebelum ini Aisyah (r.a) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) dalam hayatnya sentiasalah mempastikan bahawa dia tidak terlupa atau tertinggal mengerjakan solat (sunat) 2 rakaat sebelum Solat Subuh ini. Kerana pahala mengerjakannya hanya rakaat lebih utama pada Allah (a.w) dari nilai dunia dan segala yang ada di permukaaan dan di dalam perut dunia. 

Rugilah orang yang tahu (atau, diberitahu) begitu besar ganjaran pahalanya, tidak mengerjakannya. Bersolat setakat 3 minit dapat ganjaran dividen akhirat yang amat besar!] 

(d)        Surah-surahnya 

Menceritakan Marwan b ibnu Mua’wiyah hadith dari Yazid, iaitu Ibnu Kasyana hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah bahawasanya Rasulallah (s.a.w) membaca di dalam dua rakaat (solat sebelum) Fajr (Subuh) dengan (surah) ‘Qul ya aiyuhalla kafiruna’ (Surah al-Kafirun) dan ‘Qu huallahu ahad’ (Surah al-Ikhlas). [Hadith Muslim, Kitab Solat]

[Nota: Jelaslah dalam hadith ini ada surah yang khusus untuk solat sunat 2 rakaat sebelum Solat Subuh – Surah al-Kafirun (pada rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (pada rakaat ke-2). Hadith ini bukanlah mentapkan bahawa hanya dua surah ini sahaja dibaca dan tidak boleh surah-surah lain, tapi, kalau kita baca dua surah sedemikian ini, kita mencontohi Rasulallah (s.a.w), maka pasti mendapat pahala sunahnya, selain pahala mengerjakannya.]

Semoga bermanfaat.

Sumber : Yayasan Ilmu

Ahad, 28 Jun 2015

Panduan dan Tips 'Super' Untuk Ibu Bekerjaya

Hai, assalamualaikum ibu-ibu ohsem semua!

Mengurus sebuah rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh, menjemur kain, mengurus anak, suami dan malah diri sendiri bukan semudah yang dikata. Untuk mengendalikan kesemua ini dalam satu-satu masa, memerlukan pengurusan masa yang bijak. Walaupun suami sebagai ketua keluarga, tetapi peranan ibu sebagai penggerak merangkap pengurus rumahtangga tidak boleh dinafikan.

Masakini, tanggungjawab seorang wanita khususnya ibu bukan terbatas kepada aspek mengurus rumahtangga sahaja. Rata-rata ibu zaman sekarang juga mempunyai kerjaya tak kiralah sama ada kerjaya tetap mahupun sampingan. Kesanggupan memikul tanggungjawab bekerja sebagai pilihan untuk membantu suami dalam meringankan beban keluarga. Tambahan, keperluan atau desakan hidup masakini yang semakin mencabar dan kos sara hidup yang meningkat. 

Mesti pening kan tiap hari memikirkan keperluan anak, hari ni nak buat apa, esok apa, lusa apa pula dan seterusnya berulang-ulang. Lepas tu, fikir nak masak apa, esok kerja kena pakai apa, anak-anak bagaimana. So, benda ni sentiasa ada dalam fikiran kita dan pastinya peruntukkan masa yang sebaik-baiknya. 

Saya sebenarnya bukanlah pakar dalam perkara ini. Tetapi, berdasarkan pengalaman saya sendiri juga suami yang sama-sama bekerja serta mempunyai anak ramai yang bersekolah, maka saya suka nak kongsikan beberapa tips dan panduan mengurus keluarga. Diharap tips atau panduan ini dapat membantu ibu-ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama bertanggungjawab mengurus anak-anak serta suami ya.

#1 KENALPASTI JADUAL DAN AKTIVITI PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK.

Penting untuk buat satu jadual dan mesti lekat di dinding untuk memudahkan anak-anak lihat setiap hari. Bila anak-anak kerap lihat jadual tu, lama-kelamaan mereka akan terbiasa dan mudah lekat dalam minda.

Sebagai contoh, waktu persekolahan anak-anak saya di Sekolah Rendah bermula dari jam 7 pagi hingga 1 - 1.30 petang. Pada hari tertentu, akan bersambung pula dengan kelas Tasmik, kelas tambahan, KoKum dan juga KAFA sehingga jam 5 petang. Bagi anak saya di Sekolah Menengah pula waktu persekolahan bermula pada 7 pagi hingga 2.30 petang. Pada hari tertentu, selepas waktu sekolah akan bersambung lagi dengan aktiviti KoKum atau kelas tambahan. Saya dan suami akan pastikan setiap hari anak-anak mesti berada di sekolah sebelum 6.40 pagi. Means, jam 6:15 pagi dah start bertolak dari rumah.
Jadual persekolah & aktiviti bagi anak-anak saya di sekolah rendah
Tips # Buat jadual kerana melalui jadual tersebut kita dapat anggarkan berapa banyak masa yang perlu diperuntukan termasuk sebelum dan selepas.

#2 PENYEDIAAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Melalui jadual persekolahan anak-anak, kita sudah dapat tahu kekerapan anak-anak yang perlu pakai baju seragam sekolah, pakaian PJ (Pendidikan Jasmani), pakaian KAFA dan pakaian KoKum. Bagi anak saya yang sulung (sekolah menengah), tiada masalah sebab dia akan uruskan sendiri. So, saya fokuskan kepada adik-adiknya yang 4 orang tu jer..hehe.

Tips # Biasanya saya akan menyediakan pakaian seragam sekolah untuk kegunaan anak-anak selama seminggu. Siap diseterika dan digantung. Begitu juga dengan baju seragam untuk KAFA, baju PJ dan KoKum. So, memudahkan kerja si ibu setiap pagi, tak perlu kelam-kabut nak cari baju pastu nak gosok lagi, kan?



#3 PAKAIAN ANAK-ANAK DISIMPAN SECARA BERASINGAN

Saya sediakan satu rak (drawer) khas untuk menyimpan pakaian-pakaian sekolah anak-anak. Saya tak campur-adukkan dengan pakaian basahan yang dipakai tiap hari. Dengan cara ini, memudahkan penyimpanan dan senang dicari apabila perlu.

Untuk pakaian basahan iaitu yang dipakai tiap hari pula, saya asingkan juga dan label nama anak. Jadi, masing-masing tahu tempat simpanan pakaian masing-masing.

#4 BUKU-BUKU DISUSUN DI RAK BUKU YANG MUDAH DICAPAI

Buku-buku teks mahupun buku aktiviti anak-anak disusun dengan rapi di rak khas. Adalah lebih baik dilabelkan ruang buku anak masing-masing. Dengan cara ini, secara tidak langsung kita telah melatih anak-anak untuk mengurus buku-buku mereka sendiri. Pada permulaan, anak akan kerap bertanya macam-macam kepada anda dan berulang-ulang. 

Tapi, ibu kena sabar dan faham kerana mereka sedang dalam proses menerima sesuatu tanggungjawab kecil. So, ibu kena terangkan dengan jelas dan mungkin terangkan benda yang sama banyak kali, tapi tak mengapa....lama-kelamaan oklah tu. Hehe.

#5 MEMASAK DI DAPUR DENGAN MUDAH DAN PANTAS

Selain mengurus keperluan anak-anak, jangan dilupa pula bahagian dapur ni ye. Salah satu tips mudah dan pantas untuk ibu bekerjaya memasak di dapur ialah penyediaan bahan asasnya. Seperti penyediaan bawang dan lain-lain. Kadang-kadang, ada ibu bekerjaya bila dan banyak sangat buat itu ini, nak potong bawang pun malas, betul tak?

So, tips mudah yang biasa saya amalkan ialah sediakan bawang berkupas kulit dan bawang kisar readymade. Saya sediakan dua bahagian iaitu bawang blended dan bayang yang dikupas. Biasanya saya sediakan untuk kegunaan seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak memasak, just ambil dari peti sejuk dah tak payah susah-susah nak kupas bawang bagai, hehe.





#6 JAGA PEMAKANAN & KESIHATAN UNTUK KEKAL CERGAS SERTA BERTENAGA

Nak urus itu dan ini, ibu harus jaga pemakanan dan kesihatan agar sentiasa cergas bertenaga! Bukan sahaja fizikal, tapi mental. Kalau ibu dah jatuh sakit, tak bermaya, siapa nak urus anak-anak? Kasihan kan? So, ibu-ibu kena jaga pemakanan dan kesihatan dengan pengambilan suplemen tambahan. 

Untuk jaga pemakanan dan kesihatan, saya amalkan vitamin Shaklee. Begitu juga untuk suami dan anak-anak. Yer lah, takkan nak saya sorang jak sihat kan? Suami dan anak-anak pun kita kena berikan suplemen terbaik untuk dorang. Pilihan saya sekeluarga, semestinya Shaklee!

#7 AMALAN ROHANI - SOLAT, ZIKIR, SEDEKAH, MEMBACA AL-QURAN, DSB.

Sebagai seorang Islam, amat penting kita menjaga amalan rohani yakni ibadah kita seperti solat wajib, membaca Al-Quran dan sebagainya. Kita sebagai ibu harus kuat dan tabah dalam mendidik anak-anak. Walaupun ada antara anak-anak kita tu banyak kerenah atau ragam, kita kena bijak menangganinya. Nak marah? Itu perkara biasa bila kita nak marahkan dorang. Tapi, ada caranya dan pastikan jangan dan tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan yang menjatuhkan semangatnya. Ingat, apajua perkataan yang keluar dari mulut kita untuk anak-anak adalah doa. Jadi, katakanlah yang baik-baik supaya biarlah kata-kata itu menjadi doa mustajab yang baik untuk anak kita kelak.

#8 SENTIASA REDHA & IKHLAS MEMBANTU KERANA ALLAH

Suami adalah ketua keluarga yang wajib mencari dan memberi nafkah kepada keluarga. Tetapi, di zaman semakin maju dengan taraf ekonomi yang meningkat ni, maka tidak dinafikan golongan isteri yang sanggup bekerja demi membantu suami menampung keperluan perbelanjaan keluarga. 

Oleh itu, para isteri atau ibu hendaklah sentiasa redha dan ikhlas membantu suami. Walaupun mungkin pendapatan lebih daripada suami, jangan pula merendah-rendahkan suami. Dan suami pula, walaupun isteri bekerja kewajipan memberi nafkah tetap diteruskan. Hendaklah niatkan betul-betul dalam hati untuk sama-sama membantu, bertolak ansur, sabar dan elakkan mengungkit-ungkit.

#9 ELAKKAN BERTANGGUH-TANGGUH

Ini kerap berlaku, kan? Dalam ertikata lain, suka melengah-lengahkan tak kiralah apapun yang kita nak buat. Biasanya bila terlalu letih, maka timbullah penyakit M atau MALAS! Bila malas tu sudah tentulah kita pun menangguh kerja, kan? Nak buat apapun rasa berat, haha. 

Saya sendiri pernah alami situasi ni terutama semasa mengandung. Betul-betul rasa malas sangat. Kadangkala, dalam kereta pun boleh terlelap mata! Tapi, bila memikirkan apa yang perlu dilakukan demi hari esok, terpaksalah juga gagahkan diri untuk melakukannya. Sebab, kalau saya tak buat awal-awal sekarang, entah-entah esok lagi kelam-kabut dibuatnya. Tak pasal-pasal pula terlewat dari masa yang sepatutnya, kan?

#10 REHAT & TIDUR YANG CUKUP

Ini paling penting. Tubuh kita perlukan rehat dan tidur yang mencukupi setiap hari. Kalau mata kita kerap terlelap ketika sedangberdepan dengan skrin komputer, itu adalah signal bahawa otak dah letih dan tubuh kita perlukan rehat dan tidur. So, tidurlah sekejap ya.


Ok, semoga perkongsian saya yang tak seberapanya ini memberi serba-sedikit panduan dan manfaat kepada anda.


Perkongsian Hati ke Hati,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Rabu, 24 Jun 2015

5 Cara Salah Makan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Dah masuk Ramadhan ke-8, alhamdulillah. Macamana dengan puasa anda seharian? Adakah puasa ini membuat tubuh anda cepat letih, cepat haus, tak bertenaga? Jika anda alami keadaan ini, anda kena check apa yang anda makan tau. 


Memang benar, kalau sudah lapar, apa saja boleh terbayang di fikiran. Nak itu nak ini. Apa saja yang tersaji di depan mata pasti nak dimakan yang penting sedap. Sama ada ia berkhasiat atau tidak, belakang kira. 




So, pengambilan makanan yang betul dan seimbang sangat penting lebih-lebih lagi ketika berpuasa. Di bulan Ramadhan kali ini, apa kata kita amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Selain pemakanan, selitkan pengambilan suplemen yang sihat dan berkhasiat agar tubuh kekal bertenaga dan sihat walau berpuasa.


Apapun, jom kita sama-sama check #5 cara salah makan di bulan Ramadhan dan cara betul yang sepatutnya.


#1

Meninggalkan sahur atau bersahur terlalu awal


Melewatkan waktu sahur iaitu menghampiri waktu imsak kerana ini boleh mengelakkan tubuh badan berpuasa dalam tempoh yang sangat panjang.


Dapatkan makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana serat merupakan kunci yang melambatkan pencernaan makanan.


Makanan berserat juga akan menahan insulin iaitu hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel daripada di rembes terlalu cepat dan banyak. Ini menstabilkan proses penghadaman secara keseluruhan.


Selain itu, pengambilan karbohidrat kompleks ketika bersahur adalah amat disyorkan. Bergantung kepada kuantiti yang diambil, karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.


Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan. Pilihlah protein yang rendah Biological Value (BV) kerana lebih rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu digunapakai oleh badan. Antara yang disyorkan ialah ikan, daging, ayam, soya dan kekacang.


#2


Melewatkan waktu berbuka


Digalakkan berbuka puasa segera dengan mengamalkan sunnah nabi iaitu memakan 1 - 2 biji kurma sebelum mengerjakan solat maghrib. Manakala hidangan utama disarankan diambil selepas menunaikan solat. Ketika berbuka, anda memerlukan sesuatu yang cepat untuk dicerna untuk keperluan tenaga segera.


Hidangan utama mestilah mengandungi serat yang tinggi seperti memilih produk jenis milpenuh dan mengambil pelbagai sayur-sayuran. Buah-buahan perlu diambil pad akuantiti yang sederhana.


#3


Terus mengambil makanan berat semasa berbuka


Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai "insulin spike", memandangkan paras glukos dan insulin dalam darah sebelum ini rendah kerana berpuasa.


Ketika fasa ini, insulin akan dirembes dengan mendadak pada kadar yang banyak untuk membantu transportasi glukos ke dalam sel.Ini mengakibatkan paras glukos dalam darah jatuh kembali dengan mendadak dan otak akan mula berfikir badan kekurangan sumber glukos, sekaligus memberikan isyarat tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan. Ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan.


Beri masa kepad aperut untuk "warm up" dan gunakan tempoh transisi yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak. Hadkan makanan yang digoreng, bersantan dan berlemak kerana boleh meningkatkan berat badan.


#4


Mengambil makanan dan minuman manis secara berlebihan semasa berbuka


Pengambilan makanan kaya dengan gula dan karbohidrat akan menyebabkan anda berasa letih, malas, penat dan mengantuk. Ini juga akan menyebabkan paras gula darah yang tinggi sekiranya anda menghidap penyakit diabetes.


Gula yang terdapat di dalam makanan akan meningkatkan paras glukos darah. Ini kerana makanan daripada kumpulan karbohidrat seperti nasi, mi, roti, kuih muih dan sebagainya juga akan bertukar menjadi glukos di dalam darah. Makanan daripada kumpulan karbohidrat ini sebenarnya sudah memadai dan mencukupi bagi keperluan tubuh badan kita.


Minuman serta makanan yang manis akan menambahkan lagi paras glukos di dalam darah. Anda akan mendapat komplikasi paras glukos berlebihan sekiranya menghidap kencing manis dan berat badan juga akan bertambah.


Sekiranya berat badan bertambah, kawalan paras glukos darah akan semakin buruk dan risiko bagi mendapat penyakit lain seperti penyakit darah tinggi, jantung dan kanser akan bertambah.


#5


Tidak minum cukup air


Sepanjang bulan Ramadhan pastikan jumlah pengambilan air mencukupi. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atautidak cukup makan.


Masalah dehidrasi boleh dielakkan dengan memastikan minum cukup air iaitu lapan gelas sehari bagi menggantikan kehilangan air sepanjang berpuasa di siang hari. Pastikan minum air yang mencukupi semasa bersahur, berbuka dan juga setiap kali lepas ke tandas pada malam hari.


Elakkan daripada mengambil garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretik - bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.



TAMBAHKAN MAKANAN TAMBAHAN (SUPLEMEN) YANG SIHAT, BERKHASIAT DAN MEMBERI TENAGA DALAM MENU ANDA!


Pengambilan makanan/minuman tambahan yang berkhasiat sebenarnya boleh membantu tubuh anda untuk kekal cergas, tahan lapar dan bertenaga walau berpuasa sepanjang hari.

Saya syorkan Set Mighty 3 Gems iaitu gabungan Energizing Soy Protein (ESP Powder), Meal Shakes dan Performance Drink yang sesuai diambil sebagai pelengkap menu harian sepanjang Ramadhan ini.

Set Mighty 3 Gems ini berharga RM346.25 dan terdiri daripada :-

ESP Powder 850g @ RM150 
  • untuk pengambilan selama 1 - 2 bulan / 3 scoop sehari (dewasa)
Meal Shakes 544g @ RM113.75 
  • untuk pengambilan selama 1 - 2 bulan / 3 sccop sehari (dewasa)
Performance Drink 539g @ RM82.50
  • untuk pengambilan selama 1 - 2 bulan / 3 sccop sehari (dewasa)
Kelebihan set ini :

ESP Powder
  • Adalah sumber protein terbaik yang memberi tenaga
  • memberi rasa kenyang
  • Sesuai untuk yang ada gastrik
Mealshakes
  • Adalah multivitamin lengkap dengan fiber/serat juga protein. 
  • Multivitamin diperlukan sepanjang tempoh berpuasa bagi memastikan tubuh mendapat keperluan nutrien yg mencukupi.

Performance drink
  • Adalah minuman isotonik TANPA gas. 
  • Ianya baik bagi menyokong tahap hidrasi berbanding air 
  • Menyeimbangkan proses kehilangan air dalam badan supaya badan lebih cergas dan tidak mudah rasa dahaga.
Set ini juga sesuai diambil oleh :
  • Ibu hamil
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Orang yang bekerja berat (menggunakan tenaga badan) 
  • Warga tua
  • Kanak-kanak (terutama yang baru mula berpuasa)
  • Remaja atau Pelajar

#Testimonial Set Mighty 3 Gems

Testi #1
tetsi #2
Salam GBS, saya nak kongsi pengalaman anak saya yang baru 6 tahun belajar berpuasa. makan sahur dan berbuka mcm biasa makan nasi dan lauk yg saya masak. cuma saya beri makanan tambahan freshmilk+mealshakes+kurma (blended) ketika berbuka, PD+mealshakes masa sahur. Alhamdulillah dapat puasa penuh dan dia nampak cool je puasa...tak merengek cakap lapar or dahaga. Sepanjang puasa semalam siap aktif menyakat adik dan main2x kat halaman rumah...bukannyer tidur sepanjang hari. Syabas anakku ! semoga dapat teruskan puasa penuh tahun ini. InsyaALLAH.

Set ini berharga RM346.25. 

Memandangkan bulan ni ada promo best dari Shaklee, why not daftar keahlian hanya RM69 sahaja seumur hidup, anda akan automatik layak mendapat harga ahli yang lebih rendah Jadi, jimatlah kan? 

Bukan itu saja, anda juga mendapat sebotol multivitamin Vitalea Iron Formula (120 biji) yang bernilai RM88.75 dengan PERCUMA !

Selain layak harga ahli dan dapat sebotol Vitalea Percuma, anda juga bakal dapat....
  • Berpeluang menjana unlimited passive income dengan menyertai program Y.E.S - Young Entreprenuer System yang menjanjikan bonus reward cash RM10 ribu apabila anda berjaya dalam program ini selama 13 bulan.
  • Berpeluang menyertai bengkel nutrisi, mempelajari teknik marketing, dsb serta grup coaching, bimbingan & panduan serta tips secara online melalui whatsapp dan webinar.
  • Berpeluang menikmati 3C - Cash, Car & Convention seperti pakej Umrah, melancong, National Conference, dsb.
  • Dan banyakkk lagi......
Berbaloi kan? 

Rebutlah peluang ini. Join ahli, dapat harga ahli plus dapat free sebotol vitalea dan dapat peluang biz, jana income unlimited dan banyak lagi benefit!

Sebelum tu, jom saksikan makcik dalam video ni ya. Semoga bermanfaat!


Boleh hubungi saya untuk lebih lanjut.


Perkongsian Hati ke Hati,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Ahad, 21 Jun 2015

[Infografik] Checklist Barang Keperluan Ibu & Bayi Sebelum Ke Hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog CHB :-)


Sedar tak sedar, tak lama lagi ibu bakal melahirkan. Dup..dap..dup..dap...mesti excited, kan? Apabila kandungan sudah memasuki minggu ke-35, ibu kena buat persiapan awal seperti barang keperluan ibu dan bayi untuk di bawa ke hospital. Keperluan ini mestilah disediakan dalam beg khas supaya mudah untuk dicapai apabila tiba masa mahu ke hospital. Anda juga boleh simpan dalam bonet kereta. Maklumlah, kadang-kala saat kelam-kabut dan cemas boleh menyebabkan kita lupa nak buat apa. 

Kali ini saya nak kongsikan tips dan panduan kepada bakal ibu tentang persediaan barangan keperluan untuk di bawa ke hospital. 


KEPERLUAN UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL

UNTUK IBU - disediakan dalam satu beg
  1. Kad Klinik atau Buku Rekod Kesihatan mesti sentiasa di simpan dalam beg. Jadi, bila sampai masa sakit-sakit perut nanti takla kelam kabut nak cari kan.
  2. Baju-T longgar dan kain sarung biasanya saya bawa 2-3 helai untuk persalinan semasa di hospital nanti. Kalau bersalin normal, sekurang-kurangnya 2 hari kena stay di wad. Tapi, kalau secara pembedahan biasanya 4-5 hari. So, jika perlu boleh minta suami bawakan kemudian.
  3. Stokin tebal 2 pasang dan baju tebal/sejuk percayalah, semasa melangkah masuk ke wad bersalin tu memang akan rasa seram-sejuk.
  4. Tuala mandi dan tuala muka untuk kegunaan ketika mandi.
  5. Sebotol air masak dan termos air panas untuk kegunaan semasa di wad. Selepas bersalin anda pasti akan rasa haus dan lapar. Oh ya, jangan lupa makanan ringan seperti biskut untuk alas perut. 
  6. Peralatan kebersihan seperti cecair mandian/sabun, berus gigi, ubat gigi, bedak badan, deodoren, sikat rambut, etc. Simpan dalam satu bekas supaya senang nak ambil sekali.
  7. Panties; dalam 5 helai, tuala wanita; biasanya selepas bersalin darah nifas keluar dengan banyak. Jadi, saya guna jenis "wings & long pad" supaya lebih selesa ketika baring dan tak 'tembus'. BF bra; supaya mudah nak susukan bayi dan breast pad; untuk elak baju basah akibat airsusu yang melimpah.
  8. Jangan lupa vitamin anda juga ya. Sediakan B complex, Vitalea, Vita-C, Ostematrix dan Zinc dalam pilbox. Juga sedikit ESP Powder disimpan dalam bekas kecil. Memadailah untuk keperluan sehari dua semasa di wad tu.
  9. Bakul plastik untuk pakaian kotor.

UNTUK BAYI - disediakan dalam 1 beg kecil
  1. Pakaian bayi 3-4 pasang
  2. Topi, sarung tangan & stokin bayi 3-4 pasang
  3. Lampin kain, tuala mandi, selimut, barut dan swaddel.
  4. Tisu basah dan pampers newborn 3-4 pcs
  5. Minyak telon/kayu putih.
  6. Mandian bayi, bedak.

Tips : Jika ibu & bayi perlu berada di wad lebih dari dua hari atas sebab tertentu, minta bantuan suami untuk topup keperluan tambahan tersebut ya.

Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi, saya doakan semoga dipermudahkan urusan. Aamiin

With Love,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Kepentingan & Faedah Urutan Selepas Bersalin Yang Ibu Harus Tahu


Amalan berurut selepas bersalin amat penting di sepanjang tempoh berpantang. Walaupun di zaman serba moden dan hidup di kotaraya besar, kebanyakkan ibu muda kurang mementingkan aspek ini. Ingat, di saat muda mungkin anda belum merasainya, tetapi apabila usia semakin meningkat kelak, barulah anda akan rasai kesannya.

Kebiasaannya, selepas melahirkan anak badan kita akan terlalu letih dan lemah. Bayangkanlah, saat-saat melalui sakit kontraksi, meneran dan saat melahirkan itu amat menyakitkan. Ibarat bertarung nyawa.

Pengalaman saya selepas bersalin dan berpantang dahulu, saya memang dah ada tukang urut atau bidan kampung yang siap-siap tempah dari sejak awal mengandung lagi. Dan biasanya selain berurut, saya juga dimandikan dengan mandian herba. Memang terasa segar dan wangi badan lepas dimandikan.

Sejurus selepas melahirkan, maka saat berpantang telah bermula selama 44 hari. Tempoh inilah waktu untuk memulihkan diri. Ikuti amalan berpantang dengan cara yang betul supaya anda boleh kembali bertenaga dan berseri.

Ketahui hari-hari penting urutan

HARI PERTAMA

Bersalin Normal :
Urutan dan tungku dilakukan selama tiga hari berturut-turut sejurus keluar dari hospital.

Bersalin Pembedahan :
Urutan dan tungku dilakukan selama tiga hari berturut-turut bermula pada hari ketujuh. Hanya dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu sahaja.

SELEPAS 44 HARI

Dikenali sebagai hari penutup pantang. Ia adalah hari ke 45 dan seterusnya adalah masa untuk melakukan kembali urutan dan tungku. Dilakukan bertujuan untuk mengembalikan semangat, kembali segar dan bertenaga. Biasanya urutan dilakukan sekali lagi untuk betulkan kedudukan rahim, lulur, tangas dan mandi bunga untuk aura semangat baru.

.

Semasa saya berpantang dahulu, tukang urut atau bidan bukan sahaja mengurut, malah memandikan saya dengan mandian herba. Selain tu, saya juga bertangas (sauna) dan bertungku yang disediakan oleh emak saya sendiri. Syukur sepanjang kehamilan dan berpantang dahulu, emak yang banyak membantu. Tambahan, emak serba-sedikit tahu tentang amalan pantang ni.

Kesan Urutan

Hari Pertama

Anda akan berasa sakit setelah urutan dilakukan. Rasa sakit disebabkan urutan masih tegang dan anda atau tukang urut mungkin akan sendawa (tanda angin keluar daripada badan).

Hari Kedua

Rasa sakit semakin kurang selepas urutan tetapi anda akan rasa lega dan angin dalam badan semakin kurang.

Hari Ketiga

Urutan tidak lagi sakit dan anda tidak sendawa lagi. Badan anda berasa 'ringan' dan selesa.

Kepentingan & Faedah Urutan Selepas Bersalin
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Mengeluarkan darah kotor
  • Keluarkan angin dalam badan
  • Mengecutkan rahim
  • Segarkan badan
  • Semasa urutan pantang dilakukan ke atas badan, pastikan bahagian payudara juga diurut. Urutan di bahagian payudara bukan menjamin airsusu menjadi banyak, tetapi urutan ini membantu merangsang sel-sel susu supaya lancar. Apa yang penting ialah sepanjang berpantang dan menyusukan bayi, hendaklah menjaga pemakanan, kerap menyusukan bayi dan makan vitamin penggalak airsusu (milkbooster).

Panduan Sebelum Proses Urutan
  • Pastikan anda telah menyusukan bayi anda sebelum tukang urut datang. Atau sedia pam susu dalam botol agar bayi tidak menangis semasa proses urutan berjalan.
  • Pastikan anda sudah mandi terlebih dahulu. Jika tidak, anda hanya boleh mandi selepas setengah atau sejam selepas selesai urutan.
  • Pastikan anda sudah makan sejam lebih awal sebelum urutan.

Nasihat saya kepada bakal-bakal ibu, amalan seperti berurut, bertungku, bertangas (wap sauna) ni sangat penting selepas bersalin. Jangan abaikan kerana sebagai wanita harus menjaga kesihatan dalaman bukan sekadar memakan suplemen untuk cantik saja, tapi dalaman itulah yang paling penting dijaga. 

Ok, semoga bermanfaat!


With Love,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini

Jumaat, 19 Jun 2015

Saranan Pengambilan Makanan Kaya Zat Besi Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum, salam Jumaat di Ramadhan ke-2.




Masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil ni ialah rendah Hb, betul tak? Ibu hamil terutama di minggu trimester ketiga kerap mengalami masalah ini kerana fetus yang menyerap zat besi daripada ibu. Saya pun pernah alami keadaan ni dari anak pertama sehinggalah sekarang hamil anak ke-6 ni. Masa awal-awal hamil tu, Hb saya cantik ja 11.0 - 11.8 Hb. Tapi apabila kandungan saya masuk 30 minggu, Hb saya mula menjunam ke 9.7 alamak! Nurse pun dah mula tegur kenapa boleh turun mendadak dan tanya apa yang saya makan tiap hari.

Selain pengambilan suplemen atau vitamin tambah darah seperti dalam Set Hamil Cergas, sebenarnya kita kena alert juga dengan apa yang kita makan tiap hari. Biasanya, kita ingat dengan makan hati ayam saja boleh naikkan Hb. Tetapi, kita lupa tentang makanan/minuman yang boleh menghalang penyerapan zat besi yang menyebabkan Hb menjadi rendah. Padahal, tiap hari dah makan vitamin tambah darah, tapi bila check di klinik Hb tetap rendah, kan? Jadi, kena check apa yang kita makan atau minum tau. 

So, di sini saya nak kongsikan jenis makanan dari sumber yang kaya kandungan zat besi dan kekerapan pengambilan untuk bantu menaikkan Hb ibu-ibu. Juga jenis makanan yang boleh jadi penghalang mahupun pembantu penyerapan zat besi. 


Saranan Saiz Satu Hidangan dan Cadangan Pengambilan

Sumber Haiwan

1. Daging

  • Saiz satu Hidangan 
    • 2 ketul bersaiz kotak mancis
  • Cadangan Pengambilan :
    • 6 - 8 ketul ( 3- 4 hidangan )
2. Ayam
  • Saiz satu hidangan
    • 1 ketul peha ayam
  • Cadangan Pengambilan :
    • 3 - 4 ketul peha bersaiz sederhana ( 3 - 4 hidangan )
3. Hati / Pedal Ayam
  • Saiz satu hidangan 
    • 1 ketul (2 lobar)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 - 2 ketul (lobar)
4. Hati Lembu
  • Saiz satu hidangan
    • 1 ketul bersaiz kotak mancis (30g) 
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 ketul bersaiz kotak mancis (30g) (1 hidangan)

5. Ikan bilis
  • Saiz satu hidangan
    • 5 sudu makan
  • Cadangan Pengambilan :
    • 5 sudu makan ( 1-2 hidangan )
6. Kekerang/Lala/Kepah
  • Saiz satu hidangan
    • 20 biji
  • Cadangan Pengambilan :
    • 20 biji ( 1 hidangan )
7. Ikan
  • Saiz sati hidangan
    • 1 ekor ikan bersaiz sederhana
  • Cadangan Pengambilan
    • 3 - 4 ekor bersaiz sederhana ( 3-4 hidangan )

Sumber Sayuran dan Buah

1. Sayuran berdaun hijau

  • Saiz satu Hidangan 
    • 1/2 cawan sayur berdaun hijau
  • Cadangan Pengambilan :
    • 10-11 cawan seminggu
2. Susu
  • Saiz satu hidangan
    • 1 gelas susu (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 14 gelas susu seminggu
3. Dadih
  • Saiz satu hidangan 
    • 1 cawan dadih
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu
4. kekacang
  • Saiz satu hidangan
    • 1 cawan kekacang
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu

5. Tempe
  • Saiz satu hidangan
    • 2 keping
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu

Penghalang Penyerapan Zat Besi

1. Air teh

  • Saiz satu Hidangan 
    • 1 cawan (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 - 2 kali/sehari
2. Kopi
  • Saiz satu hidangan
    • 1 cawan (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 1 - 2 kali/sehari
3. Air soya
  • Saiz satu hidangan 
    • 1 gelas (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali seminggu
4. Tauhu
  • Saiz satu hidangan
    • 2 keping tauhu
  • Cadangan Pengambilan :
    • 3 kali seminggu

5. Telur kuning
  • Saiz satu hidangan
    • 2 biji telur
  • Cadangan Pengambilan :
    • 3 kali seminggu

Pembantu Penyerapan Zat Besi

1. Jus buah

  • Saiz satu Hidangan 
    • 1 gelas (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali/sehari
2. Buah segar
  • Saiz satu hidangan
    • 1 gelas (200ml)
  • Cadangan Pengambilan :
    • 2 - 3 kali/sehari

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu ya! 

With Love,

Dang Jue Nasfah
010-8176797
Sid 931577
------------------------------------------------------------
Ingin Jana Pendapatan Dari Rumah? 
Nak tahu lebih lanjut? 
Hubungi saya atau Klik Di Sini